top of page

“JIHAD PEMBELA UMMAH”

HALATUJU GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT


RASIONAL

​

Antara Perjuangan GSR anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah menjadi pemangkin dasar halal negara, termasuklah menolak rasuah, sebaliknya teguh berintegriti, membela ummah dan berjuang menolak segala bentuk penjajahan tamadun serta minda oleh kuasa besar dunia atau penyerapan pengaruh licik global.

 

IKRAR GSR

​

Bahawasanya kami :

​​

1. Menolak sepenuhnya pengaruh dan penguasaan Orde Baharu Dunia (NWO) yang ditaja oleh golongan Global Power Elites.

​​

2. Menolak penggunaan sistem identifikasi berasaskan digital (Digital ID) yang melanggar hak asasi dan keselamatan rakyat. Ia membolehkan data peribadi diperoleh oleh pihak penaja NWO bagi menghapuskan mata wang tradisional (fiat currency) dan digantikan dengan mata wang maya (digital currency) yang secara licik akan membawa kepada pengawalan ke atas kebebasan asasi, dan seterusnya penguasaan ekonomi dan penjajahan.

​

3. Menolak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) daripada menguasai negara melalui pindaan pelbagai akta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menolak Pindaan Akta 342 (SOP yang menzalimi rakyat), Akta 775 (meminggirkan pengamal rukyah dan rawatan alternatif, serta lain-lain pindaan akta yang terus menyusahkan rakyat, mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

​

4. Menolak vaksin Covid-19 yang masih diuji, dan dikatakan mengandungi bahan haram, toksik yang boleh menyebabkan pelbagai kemudaratan. Ini berpandukan natijah berdasarkan penemuan Suruhanjaya Kesatuan Eropah (European Union Commission).

​

Keberkesanan vaksin sebagai pencegah terbukti gagal apabila kematian didapati meningkat lebih 16 peratus dalam kalangan individu muda yang sudah divaksinasi.

​

4.1 Mempersoalkan pendirian kerajaan Malaysia yang tidak kena dan mencurigakan di mana penemuan kemudaratan vaksin oleh Kesatuan Eropah dan keputusan Suruhanjaya Kesatuan Eropah diambil kira untuk dikaji semak segera sebelum meneruskan program vaksinasi berkenaan berikutan keengganan pakar perubatan tempatan mengemukakan statistik sebenar kematian dan kecederaan akibat terkesan vaksin.

​

4.2 Kegagalan kerajaan menubuhkan pusat aduan bagi individu terkesan vaksin di seluruh negara yang dibangkitkan oleh rakyat. Kes AEFI dirujuk kepada bahagian pesakit luar, walhal pesakit terkesan vaksin menunjukkan kesan pelik yang memerlukan penyelidikan dan kajian secara menyeluruh, dan seterusnya data secara telus dikemukakan kepada umum.)

​

5. Kami berikrar membetulkan keadaan berhubung kes AEFI secara prihatin dan telus.

​

6. Berjuang memperkasakan Ekonomi Melayu di semua peringkat melalui projek saingan mega secara “Closed Economy atau Autarchy” yang pernah dilaksanakan di Jepun untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan memecahkan monopoli perniagaan , bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menubuhkan Perbadanan Industri yang boleh meningkatkan stok penimbal negara :

​

6.1  Perbadanan Industri Emas

6.2  Perbadanan Industri Besi

6.3  Perbadanan Industri Timah dan bahan galian lain

6.4  Perbadanan Industri Agro berskala besar.

6.5  Perbadanan Industri Kayu Kayan

6.6  Menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu aset negara dilelong oleh kerajaan PH.

6.7  Membekalkan bekalan air bersih untuk semua.

6.8  Perkenalkan kuota biasiswa mengikut nisbah. Ramai pelajar Melayu cemerlang tercicir dan dipinggirkan kerana syarat dan terma tidak mencerminkan kesejahteraan dan keadilan.

​

​

.

Ciri-ciri yang di sokong PPIM

​

Kriteria PPIM untuk menyokong mana-mana pemimpin, tanpa mengira fahaman politik bertujuan menetapkan misi kami untuk memberikan yang terbaik untuk Rakyat. 

​

Jesteru, kebebasan memileh kekal di tangan rakyat.

​

A)  Menjadikan GSR sebagai landasan terunggul bagi menjamin masa depan Rakyat dan Negara. Oleh itu, hanya pemimpin-pemimpin yang terbaik dipilih. 

​

B) Para Pemimpin mestilah menunjukkan sifat dan sikap kerendahan hati, dorongan dan komitmen untuk berkhidmat demi kebaikan Rakyat, Agama Bangsa dan Negara; tanpa dihantui maasalah2 peribadi dan terbebanan oleh isu yang tersurat mahupun yang tersirat.

​

C) Segala perbalahan politik serta masalah lampau, terutamanya yang melibatkan soal perundangan wajib di serahkan kepada yang arif dan pihak bertanggungjawab bagi menentukan keasahihanya. 

​

D) Kita hendaklah berlapang dada dan berpandang jauh kehadapan demi memastikan visi dan misi kemajuan dan sesejahteraan Negara kekal di pertahankan.

​

Kedaulatan undang-undang, Keluhuran perlembagaan wajib di pertahankan sampai bila-bila.

​

Antara ciri-ciri yang di gariskan oleh GSR adalah:


1.    KEPERIBADIAN


a.    Jujur dalam melaksanakan tugas dan kehidupan
b.    Amanah dalam memikul tanggungjawab dan janji tanpa terlibat dalam salahlaku dan pengurusan kewangan
c.    Tabligh: Menyampaikan kebenaran yang hak dan mencegah yang batil
d.    Fatanah: Bijak dalam melaksanakan segala urusan Rakyat dan kenegaraan

​

2.    REKOD PENCAPAIAN


i.    Pemimpin wajib mempunyai rekod reputasi perkhidmatan yang boleh diukur.

​

3.    KEMATANGAN PENTADBIRAN


i.    Memiliki pemikiran dan tindakan yang matang untuk memahami sepenuhnya rangka kerja sosial dan pentadbiran demi mengelakkan Negara terperangkap dalam isu-isu antarabangsa yang mengancam mana-mana aspek geo-politik.

​

4.    EMPATI DEMI RAKYAT & NEGARA


i.    Mengutamakan Rakyat dan Negara lebih dari kepentingan peribadi, serta memiliki sifat prihatin dan belas kasihan yang tinggi. Sentiasa berusaha sedaya upaya membantu Rakyat. 

​

5.    NILAI PERADABAN


i.    Rakyat mahukan pemimpin yang beradab,  pendengar yang baik, mempunyai keupayaan intelek dan kemahiran kepimpinan untuk menunaikan janji kepada Rakyat.
 

manifesto-1-e1578290728867_edited.jpg

Lirik Lagu Bangkit

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Sedia rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segerombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan biar ada yang berlubang

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi pokok pun tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja, Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat petua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi pokok pun tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit, bangkitlah semula
Bangkit, tawanlah semula
Bangkit, kau umpama cahaya

Cadangan ANDA Kepada Wakil Rakyat Kawasan

Get in touch so we can start working together.

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram

Thanks for submitting!

bottom of page