top of page

MAJLIS NGO MALAYSIA

MAJLIS NGO MALAYSIA (MNM)

PENERANGAN ​

​

  1. Majlis NGO Malaysia dengan singkatannya (MNM) atau dalam bahasa Inggerisnya Council of NGO’s Malaysia (CNM) merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dengan menepati Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

  2. Ianya menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang menjadi tempat bagi sekumpulan warga negara Malaysia yang memiliki kencenderungan yang sama bertemu dan berbincang mengenai apa jua aspek yang tiada melanggar mana-mana perkara di dalam peruntukan Perlembagaan Malaysia.

  3. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Pertubuhan memperuntukkan majlis ini supaya memperolehi nasihat daripada mana-mana orang yang pakar dalam apa jua bidang yang berkaitan bagi kebaikan majlis dan ahli-ahlinya.

  4. Pakar-pakar tersebut akan menganggotai barisan Ahli Majlis Tertinggi NGO Malaysia (AMT).

  5. Kelayakan Ahli-ahli Majlis Tertinggi NGO Malaysia (AMT) adalah menerusi cadangan oleh mana-mana ahli majlis dan mendapat sokongan oleh sekurang-kurangnya dua(2) Ahli Majlis yang masih sah keahlian AMTnya serta mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki jawatan rasmi yang dilantik dalam Mesyuarat Agung di dalam NGO tertentu mereka.

  6. Barisan penasihat yang diberi nama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis NGO Malaysia perlulah dibentuk. AMT hendaklah melantik tujuh(7) jawatan utama dalam majlis iaitu Pengerusi, Bendahari dan 5 Ahli Jawatan Kuasa.

  7. Pengerusi Majlis NGO Malaysia pula atas budi bicaranya hendaklah melantik Timbalan Pengerusi dan Setiausaha bagi menyelaraskan semua pergerakan Majlis.

  8. AJK yang dilantik pula hendaklah membentuk anggota pelaksana di dalam jabatan masing-masing sesuai dengan skop tugasan yang ditetapkan oleh AMT.

  9. Majlis NGO Malaysia (MNM) dibenarkan melantik mana-mana NGO berkaitan sebagai Ahli Bersekutu Di Bawah Naungannya yang diberi nama NGO Bersekutu. Namun begitu, kuasa perundangannya tidaklah meliputi mana-mana kuasa didalam peruntukan sedia ada NGO-NGO tersebut. Keahlian NGO Bersekutu di dalam Majlis NGO Malaysia hendaklah dipersetujui secara rasmi oleh mana-mana jawatan utama dalam NGO tersebut.

 

Objektif Majlis NGO Malaysia

​

  1. PENUBUHAN Majlis NGO Malaysia (MNM) sebagai suatu transformasi sosial yang mampu suburkan muafakat masyarakat.

  2. Majlis yang ahlinya terdiri daripada pimpinan NGO, persatuan dan kumpulan merupakan satu model meletakkan kumpulan besar masyarakat di bawah satu bumbung.

  3. Justeru, ia juga dilihat menjadi salah satu kaedah pendekatan dan penyampaian maklumat penting dan penyelarasan pergerakan daripada pemimpin terus kepada ahli-ahli melalui NGO dan kumpulan masyarakat.

  4. Malah, penubuhan majlis ini dapat membantu masyarakat dalam menangani pelbagai isu dan cabaran khususnya berkaitan isu-isu keselamatan rakyat dan negara yang berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran.

  5. Majlis ini mampu menggerakkan pelbagai pertubuhan dibawahnya selain membawa masyarakat kepada aktiviti yang mengeratkan perpaduan demi Agama Bangsa dan Tanah Air.

  6. Majlis ini mampu menyemarakkan aspirasi antara sesama NGO yang memiliki fikrah yang sama.

​

​

Let’s Work Together

Get in touch so we can start working together.

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram

Thanks for submitting!

bottom of page