top of page
  • Writer's picturepatv ppim

101) Lelaki Iran tinggal di lapangan terbang Paris 18 tahun meninggal dunia

SEORANG lelaki Iran yang tinggal di lapangan terbang Paris selama 18 tahun telah meninggal dunia.


Terperangkap dalam kerenah diplomatik, Mehran Karimi Nasseri menjadikan sebuah penjuru kecil lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle sebagai ‘rumahnya’ pada 1988.


Kehidupannya telah memberi inspirasi kepada The Terminal pada 2004, yang dibintangi oleh Tom Hanks.


Nasseri akhirnya dibenarkan tinggal di Perancis, tetapi tidak lama kemudian dia kembali ke sudut lamanya di lapangan terbang tersebut beberapa minggu lalu, di mana dia meninggal dunia, lapor media Perancis.


Dilahirkan pada 1945 di wilayah Khuzestan, Iran, Nasseri pertama menaiki kapal terbang ke Eropah untuk mencari ibunya.


Dia tinggal beberapa tahun di Belgium, telah diusir oleh United Kingdom, Belanda dan Jerman kerana tidak mempunyai dokumen imigresen yang betul. Dia kemudian menuju ke Perancis, di mana dia menjadikan Terminal 2F lapangan terbang itu sebagai ‘rumahnya.’


Setiap hari, dengan dikelilingi harta bendanya yang terkumpul sejak menjadi gelandangan, Nasseri menghabiskan masanya setiap hari menulis tentang kehidupannya, selain membaca buku yang diberikan oleh orang ramai dan surat khabar yang dibuang.


Kisahnya menarik perhatian media antarabangsa, termasuk pengarah terkenal Stephen Spielberg, yang mengarahkan filem The Terminal, dibintangi oleh Hanks dan Catherine Zeta-Jones.


APABILA FILEM TERSEBUT DITAYANGKAN, WARTAWAN BERPUSU-PUSU MENCARINYA UNTUK DITEMU BUAL DAN MELAPORKAN TENTANG PENGALAMAN HIDUP YANG UNIK ITU.


Pada satu ketika, Nazzeri, yang menggelar dirinya “Sir Alfred,” pernah menerima tawaran wawancara media sehingga enam sesi sehari, lapor akhbar Le Parisien.


Walaupun diberikan status pelarian dan hak untuk tinggal kekal di Perancis pada 1999, dia kembali semula ke penjuru lapangan terbang lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle sehingga 2006, apabila dia dibawa ke hospital untuk dirawat kerana sakit.


Dia kemudian menghabiskan sisa hidupnya di sebuah asrama menggunakan wang yang diterimanya untuk filem The Terminal, lapor akhbar Perancis Libération.


Nasseri kembali ke lapangan terbang itu beberapa minggu lalu, di mana dia tinggal sehingga meninggal dunia, kata seorang pegawai lapangan terbang.


Dia ditemukan dengan beberapa ribu euro dalam simpanannya, tambah pegawai itu.


-BTS Media

Comments


Top Stories

bottom of page