top of page
  • Writer's picturemaster zek

113) Manifesto PRU15 - Parti Rakyat Malaysia (PRM)


KAMI SUDAH KEMBALI. Kembali untuk membuat Permulaan Sebenar kepada Perubahan Sebenar yang Rakyat Malaysia inginkan. Kemerdekaan Tulen dan Keadilan Sosial, dua matlamat utama yang di perjuangkan oleh kami sejak 67 tahun tanpa kenal erti putus asa atau menyerah kalah. Pemimpin kita telah mengalami penahanan pdtitik di bawah undang-undang zalim kerana prinsip mereka. Namun, mereka berpegang teguh dan mewariskan kepada kita prinsip asas untuk Malaysia iaitu berpaksikan kebenaran, kebebasan dan keadilan sosial. Kami tidak berada dalam mana-mana gabungan politik:


Kami adalah parti SELADANG BEBAS, dengan tegas berpihak kepada RAKYAT dan bersungguh-sungguh menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan keburukan. Sertai kami, berkhidmat untuk Rakyat dan Negara: KAMI KEMBALI!

1.Kami mendokong Rukun Negara sebagai Prinsip Kebangsaan iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja & Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan & Kesusilaan.

2.Kami membenci dan menolak segala bentuk rasuah, salah guna kuasa, ketirisan dan pembaziran.

3.Kami akan melindungi Alam Sekitar dan bimbang dengan isu perubahan iklim [“climate change”] dan pemanasan global [“global warming”] dan menentang semua bentuk pengubahsuaian alam sekitar bagi tujuan ketenteraan dan pembangunan sembarangan dengan mengorbankan kebajikan dan kualiti hidup Rakyat. Pembangunan Bertanggungjawab, Telus, dan Kelestarian Alam Sekitar & Ekologi akan menjadi mantera kami. 4.Kami akan membuat pembaharuan ekonomi yang strategik bagi memastikan dasar monetari & fiskal dan pembiayaan Negara bersifat perkongsian dan kerjasama bertujuan menjamin hak pekerjaan, hak menikmati hasil pembangunan dan hak mencapai taraf kehidupan yang baik untuk semua Rakyat, khasnya kumpulan pekerja, petani, nelayan, penjaja, kakitangan kerajaan & swasta, polis, askar dan golongan bawahan yang lain termasuk hak pengguna kearah inflasi sifar dengan memastikan kestabilan harga barang dan perkhidmatan. Kami akan mengemukakan program untuk memastikan perumahan mampu milik yang berkualiti, meningkatkan kualiti pengangkutan awam, penjagaan kesihatan, pendidikan akademik & kemahiran dan memastikan keselamatan makanan untuk Rakyat dan Negara.

5.Kami akan mengimbangi pembangunan ekonomi bersifat industri dengan kelestarian alam sekitar dan ekologi. Rancangan dan program pembangunan industri akan dinilai faedahnya kepada Rakyat dan masyarakat setempat termasuk pertimbangan dari sudut pemindahan teknologi, pulangan pendapatan, kelestarian alam sekitar & ekologi dan keserasian dengan aktiviti ekonomi tempatan.

6.Kami akan Menjuarai terutamanya Hak dan Kepentingan 70% kumpulan pertengahan dan bawahan masyarakat kita, di samping memastikan kepentingan dan hak asasi kumpulan minoriti dan terpinggir dijaga dan tidak diabaikan. Tumpuan kepada agenda keluarga sebagai benteng kepada perpaduan asas Negara bagi memastikan peningkatan kadar kesuburan [1،fertility rate”] dan hak & kepentingan belia bagi memupuk pemimpin masa depan yang bertanggungjawab, berakhlak, berpandangn luas serta saintifik dan berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.

a. Mengkaji semula semua pindaan perlembagaan dan perlembagaan persekutuan yang sedia ada dengan tujuan untuk membalikkan semua perubahan yang tidak demokratik, tidak adil dan yang telah menghapuskan semak dan imbang dalam institusi kerajaan terutamanya institusi eksekutif dan kehakiman. Kesan Global Pandemik Covid-19 sejak 2 tahun lepas dan polisi kerajaan dalam menanganinya telah menyebabkan kemusnahan ekonomi Rakyat, melanggar hak asasi, wujudnya diskriminasi kesihatan & pekerjaan terhadap Rakyat dan melanggar hak asasi antarabangsa seperti Kod Nurembeg termasuk peningkatan mortaliti dan morbiditi kepada penerima Vaksin Covid-19. Kami menggesa kerajaan untuk memberhentikan program pengambilan vaksin Covid-19 dan untuk di adakan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Pandemik Covid-19 samada ia adalah penipuan dan jenayah perubatan global yang dilakukan ke atas Rakyat Malaysia.

b. Kajian semula semua undang-undang yang tidak adil dan mencabuli hak asasi Rakyat;

2. Menubuhkan Bank Awam untuk pembiayaan perkonqsian dan kerjasama yang strateqik dan meninqkatkan pembangunan ekonomi sebenar demi perpaduan dan keselamatan Rakyat dan Negara

a. Untuk rancangan jangka panjang, kami akan menubuhkan Bank Awam tempatan agar polisi monetari bukan lagi berasaskan pembiayaan hutang berasaskan faedah [“Riba”] tetapi kembali berasaskan pembiayaan perkongsian dan kerjasama bagi merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang sebenar demi perpaduan, kemakmuran dan keselamatan Rakyat dan Negara;

b. Memastikan polisi monetari dan fiskal kerajaan ke arah kestabilan harga barang dan perkhidmatan termasuk pengurangan kadar faedah, penambahan bekalan wang kepada pembangunan ekonomi Rakyat, mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang bersifat ketirisan & pembaziran dan polisi pencukaian yang mesra Rakyat;

c. Memastikan projek pembangunan ekonomi dan infrastruktur negara memberi manfaat kepada Rakyat, bebas dari sebarang bentuk salah guna kuasa, pembaziran dan penindasan;

d. Memastikan pembangunan ekonomi dan industri di imbangi dengan kelestarian alam sekitar & ekologi tempatan dan dunia;

e. Menyokong pelaburan lansung asing yang tidak menjejaskan perpaduan dan keselamatan Rakyat dan Negara;


f. Memastikan sektor Industri Kecil & Sederhana [“IKS”] terus maju melalui sokongan peringkat teknikal, pemasaran dan pembiayaan bersifat perkongsian & kerjasama. IKS dalam sektor sekuriti makanan hendaklah menjadi tumpuan utama negara;


g. Menggesa Kerajaan untuk meningkatkan rizab luar negara dengan meningkatkan penyimpanan emas termasuk matawang asing yang lebih strategik memandangkan matawang amerika sebagai matawang dunia sedang diambang kehancuran;


h. Menggesa Kerajaan menambatkan matawang Ringgit dengan komoditi negara seperti emas, minyak sawit atau beras supaya tidak terkesan lagi dengan spekulasi matawang antarabangsa dan menjamin kuasa beli rakyat lebih stabil:



a. Memastikan kedaulatan undang-undang dan agensi penguatkuasaan melaksanakan undang-undang secara adil dan tiada pendakwaan terpilih kepada semua lapisan masyarakat dan menolak semua bentuk rasuah, salah guna kuasa, ketirisan dan pembaziran di semua sektor awam dan swasta;


b. Memastikan Institusi Kehakiman bebas tanpa campur tangan Esekutif dalam melindungi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;


c. Memastikan sektor media dan kewartawanan yang berpaksikan kebenaran, tidak selektif, bebas dan bertanggungjawab;


d. Memastikan prinsip nilai berpandukan adab, akhlak dan budi pekerti menjadi asas kepada perpaduan & keharmonian Rakyat yang berbilang kaum & agama termasuk menggalakkan kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan tempatan;



a. Memastikan akses dan kos rawatan perubatan yang minimum & munasabah dalam sektor penjagaan kesihatan kepada semua Rakyat;


b. Meningkatkan sistem pengangkutan awam yang kos efektif & berkualiti dan memastikan fasiliti internet di seluruh negara mudah dan murah;


c. Memperbanyakkan kawasan riadah dan rekreasi untuk setiap komuniti setempat samada berdasarkan kadar populasi dan daerah;


d. Memastikan bantuan kebajikan kepada orang kurang upaya, orang miskin, warga emas dan gelandangan;


5. Meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran untuk semua Rakyat


a. Meningkatkan kualiti dan akses pendidikan akademik dan kemahiran di semua sekolah rendah dan menengah pada kos yang minimum yang tidak membebankan ibubapa pelajar-pelajar;


b. Meningkatkan kualiti dan akses pendidikan akademik dan kemahiran Tinggi kepada semua yang layak secara percuma atau pada kos yang minimum;



a. Menggesa kerajaan memberi tumpuan dalam pembiayaan penyelidikan dalam bidang Kecerdasan Buatan [Artificial Intelligence], Kejuruteraan & Teknologi Biologi, Nano dan Neurologi dan applikasi perisian selain dari penyelidikan strategik lain seperti sektor pertanian, pembuatan, industri & pengeluaran;


b. Memastikan penggunaan Kecerdasan Buatan, teknologi & kejuruteraan Biologi, Nano dan Neorologi terutamanya untuk tujuan perubatan dan rawatan perubatan yang di bawa dari luar negara tidak mudarat dan selamat;



a. Menolak agenda Order Baru Dunia dipelopori oleh Paksi Amerika & Nato dan bimbang keadaan perang di Ukraine oleh Russia dan kami tetap mengamalkan dasar luar negara tidak bersekutu & berkecuali berasaskan konvensyen dan undang-undang antarabangsa berasaskan kedaulatan & keselamatan negara, hak asasi manusia dan tidak bergantung kepada mana-mana blok ketenteraan;Memastikan pasukan pertahanan negara dihormati dan dibekalkan dengan sumber yang mencukupi untuk melindungi dan mempertahankan Negara;


b. Membela dan memastikan hak veteran-veteran tentera tidak dianayai dan

dizalimi;



Kami akan menjalankan kempen PRU15 dengan bersih, berhemah dan bertanggungjawab. DNA kami kuat. Kami teiah mewarisi prinsip yang kukuh daripada Presiden Pengasas kami Ahmad Boestamam bersama-sama dengan penganjur asal parti Ishak Hj Muhammad dan Dr Burhanuddin A, Helmy; Kami percaya bahawa Anda akan mengenali kami sebagai permulaan Perubahan Sebenar kepada semua Rakyat Malaysia.


Bersama-sama kita berjuang bak kata pepatah “dia tidak membebankan belakang unta, tidak pula di tunggang seperti keldai; dia tidak menjadi tuan kepada hamba,

tidak pula menjadi abdi kepada raja”


Bertarikh pada hari ini 25 haribulan Oktober, 2022


Ariffin bin Salimon [Presiden]

Comentários


Top Stories

bottom of page