top of page
  • Writer's picturemaster zek

116) Memperkenalkan Calon Bebas P.136 Tangga Batu - Mohd Shahril bin Mahmood


KENYATAAN AKHBAR

11 NOVEMBER 2022 (JUMAAT)


1. Calon bebas P136, Parlimen Tangga Batu, Mohd Shahril Bin Mahmood, 40tahun merupakan nama baru dalam arena politik tempatan. Beliau yang merupakan lulusan Diploma Perakaunan dari UiTM nampak kepincangan yang masih terdampar di graf ekonomi negara. Matawang negara yang semakin dipersoalan kestabilannya di kalangan orang awam dicampuri dengan masalah bahan-bahan mentah pasti menyebabkan kerisauan di hati semua golongan.


2. Berbekalkan pengalaman berniaga dari bidang grafik dan percetakan sehingga membuka kedai makan di Klebang, setiap hari, calon ini menyingkap dan memantau gerak geri dan perjalanan hidup di sekeliling beliau serta berbual bicara dengan penduduk setempat yang ada terdiri daripada peniaga gerai, peniaga IKS, peniaga kedai makan dan usahawan.


3. Tambahan pula, ada warga emas menceritakan kerisauan mereka terhadap keadaan politik dan ekonomi semasa. Mereka yang berusia merisaukan yang muda. Mereka yang muda merisaukan anak mereka. Epilog kepincangan ekonomi akan terus berlaku dan tidak stabil sekiranya tiada anjakan paradigma yang betul dilakukan.


4. Maka, atas dasar pengetahuan dalam bidang akaun dan pengalaman menjaga akaun syarikat sendiri dan bercampu dengan pelbagai lapisan masyarakat, calon merasa terpanggil seolah dijentik nalurinya dan tersuntik sebuah semangat iaitu tindakan perlu dilakukan untuk usaha mengurangkan atau lebih elok membasmi kemiskinan atau episod masalah sosioekonomi yang menjadi buah mulut dalam kawasan di Parlimen beliau dan luar parlimen.


5. Landskap politik dan ekonomi boleh diubah jika ada yang ingin mengubah. Maka, Calon mengorak langkah pada PRU15 kali ini bersama - sama Datuk Nadzim Johan atau tular dengan nama Toqqi di bawah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mendapat sokongan dari saudara yang saya hormati, Tuan Yusuf Azmi dari Pertubuhan Semboyan Malaysia bangkit bagi mereaslisasikan gerakan berhikmah untuk ummah ini.

Bebaskan Ekonomi. Bebaskan Negara. Bebaskan Ummah.


MOHD SHAHRIL BIN MAHMOOD

CALON P.136

PARLIMEN TANGGA BATU

Comments


Top Stories

bottom of page