top of page
  • Writer's picturemaster zek

119) KJ Menteri Pengecut? – Ahmad Jufliz


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 14 NOV-


Berikutan tersiarnya kenyataan calon PRM Parlimen Sungai Buluh, Encik Ahmad Jufliz mencabar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Sinar Harian semalam, calon tersebut menegaskan lagi bahawa cabaran debat tersebut adalah secara terbuka.


Beliau menjelaskan lagi, cabaran debat tersebut melalui Sinar Harian pada hari Ahad 13 November lalu jam 11:00 pagi.


“Cuma saya terlupa bagitau Sinar Harian bahawa saya mencabarnya (Khairy Jamaluddin / KJ) untuk menjawab cabaran tersebut dalam masa 24 jam. Kegagalan KJ untuk menjawab cabaran debat ini membuktikan dirinya seorang pengecut dan penakut untuk berdepan dengan saya,” kata Ahmad Jufliz.


Menurut beliau lagi, menteri itu selalu menumpukan perhatiannya banyak kepada Pakatan Harapan, maka pada hari ini, tolehlah kepada beliau juga dan sudilah kiranya beliau berdebat dengannya.


Tambahnya lagi, “Dia hari-hari pandang PH (Pakatan Harapan). Dia tak pandang PRM (Parti Rakyat Malaysia). Hari ini tengok muka saya ni, kita berdebatlah. Insya Allah.”

Comments


Top Stories

bottom of page