top of page
  • Writer's picturemaster zek

120) PRM Mahu Menangkan Rakyat– Ahmad Jufliz


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 14 NOV-


Selepas tersebar berita cabaran Ahmad Jufliz, calon Parlimen Sg Buloh daripada Parti Rakyat Malaysia kepada Khairy Jamaluddin (KJ) yang bertanding di Parlimen yang sama, media Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menemubual Ahmad Jufliz.


Merujuk kenyataan Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi bahawa KJ perlu menang dahulu di Parlimen Sg Buloh dalam Pilihanraya Umum ke-15 sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Kemudian calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mendakwa KJ membawa ci-cita peribadi ke Sungai Buloh untuk menjadi Perdana Menteri akan datang. Namun tidak memikirkan hal rakyat di situ. Merujuk kenyataan KJ pula, beliau mahu ‘membersihkan’ UMNO yang ‘kotor’.


Merujuk kepada kenyataan-kenyataan di atas, Ahmad Jufliz ditanya tentang komennya berkaitan hal tersebut. Beliau mengatakan, semua pemimpin yang bertanding sibuk nak jadi Perdana Menteri (PM). Anwar Ibrahim nak jadi PM. KJ nak jadi PM. Ismail Sabri juga nak jadi PM.


“Jadi di Parti Rakyat Malaysia (PRM) kita jelas mahu rakyat yang menang. Bukan calon yang menang. Macam sebenarnya kita nak berkhidmat kepada rakyat. Pada masa kini semua nak jadi jadi PM, “ kata Ahmad Jufliz.


Tambahnya lagi, “Saya minta kepada warga Sungai Buloh. Cerdiklah. Kita sebenarnya nak merdekakan rakyat. Kita nak keadilan sosial. Hari ini kita berdepan dengan krisis mata wang. Krisis perubahan cuaca (climate change) dan kepanasan global (global warming). Saya cukup bimbang dengan isu banjir, gempa bumi, tsunami dan ribut. Saya nampak ini bukan tindakan tuhan (act of god) tetapi ada tangan-tangan manusia dengan teknologi sains untuk menggubah keadaan cuaca dunia hari ini.”


“Saya minta sangat pada 19 November ini, warga Sungai Buloh buka mata, celik kan minda. Sokonglah Parti Rakyat Malaysia, “katanya mengakhiri temubual.

1 Comment


yatimahmaarof
Nov 14, 2022

PRM wajib

Like

Top Stories

bottom of page