top of page
  • Writer's picturepatv ppim

134) GERAM BUKAN BURUNG KAKAK TUA

KENYATAAN MEDIA| Media bukan burung kakak tua. Tugas media adalah untuk bertanya, bukan hanya mendengar secara sehala dan melapor sesuai 'selera' yang punya acara.

Memasuki minggu kedua tempoh berkempen bagi PRU15, Gerakan Media Merdeka (Geramm) menerima aduan tentang sesi sidang media Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang diadakan di Putrajaya.


Terutama, tidak ada ruang diberikan kepada media yang hadir untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak pengurusan SPR berhubung hal-hal berkaitan proses PRU15.

Difahamkan sehingga kini SPR telah mengadakan dua sesi sidang media, pertama untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting dan seterusnya pengesahan jumlah calon-calon yang bertanding.

Perlu diingatkan SPR mempunyai peranan penting sebagai sumber maklumat rasmi tentang proses pilihanraya, sementara media bertugas untuk menyalurkan maklumat yang tepat.


Kegagalan atau keengganan SPR untuk membuka ruang bagi media mendapatkan penjelasan lanjut akan berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, sekaligus melemahkan sistem demokrasi.

Antara lain, sehingga kini pihak SPR masih belum memberi sebarang penjelasan berkenaan prosedur mengundi bagi mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19, susulan kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah semalam.


Geramm menegaskan tidak ada keperluan untuk menjemput media hadir secara fizikal sekiranya pihak SPR enggan melayan sebarang pertanyaan.

Cukup dengan menghantar kenyataan bertulis atau sesi live online, akan lebih menjimatkan masa semua pihak.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan SPR turut boleh mengambil langkah proaktif untuk menyenaraikan soalan-soalan dari pihak media atau isu-isu dibangkitkan oleh pengundi.

Comments


Top Stories

bottom of page