top of page
  • Writer's picturemaster zek

159) “Nak jadi pemimpin perlu berani berhadapan, kenapa KJ lari ?” - Datuk Nazilah Idris


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 18 NOV-


Datuk Nazilah Idris yang merupakan Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor telah dijemput sebagai panel dalam wacana mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dianjurkan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM).


Ia disiarkan secara ‘Live online’ Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM pada Khamis, 17 November 2022 bermula jam 9.00 malam. Tema program bertajuk, “Antara hidup dan mati, jangan salah undi.”


Ketika membincangkan mengenai isu vaksin dan hal berkaitan mangsa yang terkesan dengan vaksin COVID19, Datuk Nazilah telah menasihati YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Parlimen Sungai Buloh supaya menjadi pemimpin yang berani berhadapan dengan masalah. Seterusnya beliau hairan kenapakah KJ melarikan diri daripada masalah yang diajukan oleh PPIM?


Datuk Nazilah berkata, “Sebenarnya kalau nak jadi pemimpin perlu berani berhadapan, jadi kenapa KJ lari? Saya nak pesan kepada KJ. KJ kena jawab dengan bijak dan jawab sebelum PRU15 ini.”


Toqqi PPIM yang juga bersama dalam program wacana tersebut menambah, “Dah 2 tahun kita minta jawapan dia tak bagi.”


Untuk video penuh sila klik :-


Comments


Top Stories

bottom of page