top of page
  • Writer's picturemaster zek

160) “64 tahun kena tipu dengan kerajaan pusat, isu pendidikan tidak pernah selesai” - Cikgu Izzat


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 18 NOV-


Cikgu Izzat Johari yang merupakan calon Parlimen P.077 Tanjong Malim yang disokong Persatuan Pengguna Islam (PPIM) telah dijemput sebagai panel dalam wacana mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dianjurkan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM).


Ia disiarkan secara ‘Live online’ Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM pada Ahad, 14 November 2022 bermula jam 12.00 tengah hari. Tema program bertajuk, “Antara hidup dan mati, jangan salah undi.”


Antara isu yang menjadi perhatian Cikgu Izzat adalah mengenai isu pendidikan. Katanya, “64 tahun kena tipu buta-buta dengan kerajaan pusat. Isu pendidikan tak pernah diselesaikan. Kenapa?”


Cikgu Izzat menjelaskan berlaku masalah rasuah dalam pengurusan pendidikan sehingga ada sekolah yang tiada syarat sah menduduki (dulu dipanggil CF kini dipanggil ‘Certificate of Completion and Compliance’ -CCC) masih beroperasi.


“Tiada CF tapi bangunan sekolah diguna pakai operasi sekolah macam biasa. Itu kita tengok bangunan sekolah runtuh, bumbung runtuh. Itu saya tak citer lagi pasal kuaters guru. Itu saya tak citer lagi kelengkapan murid ke sekolah,” kata Cikgu Izzat.


Tambahnya lagi, “Mengenai sistem solar di Sabah dan Sarawak anda telah ditipu selama 64 tahun kerana semua nak gunakan alasan Sabah Sarawak. Tetapi isu pendidikan tidak pernah selesai.”


Mengenai isu pengusaha kantin sekolah pula, Cikgu Izzat menyatakan bahawa mereka terbeban dengan harga jualan yang dikenakan sangat rendah menyebabkan pengusaha kantin tertekan dan tidak boleh menjana keuntungan. Sebagai contoh harga minima di pasaran nasi sepinggan adalah RM5.00 tetapi pengusaha kantin terpaksa menjual dengan harga RM2.00 untuk sepinggan nasi goreng.


Manakala berkaitan isu telur yang kurang di pasaran pada masa kini, Cikgu Izzat yang juga seorang aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan wakil kementerian berkaitan 2 minggu sebelum isu tersebut terjadi. Namun tiada usaha dilakukan oleh kementerian berkaitan.


“2 minggu sebelum isu telur terjadi, kami telah beritahu kepada kementerian berkaitan. Satu tindakan pun tak buat. Isu telur. Memang tiada telur punya menteri,” kata Cikgu Izzat.


Untuk video penuh sila klik :-


コメント


Top Stories

bottom of page