top of page
  • Writer's picturemaster zek

166) Rasional mohon ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan penggunaan hampir RM6 Billion


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 29 November –


Pada 26 November iaitu Sabtu lepas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat Sidang Akhbar berkaitan permohonan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry – RCI) berkaitan salah guna wang lebih kurang RM6 Billion dana urusan vaksin.


Usai sidang media tersebut, satu kenyataan media dikeluarkan PPIM dengan memaklumkan hal berikut :-


1. PPIM telah menerima beberapa aduan yang tak masuk akal berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani isu COVID-19 baru-baru ini;

2. Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat serius kerana melibatkan jumlah yang sangat besar;

3. PPIM bersama beberapa NGO lain mendesak kerajaan pusat yang baharu untuk menyiasat perkara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan tersebut.


Memetik kenyataan dari web Malaysia Kini yang diterbitkan pada 12 April 2021 di pautan https://www.malaysiakini.com/news/570438


“Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.


"Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.”


Sebab Pertama RCI perlu ditubuhkan : Peningkatan bajet daripada RM3 Billion kepada RM5.8 Billion


Umum mengetahui bahawa isu yang dibincangkan di sini adalah melibatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau dipanggil ‘PICK’. Pada awal penubuhan PICK, bajet yang diperuntukan hanya sekitar RM3 Billion sahaja. Namun ia meningkat menjadi RM5.8 Billion.


Sebab Kedua RCI perlu ditubuhkan : Penggunaan Wang Amanah daripada generasi akan datang secara tidak wajar


Bukan peningkatan kos sahaja yang dipersoalkan namun sumber kewangan tersebut diperolehi dari Kumpulan Wang Amanah Negara atau disebut KWAN.


Apakah dia KWAN?


Ia dijelaskan sendiri oleh mantan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam satu artikel Harian Metro yang dapat dibaca di pautan berikut :-


"KWAN ditubuhkan pada tahun 1988, kira-kira 30 tahun lepas untuk generasi akan datang. Kalau bukan generasi sekarang, jadi generasi mana lagi? Pada masa ditubuhkan, kita berbalah. Menyimpan ini untuk apabila keadaan sukar.


"Saya percaya bahawa pandemik Covid-19 ini salah satu situasi yang amat sukar bagi negara dan global. Yang penting kita gunakannya untuk tujuan yang betul. Apabila ekonomi kembali pulih, kita akan membina semula KWAN yang kita gunakan untuk rakyat.”


Dengan kata lain, wang yang digunakan untuk program PICK ini merupakan wang yang disimpan untuk generasi akan datang iaitu cucu cicit kita di masa hadapan. Namun wang sebanyak RM5 Billion daripada simpanan anak cucu cicit kita telah digunakan secara tidak wajar.


Semakan fakta kes berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen – Laporan PAC


Bagi menghuraikan mengenai perkara ini, PPIM telah menyemak Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Keempat Belas dari Arkib 2021 di laman web Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen di link


Tajuk: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Keempat Belas, DR.15 Tahun 2021, Dewan Rakyat Yang Keempat Belas, Penggal Ketiga – Berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Pengunaannya Terhadap Rakyat Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF).


Merujuk muka surat 31, Laporan PAC tersebut di atas, di bawah perenggan


“5.4.3 Peruntukan PICK

Peruntukan PICK telah meningkat kepada RM5.8 bilion, berbanding anggaran asal RM3 bilion dalam Belanjawan 2021.


i. YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar [Menteri MOSTI] dalam prosiding Bil. 1 (b)/2021 bertarikh 27 Julai 2021 menjelaskan bahawa melalui Belanjawan 2021, peruntukan PICK ialah RM3 bilion. Walau bagaimanapun berlaku penambahan dalam peruntukan sejumlah RM2 bilion dalam Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM800 juta. Ini menjadikan jumlah peruntukan telah meningkat daripada RM3 bilion kepada RM5.8 bilion.”


Merujuk muka surat 31, Laporan PAC tersebut:-


“ii. YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon [KSP] dalam prosiding Bil.1(c)/2021 bertarikh 28 Julai 2021 menjelaskan sebanyak RM3.9 bilion diperuntukkan untuk pembelian vaksin, manakala RM1.9 bilion bagi program PICK. Pecahan peruntukan bagi perolehan vaksin dan pelaksanaan PICK yang telah diluluskan adalah seperti di Jadual 2.”






Merujuk muka surat 34, Laporan PAC tersebut:-


“5.4.4 Sumber Peruntukan PICK

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar [Menteri MOSTI] dalam prosiding Bil. 1(b)/2021 bertarikh 27 Julai 2021, memaklumkan bahawa pembiayaan PICK adalah daripada dana KWAN dan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).


5.4.5 Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN)


i. YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon [KSP] dalam prosiding Bil. 1(c)/2021 bertarikh 28 Julai 2021 menjelaskan bahawa semasa pembentangan Belanjawan 2021, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Walau bagaimanapun, keperluan tunai RM3 bilion tersebut tidak diperuntukkan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021.


Selepas melihat semula kedudukan kewangan kerajaan, keperluan kerajaan membantu rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam keadaan ketidaktentuan hasil serta ruang fiskal yang terhad, kerajaan telah mencadangkan penggunaan dana KWAN sebanyak RM5 bilion untuk menampung keperluan perolehan vaksin dan PICK.”


Kesemua fakta yang diutarakan di atas harus disiasat secara terperinci mengenai penggunaan setiap sen Wang Amanah daripada anak cucu cicit kita yang telah digunakan.


Menurut PPIM dan beberapa NGO lain amat mendesak kerajaan hari ini di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian sepenuhnya mengenai hal ini.


Seterusnya dapat mengarahkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai ketirisan atau penyalahgunaan wang yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.


Ini bagi menjamin kelestarian wang amanah untuk generasi akan datang yang telah digunakan sewenang-wenangnya tanpa dihuraikan kepada rakyat Malaysia tentang kewajaran perbelanjaan tersebut.



コメント


Top Stories

bottom of page