top of page
  • Writer's picturemaster zek

175) Artikel Kiriman Pembaca : DARI ‘MALAY DILEMMA TO CHINESE DILEMMA’

Kini 'Post PRU 15' kita berdepan dengan Islam dan Rakyat Dilemma.


Cabaran masa depan kita adalah bagaimana pertembungan dua kuasa besar dunia antara Russia/Brics dan Anglo Zionist yang dipelopori oleh USA/UK-Israel-Nato dgn Agenda NWO-WEF dengan IMF dan WHO mendepani Paksi ini mengancam kedudukan Malaysia dan Nusantara yang mengambil langkah tidak berpihak atau neutral dalam pertembungan mereka.


Sudah tentu pertembungan mereka tidak patut melemahkan kita dari sudut ekonomi dan keselamatan Rakyat dan Negara.


Tetapi bila melihat bahawa Negara sudah lebih dari 20 tahun dalam keadaan budjet defisit,hutang negara lebih dari RM1.2 trillion dan hutang dalam negara melalui pembiayaan bank swasta sudah lebih RM2 trillion(rujuk statistik bulanan Bank Negara) dengan pembiayaan lebih 65% kepada pembiayaan sektor hartanah yg bukan merangsangkan ekonomi sebenar,menunjukkan kepada kita bahawa sistem hutang/kapitalis telah mengancam Rakyat dan Negara.


Sistem Hutang ini juga telah mengancam Maqasid Syariah kerana harta dan kuasa beli majoriti orang Islam-Melayu telah berkurangan apalagi Rakyat dan Negara.


Tambahan lagi dengan Penaja sistem Hutang ini juga telah menyebabkan Dasar Monetari dan Fiskal kita tidak dapat menstabilkan harga barang dan perkhidmatan dengan dasar cukai yang tidak mesra Rakyat dan perbelanjaan kerajaan masih dalam ketirisan dan pembaziran yang cukup besar.


Pasca PRU 15 juga memperlihatkan kita bahawa isu2 seperti Rasuah,Pengkhianat dan Liberal telah menyebabkan Islam dan Rakyat dalam dilemma.


Malah polisi kesihatan awam kita juga terancam kerana ia bukan sahaja melanggar hak asasi Rakyat tetapi pemaksaan dan pengaruh tidak wajar kepada penerima vaksin covid 19 tanpa persetujuan termaklum telah menyebabkan peningkatan Rakyat yang telah mati,cacat kekal dan mendapat kesan sampingan serius.


Apa yang lebih membimbangkan ialah Penaja Sistem Riba ini seperti IMF termasuk syarikat2 pengurus dana antarabangsa seperti Blackrock,Vanguard juga yang membiayai pengeluar vaksin ini seperti Pfizer yang sebelum Pandemik Palsu ini telah mempunyai rekod jenayah dalam memasarkan produk2 vaksin mereka dengan membayar denda lebih $2 billion.


Adalah harapan Rakyat dan Negara supaya Kerajaan Perpaduan untuk lebih peka dan bertindak dengsn lebih strategik dalam mencari solusi segera dalam isu sistem hutang dan polisi kesihatan awam Negara.


"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya"

(Al-Baqarah 2:42)


Oleh :-

AHMAD JUFLIZ FAIZA

Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia

Comments


Top Stories

bottom of page