top of page
  • Writer's picturemaster zek

177) CPTPP - Apa yang perlu anda tahu?


CPTPP

The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership

________________________________________________________________


Mukaddimah


CPTPP adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas Free Trade Agreement (FTA) yang dibentuk oleh 11 negara termasuk Malaysia (Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam).


CPTPP telah ditandatangani oleh semua ke-11 buah negara pada awal tahun 2018 dan sudah pun berkuatkuasa pada Disember 2018. Malaysia hanya meratifikasinya baru-baru ini (semasa kerajaan Ismail Sabri ditandatangani oleh Yb Azmin Ali @ Menteri MITI).

CPTPP dianggap ramai bertujuan khusus untuk membesarkan akses pasaran dengan mengurangkan dan menghapuskan halangan tarif.


Namun perjanjian ini pada hakikatnya bukan suatu perdagangan bebas biasa kerana ia amat comprehensive dan kompleks - dan membabitkan perkara-perkara lain seperti perolehan kerajaan, perolehan dan peranan GLC, pelaburan, sektor perkhidmatan kewangan, hak milik intelek, ubat-ubatan, pertanian, buruh dan banyak lagi. Dan peraturan-peraturan di dalam perjanjian boleh dikuatkuasa sepenuhnya melalui sebuah tribunal arbitrasi swasta (ISDS) - Investor-state dispute settlement.


CPTPP akan menyentuh hampir semua aspek kehidupan penduduk Malaysia serta mampu mengarah halatuju pentadbiran kerajaan directing the direction of government administration, mendisiplinkan negara discipline the state jika menyimpang/melanggar peraturan-peraturan perjanjian ini.


CPTPP kini sudah berkuat-kuasa bagi Malaysia pada 29hb Nov 2022 dan telah pun berkuat-kuasa di 8 buah negara yang lain ( Mexico, Japan, Singapore, Canada, Australia, Vietnam, Chile).


CPTPP pada hemat kami sebenarnya adalah suatu agenda multinational corporations (MNCs) dan bukan agenda menjaga kepentingan rakyat dan ekonomi negara sekali gus meng-undermine demokrasi (undermine democracy). Ia akan menyebabkan terlalu banyak kesan negatif kepada rakyat, peniaga tempatan serta kemampuan kita untuk membangun ekonomi negara dan melemahkan keupayaan parlimen dan kehakiman negara untuk menggubal dan melaksana dasar penting untuk negara.


Antara impak hebat yang akan menjejaskan rakyat Malaysia dengan penguatkuasaan CPTPP ialah:


1. Penghapusan tarif kepada kadar 0% menjelang tahun 2030 akan menyebabkan lambakan import makanan yang boleh menjejaskan rezeki petani-petani kecil dan penternak-penternak tempatan;


2. Lambakan barangan import kerana penghapusan tarif akan menjejaskan pemasaran barangan buatan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan, dan mengakibatkan kehilangan pekerjaan tempatan;


3. Kewajipan menyertai konvensyen Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan International Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV 91) akan menghalang para petani dan individu daripada berkongsi serta menjual benih mereka yang dituai sendiri kepada orang lain yang berada di luar kawasan kebun mereka;


4. Pelaksanaan Akta Harta Intelek yang lebih ketat akan menjadikan harga ubat-ubatan veterinar lebih mahal, di samping meningkatkan kos racun kimia dan organik, maka menjejaskan penternak-penternak dan pengeluar-pengeluar daging di dalam negara;


5. Pelabur asing akan mempunyai kebebasan yang lebih luas untuk masuk membuka ladang-ladang monokultur baharu yang akan memusnahkan alam sekitar dan biodiversiti tanaman;


6. Pelabur asing akan mempunyai lebih banyak kuasa di bawah CPTPP dan ini akan mengikat tangan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang menjaga kebajikan rakyat;


7. Peluang perniagaan bagi usahawan tempatan semakin kecil apabila pelabur asing mempunyai lebih kebebasan untuk membekalkan perkhidmatan dan barangan kepada agensi kerajaan;


8. Syarikat-syarikat korporat asing mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menyaman Kerajaan Malaysia sekiranya pihak kerajaan gagal melindungi kepentingan pelaburan mereka di bawah CPTPP.


Perjanjian CPTPP


i) Comprehensive, Intrusive and Complex Sebuah perjanjian perdagangan bebas untuk barangan lazimnya terdiri dari hal-hal tarif, kastam dan kuarantin. Tetapi CPTPP bukan suatu perdagangan bebas biasa - kerana ia amat comprehensive dan intrusive - dan merangkumi pekara2 bukan perdagangan saperti perolehan kerajaan, perolehan dan peranan GLC, pelaburan, perkhidmatan kewangan, hak milik intelek, ubatan, pertanian, buruh dan banyak lagi. CPTPP menyentuh hampir semua aspek kehidupan penduduk Malaysia - ekonomi, sosial, politik dan demokrasi - serta mampu mengarah halatuju pentadbiran kerajaan, mendisiplinkan kerajaan jika menyimpang dari peraturan2 perjanjian ini.


ii) Semua Terangkum Cirinya yang begitu meluas skopnya adalah hasil dari menggunakan pendekatan ‘negative list’. Pendekatan ini memerlukan SEMUA undang-undang, dasar-dasar, peraturan-peraturan dan amalan-amalan kerajaan sesebuah negara CPTPP mematuhi (in full compliance) setiap provisi didalam perjanjian CPTPP - MELAINKAN sesebuah negara itu telah memperolehi pengecualian (non-conforming measures). Jelas adalah amat sukar untuk sesebuah negara untuk mencapai tahap pengecualian yang sufficient dan selamat untuk mengelak dari terperangkap melanggar provisi CPTPP – yang akan mengundang saman gantirugi oleh pelabur asing melalui mekanisma ISDS (Investor-State Dispute Settlement)


iii) Perjanjian Berimplikasi Besar Tanpa Perakuan Parlimen Proses penyertaan (accession) kepada sebuah perjanjian antarabangsa di Malaysia tidak memerlukan perjanjian tersebut diperakui parlimen; pihak eksekutif (cabinet) diberi kuasa penuh untuk menyertai mana-mana perjanjian. Ini adalah suatu kecacatan yang besar. Di United Kingdom parlimennya mempunyai peranan statutori dalam meratifikasikan sebuah perjanjian antarabangsa. Kerajaannya wajib membentang cadangan penyertaan dalam se-sebuah perjanjian antarabangsa di Parlimen; dan Parlimennya berhak untuk menghalang ratifikasi perjanjian itu indefinitely.


iv) Kurang Libat Urus dengan Stakeholders Libat urus dengan masyarakat madani (badan bukan kerajaan, NGO) sewaktu rundingan perjanjian CPTPP telah dilakukan secara “melepaskan batuk ditangga” dalam bentuk sesi ‘town-hall’ semata-mata. Ketika itu kebanyakan wakil-wakil rakyat pun tidak punyai akses kepada teks perjanjian, justeru tidak mampu untuk menilai implikasi sepenuh. Banyak pandangan dan saranan dari NGO-NGO, persatuan2 dan kesatuan sekerja yang sediakan secara ilmiah dan teknikal telah disampaikan pada pihak MITI, namun umumnya tidak menerima respon yang wajar. Ini membawa implikasi bahawa kepentingan negara serta kos dan kesan negatif terhadap rakyat dan peniaga tempatan kurang diberi penilitian dan proses discourse yang mencukupi. Pada tahun 2006 ketika Kerajaan Malaysia sedang merunding dengan Amerika Syarikat untuk perjanjian Malaysia-US FTA, gabungan-gabungan NGO telah menyenaraikan 50 redlines kepada kerajaan untuk diambilkira, dan kerajaan ketika itu bebesar hati menerima kebanyakan saranan tersebut sebagai redlines kerajaan. Banyak redlines tersebut kini telah dilanggar dalam perjanjian CPTPP.


v) Flawed Cost & Benefit Analysis Pada hemat kami, Cost & Benefit Analysis (PwC, 2022) yang dibiayai MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) adalah tidak menyeluruh dan holistik; dan lebih bias dan tertumpu kepada aspek pelaburan dan export semata-mata; kurang meneliti aspek kos dan risiko secara keseluruhan. (Lihat Appendix) Tambah lagi, metodologi CBA menggunakan model Computable General Equilibrium (CGE) telah dikritik secara meluas kerana membuat andaian yang tidak mencerminkan dunia sebenar; dan kerana dikekangi kekurangan data PwC mengaku “telah juga menggunakan literature review, teori dan intuisi”


vi) Regulatory Standstill Mustahil Kerajaan mampu untuk patuh sepenuhnya dengan semua provisi CPTPP terutamanya tuntutan provisi ‘fair and equitable treatment’ (FET) dan ‘indirect expropriation’ dari Bab Pelaburan (notwithstanding our non-conforming measures). Provisi ini ditafsirkan setengah tribunal pelaburan sebagai “pembekuan dasar dan undang-undang” (standstill on laws and regulations). Malah kajian UNCTAD merumuskan keadaan itu sebenarnya ‘adalah mustahil untuk dicapai’ kerana semua kerajaan senantiasa perlu membuat dasar-dasar baharu atau meminda peraturan-peraturan sediada apabila menghadapi krisis saperti pandemik Covid atau krisis kewangan atau perubahan iklim. Provisi FET dan Expropriasi, tidak benarkan apa-apa pengecualian terhadapnya; dan jika ada pengecualian tercapai dalam bab lain - jika ‘in conflict’ dengannya, tuntutan FET diutamakan. Mengikut UNCTAD, dari 284 kes saman ISDS dibawah FTA-FTA yang sejenis dengan CPTPP, 139 adalah kes pencabulan provisi FET.


vii) Inadequate Exceptions Malaysia telah capai beberapa pengecualian (non-conforming measures) menyentuh hal dasar Bumiputera, pengimportan beras, syarikat-syarikat PMKS, GLC. Tetapi hakikatnya pengecualian tersebut tidak memadai, tidak kalis tuntutan provisi-provisi bab pelaburan. Sewajarnya beberapa hal penting dan utama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dikecualikan melalui ‘total carve-out’ samada dari perjanjian keseluruhannya atau dari mekanisma ISDS. Contoh ‘total carve-out’ yang telah tercapai dalam perjanjian CPTPP ini adalah pengecualian Perjanjian Waitangi (New Zealand); dan pengecualian Pengawalan Penggunaan Tembakau (rokok). Perjanjian Waitangi sebuah perjanjian menjaga hak keistimewaan masyarakat Maori New Zealand dikecualikan dengan mengenepikan apa2 provisi dalam keseluruhan perjanjian CPTPP yang menghalang kerajaan New Zealand dari melakukan apa2 tindakan diperlukan untuk memenuhi hak keistimewaan masyarakat Maori. Bermakna Perjanjian Waitangi kalis sepenuhnya dari peraturan CPTPP. Untuk Pengawalan Penggunaan Tembakau (Tobacco Control) - apa2 tindakan (measures), diambil oleh kerajaan dikecualikan sepenuhnya daripada disaman dibawah provisi ISDS. Tobacco Control carve-out ini adalah initiatif Malaysia.


viii) Development Strategy Disallowed Strategi untuk menyokong pembangunan ekonomi negara akan dicabar oleh CPTPP. Contohnya dasar perindustrian yang mensyaratkan syarikat-syarikat multinasional untuk membentuk usaha sama dengan syarikat tempatan; untuk menggaji orang tempatan dan tidak bergantung pada pekerja asing; untuk memindahkan teknologi; untuk mengambil pengurus kanan tempatan untuk diberi exposure kepada high-level business management; untuk meningkat kandungan tempatan (local content) dalam produk mereka – semua tidak dibenarkan.


ix) Constitutional Concerns Not Protected Sewajarnya Malaysia mengecualikan pekara-pekara penting dalam perlembagaan saperti perkara 181, perkara 153, pekara 152, pekara 89 dan 90, pekara 14 dengan mekanisma ‘total carve-out’ saperti pengecualian Waitangi atau Tobacco Control. Namun ini tidak dilakukan - mencerminkan bahawa pandangan golongan stakeholders yang lebih luas telah diabaikan, serta keutamaan tidak memihak segmen besar rakyat Malaysia. Kebimbangan adalah kedaulatan negara, kedudukan institusi raja-raja dan kepentingan rakyat dan golongan majoritas turut terhakis selama-lamanya.


-TAMAT-


Comments


Top Stories

bottom of page