top of page
  • Writer's picturemaster zek

178) Untuk perhatian YB Dr Zaliha binti Mustafa - Menteri Kesihatan Malaysia


Oleh : Ikaz


KUALA LUMPUR, 18 Disember –


Memetik berita Bernama pada 5 Disember lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau terbuka untuk menerima segala nasihat, cadangan serta pertolongan daripada bekas menteri-menteri kesihatan untuk dijadikan rujukan dalam menerajui Kementerian Kesihatan (KKM).


Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara amnya.


“Saya terbuka kepada sebarang bantuan dalam bentuk cadangan dan pandangan mengenai perkara yang mungkin menteri sebelum ini lakukan dan pernah melaksanakan sebarang polisi dan sebagainya.


“Tetapi seperti biasa, kita sebagai menteri baharu, akan diberikan taklimat oleh KKM sendiri dan lihat apakah polisi-polisi yang mungkin kita boleh terima pakai, perlu diperbaiki atau mungkin nak ditolak,” katanya kepada pemberita, di KKM.


Namun mungkin YB Dr Zaliha selaku Menteri Kesihatan yang baharu terlupa tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.


Untuk makluman YB Dr Zaliha, mantan Menteri Kesihatan - Khairy Jamaluddin dan beberapa individu serta organisasi telah disaman. Saman itu diuruskan oleh Tetuan Mohamad Zainuddin & Co.


Antara intipati saman yang terkandung dalam surat Tetuan Mohamad Zainuddin & Co. adalah seperti berikut :-


1. Untuk makluman Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, ingin kami maklumkan bahawa kami merupakan frma guaman yang membuat saman bagi pihak anakguam kami terhadap kerajaan yang sebelum ini dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kementerian Kesihatan; World Health Organisation (WHO); Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus CEO WHO, Pfizer Incorporation New York, Sinovac Incorporation China dan lain-lain.


2. Sehubungan ini, kami menyokong usaha Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan lain-lain untuk menyiasat kes VAKSIN perbelanjaan yang sangat tinggi RM 600 billion sedangkan Covid-19 adalah propaganda yangmana coronavirus tidak pernah dapat dibukti dikeluarkan virus hidup dari pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus.


3. Didalam hal ini juga, vaccine experimental (Emergency Approved Use) merupakan vaccine synthetic gene therapy yang dilarang oleh NUREMBERG CODE kerana mengubah DNA manusia serta mengandungi berbagai “contaminations” yang memberikan kesan sampingan AEFI kronik yang teruk dan juga boleh menyebabkan sudden death.


4. Jelas disini ianya bukan sahaja jenayah pecah amanah yang berjumlah RM 600 billion tetapi lebih bahaya lagi ianya jenayah yang menyebabkan kematian dan kesan sampingan kronik AEFI yang sedang berlaku khususnya terhadap anak guam kami CLASS ACTION:-

a. CIVIL LIABILITY;

b. CRIMINAL LIABILITY; dan

c. JUDICIAL REVIEW


5. Laporan polis telah dibuat namun tiada kertas siasatan dibuka yang telah menyebabkan kami membuat MEMORANDUM kepada 9 Duli-Duli Raja-Raja Melayu yang menjadi anggota Majlis Raja-Raja Melayu dan juga kepada Yang di-Pertuan Agong.


6. Dengan pernyataan ini bagi pihak anak guam kami dan juga seluruh warga CLASS ACTION (PUBLIC INTEREST), kami dengan rendah diri mohon Dr. Zaliha Mustafa tidak terperangkap dengan naratif yang salah yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin mengikuti sepenuhnya saranan World Health Organization (WHO) tanpa menjalankan tanggungjawab DUE DILIGENCE menyelidiki dan/atau menyiasat sepenuhnya terlebih dahulu. Kami juga dengan ini memohon suatu siasatan “Royal Commission of Inquiry” hendaklah dibuat khusus mengenai HOAX COVID 19 dan EXPERIMENTAL VACCINE synthetic Gene Therapy ini.


Selain itu, sebelum ini Sinar Harian melalui laman sesawangnya memaparkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta agar kes membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 disiasat dengan lebih terperinci.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak menafikan kepentingan vaksinasi sebagai mekanisme membendung pandemik Covid-19, namun kes tersebut menimbulkan persoalan.


“Justeru, insiden ini tidak boleh sesekali dianggap sebagai terpencil dan memerlukan pencerahan yang sangat jelas kepada masyarakat umum.”


Sebelum ini, tular kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan Allahyarham Noor Hayati Nabila Abdullah meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.


Beliau turut meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera.


Sumber : Sinar Harian








Comments


Top Stories

bottom of page