top of page
  • Writer's picturepatv ppim

52) Cuti umum khas untuk pekerja bergerak ke lokasi mengundi – CUEPACS




KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) cadang diisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas bagi membantu rakyat Malaysia bergerak ke lokasi mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November.


Presidennya CEUPACS, Adnan Mat berkata, walaupun ia jatuh pada Sabtu, pemberian cuti tambahan sehari lebih awal adalah wajar kerana ramai yang mengundi di tempat lain.


BELIAU BERKATA ADA PENGUNDI YANG PERLU MELAKUKAN PERJALANAN LEBIH DARIPADA EMPAT JAM UNTUK MENGUNDI.


“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Menurut Adnan, walaupun pekerja boleh mengambil cuti tahunan, namun CUEPACS bimbang ada majikan yang tidak membenarkan mereka mengambil cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November.


-BTS


Комментарии


Top Stories

bottom of page