top of page
  • Writer's picturepatv ppim

62) SENARAI CALON YANG DISOKONG PPIM



KUALA LUMPUR, 8 NOV: Persatuan Pengguna Islam (PPIM), mengumumkan senarai calon yang disokong dan diluluskannya selepas melancarkan platform atas talian, Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR).


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @Toqqi, berkata senarai itu bertujuan memudahkan rakyat mendapat maklumat dan memberi mandat kepada calon yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini, untuk mewakili mereka.


“GSR adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai sumber rujukan untuk rakyat Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan maklumat berkaitan calon-calon yang bertanding pada PRU15.


“Aplikasi ini juga akan menjadi platform untuk rakyat memantau dan menegur sekiranya calon yang dipilih tidak menjalankan fungsi atau mengkhianti kepercayaan yang diberi,” katanya pada majlis pelancaran GSR di Pejabat PPIM, di sini, hari ini.


Pada majlis terbabit, Toqqi turut mengumumkan PPIM menyokong sembilan calon Bebas yang akan bertanding pada PRU15 termasuk seorang calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).


Calon yang disokong PPIM adalah seperti berikut :


1. Calon Bebas P097 Selayang – Muhammad Zaki Omar

2. Calon Bebas P009 Alor Setar – Sofan Feroza Md Yusup

3. Calon Bebas P086 Maran – Muhamad Hafiz Ishak

4. Calon Bebas P138 Kota Melaka – Dato’ Dr Norazlan

5. Calon Bebas P077 Tanjong Malim – Cikgu Izzat Johari

6. Calon Bebas P112 Kuala Langat – Hajah Zanariah Jumhuri

7. Calon Bebas P136 Tangga Batu – Shahril Mahmood

8. Calon Bebas P089 Bentong – Achik Khalil

9. Calon Bebas P094 Hulu Selangor – Azlinda Baroni

10. Calon Perikatan Nasional (PN) P080 Raub - Dato Fakrunizam Ibrahim.

11. Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) P107 Sungai Buloh- Ahmad Jufliz Faiza


Toqqi juga berharap agar semua pihak termasuk media dan orang ramai serta seluruh rakyat Malaysia dapat mewar-warkan platform online Gagasan Rakyat Malaysia (GSR) melalui pautan www.gsrpru15.com dan melakukan pendaftaran sebagai ahli di laman sesawang berkenaan.




Comments


Top Stories

bottom of page