top of page
  • Writer's picturepatv ppim

63) “BEBAS” - SERUAN JIHAD PEMBELA UMMAH


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil

Anbiya’e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi

Wasahbihi Ajma’in.


Kepada semua pengundi yang kami kasihi dan kami muliakan.

Salam Sejahtera.


Kepada semua pengundi dalam Kawasan Parlimen KITA di mana

CALON -BEBAS- kami (Moto kami JIHAD PEMBELA UMMAH) sudah

pun membuat percalonan dengan LOGO pen. Dengan

harapan yang setinggi gunung, penuh dengan iltizam, tanggung

jawab dan dedikasi yang sepanjang masa beristiqamah ke jalan

yang diredhai Allah swt untuk membela rakyat marhean.


Sesudah merdeka selama 65 tahun Malaysia berada di

persimpangan kejahilan dan kesukaran, dimana saban hari berita

yang kita dengar adalah pergolakan perebutan kuasa dalam

party dan terlalui banyak adengan populis.


Dalam konteks POPULIS politik terkini merujuk kepada pendekatan

menekankan peranan "rakyat" sebagai suatu kuasa melawan

terhadap "golongan elit" yang gilakan kuasa.


Dengan retoriknya "the 99%" (rakyat) terhadap "the 1%" (golongan

elit), gerakan “Occupation of the mind” oleh kuasa besar

antarabangsa adalah contoh gerakan sosial populis yang boleh

mengugat bangsa dan negara.


Tahap Pribumi Melayu masih terbawah menjadi polemik, sama

ada cabang politik, ekonomi, kesihatan, sosial mahupun cabaran

media sosial, semuanya dilihat berpotensi 'meruntuhkan' benteng

perpaduan dan kesihatan UMMAH.


1. Suruhanjaya Kesatuan Eropah telah membuat penyelidikan

selama beberapa bulan dan telah membuat pengumunan

dalam Parliment Kesatuan Eropah (European Union Commission)

sebulat suara membuat kenyataan baru baru ini menyifatkan

vaksin BioNTech Pfizer, menyedihkan, memalukan, menjijikkan,

mengelirukan, efficacy yang diragukan, kurang ketelusan, tidak

boleh diterima pakai dan syarikat-syarikat farmaseutikal ini

harus diharamkan.” (“deplorable, shameful, unacceptable,

disgusting, misleading, lack of transperancy and these

pharmaceutical companies should be ban from the parliment.”).


2. Tidakkah kerajaan Malaysia merasakan sesuatu yang aneh dan

mencurigakan dimana dakwaan kemudaratan vaksin oleh

semua negara Kesatuan Eropah dan keputusan Suruhanjaya

Kesatuan Eropah harus di telusuri, disemak imbas segera

sebelum meneruskan program vaksinasi, kerana senario yang

serupa berlaku di Malaysia. Bezanya, pakar perubatan di sini

tidak berani memberi pengesahan kematian dan kecederaan

akibat terkesan Vaksin.


3. Kegagalan kerajaan menubuhkan pusat pusat aduan terkesan

vaksin di seluruh negara dibangkitkan oleh rakyat. Kes kes AEFI

dirujuk kepada bahagian pesakit luar walhal pesakit terkesan

vaksin mempunyai pattern penyakit yang agak pelik,

mempunyai keserupaan yang luarbiasa dimana ia memerlukan

penyelidikan dan kajian yang tertumpu dan menyeluruh dan

ianya wajib diketahui rakyat tahap dan jumlah kes yang

terkesan vaksin. Jumlah kematian juga wajib diumumkan. Yang

jelas diantara rakyat marhean ramai saudara mara, ahli

keluarga dan sahabat sahabat kehilangan warga kesayangan

secara mengejut.


4. Selain itu semenjak PH memerintah banyak aset aset kerajaan

yang disasar terutama entiti Pribumi Melayu dilelong sewenang

wenangnya. Kerajaan yang mengambil alih dari PH juga tidak

memain peranan yang disuarakan rakyat, tidak menghiraukan

kehilangan aset aset penting ini. Aset Aset ini adalah “ANGSA

ANGSA YANG MENETASKAN EMAS”. Yang pelik dan

menyedihkan kenapa PH DAP masuk campur Hal Hal Tabung

Haji, lebih pelik parti besar seperti PAS BN DAN PN tidak

mengambil tindakan dan semakan RCI terhadap mereka. Hotel

TH adalah dekat dihati Pribumi Melayu Islam, kenapa itu pun di

kacau.


5. Kerajaan kerajaan Negeri walaupun MB nya berbangsa Melayu

Islam, adakah mereka mempunyai ROH MELAYU, yang

sayangkan tanah ranah moyang. Terlalu banyak Tanah Tanah

Rizab Melayu dan Tanah Tanah Rizab Kerajaan dijual berskala

besar kepada bangsa asing sehinggakan bangsa asing telah

menguasai sebahagian besar Tanah Tanah Rizab ini secara

mendadak.


6. Kekecewaan dan kegelisahan Natif Pribumi Melayu jelas

kedengaran setiap hari, malah ianya antara punca kejatuhan

UMNO di PRU14. Jika tiada tanah-tanah ini macam mana

kerajaan negeri nak memerintah. Siapa yang luluskan penjualan

tanah tanah berskala besar ini? Apa tindakan dan cara mana

kerajaan negeri hendak mengambil balik Tanah Tanah Rizab

Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan yang telah terjual kepada

bangsa asing.


7. Tanah adalah aset penting penting yang tidak ternilai harganya,

dari segi ekonomi, politik dan bagi kesejahteraan penduduk

asal iaitu Aslian dan Natif Pribumi Melayu yang pada awalnya

Hak ini tidak pernah disentuh, diganggu gugat oleh mana mana

pihak sebab kuasa Tanah di tangan Tok Batin dan Penghulu

kampong.


8. Dalam konteks Ketuanan Melayu pula, ia bukan bermakna

Melayu itu sombong dan berkuku besi. Melayu menjadi Tuan

Tanah kepada Semenanjung Tanah Melayu semenjak ribuan

tahun kemungkinan 65,000 tahun ,mengikut DNA. Natif Aslian

Melayu dan Natif Pribumi Melayu adalah Custodian (Penjaga),

Protector (Benteng), Guardian ( Pembela), Trusted (Amanah dan

Amanat). Satu Tanggung Jawab yang amat besar.


9. Penaklukan dan perampasan tanah tanah milik Melayu berlaku

semenjak kejatuhan Empayar Melayu Srivijaya sehingga era

penjajahan kuasa-kuasa kolonial yang bermula dengan

penaklukan dan diikuti dengan penguasaan sosio-politik dan

sosia ekonomi yang berakhir dengan proses asimilasi kaum

migran dan Natif Pribumi Melayu.

10. Ditekan oleh kemiskinan orang Melayu menjual atau

menyewakan Tanah mereka kepada saudara mara terdekat

atau kaum migran.


11. Sikap rakus dan tamak kapitalistik pemilik Melayu, migran

asing dan kelemahan pengurusan pentadbiran tanah tanah

dinegeri -negeri dan ketidakperihatinan kerajaan pemerintah

menyebabkan Pribumi hilang pegangan penguasaan tanah

terhadap negara .


12. MEMPERKUKUHKAN UNDANG-UNDANG TANAH RIZAB MELAYU

DAN MEMBUKA KES KES PENYELEWENGAN .


✓ Bertujuan – melindungi kepentingan proprietari –

mencegah kepupusan bangsa tertentu dari tanah air

mereka dengan menyekat penjualan tanah ranah moyang

kepada masyarakat migran yang datang untuk mencari

kekayaan.


✓ Konsep Tanah Rizab yang diiktiraf Bangsa Bangsa Bersatu

terdapat dalam pelbagai kommuniti. Tanah Amerika

Syarikat untuk Orang Asli, Australia untuk Orang Oborigin –

New Zealand untuk Maori, Afrika Selatan untuk Aslian

Afrika.


✓ Untuk melindungi Tanah Melayu daripada dijual kepada

komuniti imigran. Enakment Tanah Rizab Melayu 1913

cenderung untuk melindungi Pribumi Melayu secara

beransur-ansur dari dislokasi ekonomi yang disebabkan

oleh kemasukkan migran ke Semenjung Tanah Melayu,

13. Kami Parti BEBAS berikrar membetulkan keadaan yang

mengancam Keselamatan dan kesejahteraan Rakyat dengan

mengatur-urus kesilapan kerajaan yang lalu dengan lebih

perihatin, penuh dengan belas ehsan dan Roh Melayu dan

semangat telus.


RAKYAT JAGA RAKYAT BERTEMAKAN :


"RAKYAT ADALAH KERAJAAN"


UNDILAH BEBAS

Comments


Top Stories

bottom of page