top of page
  • Writer's picturepatv ppim

79) RINTIHAN MANGSA VAKSIN COVID-19


Oleh Ikaz dan Diana Abd Wahab


KUALA LUMPUR, 11 NOV- Meskipun tidak dilaporkan media arus perdana, sebenarnya ramai rakyat di negara ini yang mengalami masalah gangguan kesihatan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.


Mangsa yang disuntik vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca yang pernah membuat aduan kepada Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mendakwa mereka mengalami pelbagai gangguan kesihatan antaranya gangguan sistem saraf, buah pinggang, masalah jantung, pernafasan, mata, gangguan heptik atau endokrin dan gangguan kulit. Malah, ada antara mangsa yang meninggal dunia akibat kegagalan


jantung selepas menerima dua dos vaksin itu.

Meskipun kerajaan menafikan masalah kesihatan kronik adalah kesan sampingan vaksin COVID-19, hakikatnya ramai rakyat negara ini menjadi mangsa akibat kerakusan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin , yang sanggup menggadai negara demi memenuhi agenda peribadi.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah menghubungi beberapa mangsa yang mengalami gangguan kesihatan selepas menerima vaksin COVID-19 bagi mendapatkan luahan hati dan keadaan kesihatan mereka ketika ini.

Warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, beliau membuat aduan kepada PATV PPIM selepas isterinya (Ju) yang berusia 67 tahun, nyaris koma selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, tahun lalu.



“Isteri saya nyaris koma dan ditempatkan dalam pemantauan unit rawatan rapi (ICU) selepas terima dos kedua vaksin. Isteri saya sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, namun selepas divaksinasi, dia mengalami pelbagai masalah kesihatan antaranya seperti kegagalan

buah pinggang, gangguan sistem saraf, pernafasan, darah, masalah jantung, mata dan masalah heptik serta endokrin.

“Biarpun keadaannya kini stabil, namun kesihatan tak seperti sebelum divaksinasi. Sebelum ini, isteri saya tiada langsung masalah kesihatan. Penglihatan isteri saya juga semakin ‘kelabu’ dan dijangka menjalani pembedahan pada 21 November ini. Semua penyakit yang dideritainya kini terjadi selepas terima vaksin sebab itu saya yakin vaksin yang jadi punca.


“Sekarang setiap bulan dia perlu pergi ke dua hospital yang berbeza untuk rawatan susulan untuk semua masalah kesihatan yang dialami. sebab itu saya tak benarkan isteri ambil dos penggalak,” katanya yang turut mendakwa dadanya seperti ditumbuk sehingga mengakibatkan beliau terjatuh selepas mengambil dos penggalak.

Menyuarakan kekesalan, beliau berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan kajian membabitkan semua vaksin secara terperinci sebelum membuat keputusan mewajibkan rakyat divaksinasi. Tambah beliau, ramai rakan-rakan terdekat yang meninggal dunia dan mengalami penyakit dengan simptom yang sama seperti dialami isterinya.


Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang pernah mengeluarkan kenyataan akan “menyukarkan hidup” golongan yang enggan divaksinasi sehingga mencetuskan bantahan pihak tertentu yang mengatakan langkah berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan.


Sementara itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 52, berkata, beliau mengalami masalah kulit selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin Pfizer.

“Sehingga kini, saya masih mengalami masalah kulit (rashes) dan terpaksa makan ubat dua atau tiga hari sekali bagi mengawal masalah itu. Kalau tak makan ubat, alahan itu akan jadi,” katanya.


Bagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Nelofa, 29, berkata beliau kini kerap mengalami serangan asma selepas menerima vaksin Sinovac. Katanya, beliau yang hanya mengalami masalah alahan (alergik) terhadap makanan kekacang yang tidak serius sebelum divaksinasi, mengalami serangan kali pertama selepas menerima dos pertama vaksin terbabit.

“Serangan asma kali pertama berlaku ketika makan buah longan. Saya batuk berterusan sehingga sukar bernafas. Keadaan itu membuatkan ibu bapa saya panik kerana saya tak pernah ada penyakit asma. Saya kemudian menerima rawatan kecemasan dan diberi bantuan pernafasan (nap) di klinik swasta.


“Saya melaporkan masalah berkaitan kesan vaksin melalui aplikasi Mysejahtera, selepas kejadian itu, namun tiada tindakan lanjut. Aplikasi itu kemudian menetapkan tarikh suntikan dos kedua. Sebelum suntikan, saya ada memaklumkan masalah kesihatan yang dihadapi kepada pegawai kesihatan bertugas, tetapi tiada sebarang maklum balas. Malah saya tetap diberikan suntikan dos kedua,” katanya.

Selepas menerima dos kedua vaksin, mangsa mendakwa kerap dikejarkan ke klinik apabila diserang asma bagi mendapatkan nap. Boleh dikatakan setiap bulan mangsa akan mengalami serangan asma.


Malah, mangsa menegaskan, sebelum divaksinasi, beliau tiada sebarang masalah apabila terdedah dengan asap rokok. Namun kini, beliau terus terkena serangan asma sebaik terhidu asap rokok.

“Saya pernah diserang asma kerana ada rakan sekerja yang merokok di ruangan pejabat. Terus dapat serangan asma ketika itu juga sehingga sukar bernafas. Saya terus dikejarkan ke klinik berhampiran. Alhamdulillah saya selepas rawatan nap lega sedikit pernafasan saya,” katanya.


Biarpun sudah hampir dua bulan tidak mengalami serangan asma, namun mangsa masih lagi terkejut dengan masalah kesihatan yang tiba-tiba dihidapinya selepas divaksin. Masalah itu menyebabkan mangsa terpaksa mengubah gaya hidup dengan menghindari daripada terhidu asap rokok bagi mengelakkan serangan asma.


Sementara itu, menyentuh mengenai masalah alahan yang dialami, Nelofa memaklumkan kali terakhir mendapatkan rawatan sekitar dua bulan lalu.


“Saya dapatkan rawatan selepas naik bintik-bintik yang menyebabkan kegatalan luar biasa pada September lalu. Tak tahan sangat, jadi saya pergi klinik untuk dapatkan ubat ,” katanya.



Comments


Top Stories

bottom of page