top of page
  • Writer's picturemaster zek

97) “Nak pilih pemimpin, sama seperti pilih pasangan hidup” – Toqqi PPIM



Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 12 NOV-


Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau mesra dipanggil Toqqi, mencari pemimpin sama seperti memilih pasangan hidup. Ini kerana sama seperti pasangan yang ingin kita kahwini, pasangan itu diperlukan untuk menjaga diri masing-masing. Begitu juga dengan memilih pemimpin.


Memetik katanya, "Hendak pilih pemimpin sama seperti mencari pasangan hidup yang boleh menjaga kita dengan sebaiknya.”


Tidak salah untuk memilih pasangan hidup berdasarkan kecantikan rupa paras, status keluarga serta taraf pendidikan sebagai pakej yang diinginkan.


Bagaimanapun katanya, sekiranya calon yang dipilih itu tidak mempunyai akhlak, maka semua kelebihan yang ada seakan tidak berguna untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.


Tegasnya, perkara sama juga diguna pakai dalam memilih pemimpin yang boleh menjaga rakyat dengan baik dan membawa negara ke mercu kejayaan.


Sumber : Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/230475/khas/rasuah-busters/hendak-pilih-pemimpin-sama-seperti-cari-pasangan-hidup



Kommentare


Top Stories

bottom of page