top of page
  • Writer's picturemaster zek

98) Ahli terbaharu Gagasan Bebas – Calon yang disokong PPIM

MUHAMMAD SHAFIQ IZWAN – Calon no. 8, Parlimen Ampang P099


Oleh Ikaz


KUALA LUMPUR, 12 NOV-


MUHAMMAD SHAFIQ IZWAN menjadi ahli terbaharu yang berdaftar di bawah Gasagan Bebas iaitu calon-calon Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang disokong oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Mohon bantuan untuk bersama-sama kita sebarkan dan sampaikan kepada kawan-kawan berkenaan Calon Bebas Nombor 8, MUHAMMAD SHAFIQ IZWAN yang menggunakan Lambang JAM yang bertanding di Parlimen Ampang P99.


MUHAMMAD SHAFIQ IZWAN merupakan anak jati Ampang dan mempunyai latarbelakang kerja kebajikan yang baik serta kelayakan akademik yang mampu membantu masyarakat Ampang secara menyeluruh.

Semoga kita bersama dapat memulihkan Ampang dan benar-benar dapat memilih seorang wakil rakyat yang bebas berkhidmat untuk rakyat tanpa sebarang sekatan politik. Ayuh kita pulihkan Ampang demi kesejahteraan kita bersama Calon Bebas 08 Saudara Muhammad Shafiq Izwan bin Mohd Yunos. Terima kasih semua.

Kali ini kita berikan wakil rakyat yang benar-benar BEBAS berkhidmat untuk rakyat.


Kenapa MUHAMMAD SHAFIQ pilih BEBAS?

1. Kerana BEBAS tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

2. Kerana BEBAS berjuang segala isu rakyat tanpa sekatan dari orang atasan yang berkepentingan dan menyekat calon yang berkebolehan.

3. Kerana BEBAS untuk membuat keputusan demi kepentingan rakyat.

4. Kerana BEBAS dapat menyatukan rakyat dengan sebenar-benarnya tanpa sempadan politik dan naratif perkauman yang sempit.

5. Yang paling penting BEBAS untuk berkhidmat demi menjaga kebajikan rakyat di Ampang dan peringkat Nasional termasuk dasar yang melibatkan kepentingan rakyat sekiranya terpilih.


Oleh itu beliau merayu agar pengundi memBEBASkan diri anda daripada kemelut parti politik yang berterusan yang akhirnya menyekat calon berkredibiliti dan menyusahkan rakyat memikirkan tentang situasi politik negara.

Ayuh undilah Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos – CALON NO 8 sebagai Ahli Parlimen P099 Ampang. Beliau menggunakan simbol JAM.



Ayuh kita BEBASkan diri kita!

VIDEO CALON PARLIMEN AMPANG



Comments


Top Stories

bottom of page