top of page
  • Writer's picturemaster zek

81) BEBASKAN POLITIK MALAYSIA - Zaki Omar


Oleh Diana Abd Wahab


KUALA LUMPUR, 11 NOV: Calon Parlimen Selayang, Muhammad Zaki Omar, mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas dengan misi membawa perubahan dan memerdekakan politik Malaysia.


Beliau berkata, formula sistem kepartian semakin bermasalah, sehingga menyebabkan keadaan negara semakin parah memandangkan masalah sudah terbenam dan berakar umbi sejak 65 tahun lalu.


“Sepanjang 65 tahun Merdeka, graf Malaysia semakin menurun, masuk tahun 2022 semakin merundum. Sejak setahun lepas kita lihat sistem ni semakin bermasalah. Kalau dalam sistem ‘programming’ (pengaturcaraan) dah makin korup, banyak virus.


“Jika kita (Bebas) pakai sistem sama, kita akan terpalit dengan virus yang sama. Virus-virus ini bukan berlaku tahun lepas, tapi sudah terbenam dalam sistem kepartian dan makin berakar umbi, orang ramai dah mula nampak kesannya sejak 20 tahun lepas. Kita tidak mahu terkena virus yang sama, sebab itu pilih pendirian untuk jadi Bebas,” katanya pada sesi FB LIVE PPIM: Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi yang berlangsung pada jam 9 malam tadi.


Calon nombor empat ini berkata, prinsip bertanding atas tiket Bebas dibuat sejak awal, bukan kerana tidak jemput mana-mana parti politik. Malah pihaknya menyelar tindakan segelintir pihak yang menuduh Bebas hanya sekadar pemecah undi.


“Bila lihat politik yang didominasi bangsa Melayu, mula-mula ada UMNO, kemudian jadi PAS, lepas tu ada BERJASA, HAMIM, tiba-tiba wujud pula AMANAH. Selepas itu muncullah PUTRA, BERSATU, GTA dan sebagainya, jadi apa pula dosa Bebas hingga dikambing hitamkan? Kita tak terlibat dalam sistem kepartian.


“Sebenarnya mereka letak kesalahan pada Bebas kerana nak tutup kelemahan. Kita tak nak duduk dalam permainan itu. Bebas adalah pilihan kita dari awal bukan kerana tak dijemput parti.




“Kalau saya nk cerita masa tanding Bebas di Melaka, ada tiga pihak yang dekati kita. Mereka tawarkan dana, mahu ‘man power’ yang bagaimana, sebut saja, tapi kenalah sokong sifulan sifulan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


“Dari situ kita dah nampak. Kenapa perlu ada ‘deal’ macam ni? Sedangkan kita duduk dalam Dewan Rakyat, kita nak pimpin negara untuk mengutamakan kebajikan rakyat,” tegasnya.


Jelasnya, sekiranya calon mula melihat politik sebagai peluang mencari rezeki dengan cara menyimpang, adakah perlu bersubahat sekiranya ada pihak yang membeli ‘undi’ ketika musim pilihan raya dengan memberikan wang kepada rakyat.


Dalam nada tegas anak muda ini berkata, sebagai rakyat negara berdaulat, ada amanah untuk memastikan Malaysia berada pada landasan yang betul. Sekiranya diabaikan pada peringkat paling bawah, dalam memberi undi untuk menaikkan seorang pemimpin terbaik untuk memimpin negara, bagaimana dapat memegang janji pemimpin atasan yang berikrar tidak pecah amanah.



1件のコメント


gilang gumilang
gilang gumilang
1月15日

Candidate number four said that the principle of competing on a free ticket was established from the start, not because he did not invite any political party. I really like it, and I look forward to hearing from you next. Thank you for the information about the most popular latest news this year. For more detailed information, please visit our website for further information Viralfirstnews

いいね!

Top Stories

bottom of page