top of page
  • Writer's picturepatv ppim

PRU15: SPR tetapkan Hari Mengundi 19 November

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov. Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen 14 hari. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya sebentar tadi.






Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 (Sabtu) sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022 (Sabtu) manakala pengundian awal pada 15 November 2022 (Selasa).


Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang akhbar sebentar tadi selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pukul 10 pagi bagi menentukan tarikh penting PRU15.


Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Menurutnya, Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat).

PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.


Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis.

Untuk rekod, PRU15 diadakan rentetan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.


-variasi-

Comments


Top Stories

bottom of page