top of page
  • Writer's picturepatv ppim

Kemaskini Pemilih

Pembetulan Maklumat Pemilih


Seseorang pemilih yang menyemak dan mendapati kesilapan maklumat peribadinya, boleh memohon untuk pembetulan kepada SPR. Pembetulan maklumat peribadi meliputi maklumat seperti berikut:

  1. Nombor kad pengenalan 12 angka;

  2. Nombor perkhidmatan tentera/polis;

  3. Nombor kad pengenalan lama;

  4. Nama;

  5. Tarikh Lahir;

  6. Jantina; dan

  7. Agama

Di samping itu, pemilih yang mendapati namanya didaftarkan dalam bahagian pilihan raya yang salah juga boleh memohon pembetulan bahagian pilihan raya dengan SPR.

Permohonan pembetulan maklumat pemilih ini boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:

  1. Mengemukakan TUNTUTAN sekiranya masih dalam tempoh semakan DPT;

  2. Aduan bertulis secara e-mel atau surat;

  3. Aduan di Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan; atau

  4. Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Pemotongan Nama Pemilih SPR juga dari semasa ke semasa memotong nama pemilih yang hilang kelayakan iaitu:

  1. Disahkan telah meninggal dunia; dan

  2. Disahkan telah hilang taraf kewarganegaraan.

Tindakan memotong nama pemilih ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara.


Penjualan Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan

SPR menyediakan Daftar Pemilih Induk (DPI) dan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) untuk dijual kepada mana-mana pihak yang diluluskan oleh SPR. DPI dan DPT ini boleh dibeli daripada SPR dalam format berikut:

  1. Buku; dan

  2. Cakera padat (CD) – format Portable Document Format (pdf) atau Microsoft Access (mdb).

Kadar harga jualan bagi DPI dan DPT adalah berdasarkan kepada jumlah pemilih dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selain itu, SPR juga menyediakan Statistik Daftar Pemilih terkini setiap bulan dalam format Portable Document Format (pdf) mengikut negeri dan bahagian pilihan raya seperti berikut:

  1. Statistik Daftar Pemilih Mengikut Kategori Pengundi dan Bahagian Pilihan Raya;

  2. Statistik Daftar Pemilih Mengikut Jantina dan Bahagian Pilihan Raya; dan

  3. Statistik Daftar Pemilih Mengikut Kumpulan Umur dan Bahagian Pilihan Raya.

Mana-mana pihak yang berhasrat mendapatkan DPI, DPT dan Statistik Daftar Pemilih boleh mengemukakan permohonan bertulis secara e-mel atau surat kepada:

  1. Setiausaha SPR; atau

  2. Pengarah Pilihan Raya Negeri.



KENYATAAN MEDIA



BIL. 30 / 2021 PEWARTAAN TARIKH KUAT KUASA SEKSYEN 3(a) DAN (b) AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019 DAN PINDAAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI BERKAITAN PILIHAN RAYA


1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Disember 2021 sebagai P.U.(B) 615/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


2. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 telah diwartakan pada 30 November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan 2 daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958.


3. Justeru itu, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas (2021) dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih. DATUK IKMALRUDIN ISHAK Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 2 Disember 2021 / 27 Rabiatulakhir 1442H

Comments


Top Stories

bottom of page