top of page
  • Writer's picturepatv ppim

MySPR Semak: Semakan Tempat Mengundi PRU 15 spr.gov.my

Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi PRU-15 2022





Susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), anda kini boleh membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui tempat mengundi pada PRU yang ke-15.

Untuk makluman, Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Oleh yang demikian, PRU-15 mesti diadakan sebelum 9 Disember 2022.

Melalui semakan daftar memilih, anda boleh membuat persiapan bagi mengetahui tempat dan lokasi mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 nanti.

3 Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRU 15 2022

Berikut merupakan cara semakan bagi mengetahui mengundi;

  1. Portal MySPR

  2. Aplikasi MySPR

  3. Hotline SPR

Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/

  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)

  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)

  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;

    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;

    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.


Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:

    1. Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101

    2. Google Play: https://play.google.com/store/apps/details


  1. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka

  2. Masukkan aksara captcha (4 angka)

  3. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;

    • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;

    • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.


Hotline SPR

Hubungi 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihan raya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih

Panduan Permohonan Undi Pos Secara Atas Talian

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah melaksanakan perkhidmatan dalam talian (MySPR) bagi memudahkan warganegara Malaysia untuk membuat semakan maklumat pengundian dan permohonan undi pos bagi pengundi yang berada di luar negara (Kategori 1B)

Cara memohon undi pos secara online adalah sebagaimana berikut;

  1. Daftar Akaun MySPR

    1. Layari https://myspr.spr.gov.my/

    2. Daftar Akaun MySPR

    3. Aktifkan akaun pengguna


  1. Mohon Undi Pos

    1. Log masuk akaun MySPR

    2. Klik Permohonan Undi Pos

    3. Klik Borang Permohonan dan pilih kategori “Pengundi Luar Negara”

    4. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dan hantar permohonan

    5. Pemohon akan menerima status permohonan (diluluskan/ditolak) melalui emel selepas permohonan diproses


Tarikh PRU 15

Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dijangkakan SPR akan membuat pengumuman rasmi dari semasa ke semasa.

Jika menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen iaitu sebelum 9 Disember 2022.

Ramai penganalisis dan ahli politik menjangkakan berkemungkinan pada pertengahan atau hujung November 2022.

Melalui tarikh jangkaan ini, anda boleh membuat persiapan untuk pulang mengundi bagi yang berada di luar kawasan tempat tinggal anda kini.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

FAQ Soalan Lazim

Bagaimana Cara Semakan Daftar Pemilih PRU 15?1. Portal https://mysprsemak.spr.gov.my/ 2. Apliaski MySPR 3. Hotline 03-88927018 Bagaimana Cara Permohonan Undi Pos Secara Online?Melalui portal MySPR Bilakah Tarikh Pembubaran Parlimen 2022?10 Oktober 2022 Bilakah Tarikh Mengundi PRU 15?Akan diumumkan oleh SPR dari semasa ke semasa Apakah Nombor Talian Hotline SPR?+603-8892 7018



Comments


Top Stories

bottom of page