top of page
  • Writer's picturepatv ppim

Rishi Sunak akan dilantik Perdana Menteri baharu UK hari ini



LONDON: Rishi Sunak dijadualkan dilantik sebagai Perdana Menteri baharu United Kingdom, hari ini, selepas Liz Truss mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Raja Charles III, menurut Downing Street.


Truss akan mengadakan mesyuarat Kabinet yang terakhir sebelum membuat kenyataan pada jam 10.15 pagi ini.


Ia akan disusuli dengan pelantikan Sunak oleh Raja Charles III, sebelum beliau menyampaikan perutusan sebagai Perdana Menteri baharu pada jam 11.35 pagi.


Sementara itu, Sunak dalam ucapannya selepas memenangi persaingan sebagai teraju baharu Parti Konservatif, semalam, berikrar untuk mengusahakan ‘kestabilan dan perpaduan’ ketika Britain bergelut dengan krisis ekonomi kini.

Comments


Top Stories

bottom of page