top of page
  • Writer's picturepatv ppim

Whatsapp mengalami gangguan di seluruh dunia

Oleh Fetty Rara


BUKAN, telefon anda tidak rosak, atau talian Internet teruk.


Sebenarnya aplikasi Whatsapp mengalami gangguan di serata dunia hari ini (Selasa 25 Okt).


Di Malaysia, gangguan dikesan sekitar pukul 3.30 petang di kebanyakan kawasan.


Pengguna tidak dapat menerima, mahu pun menghantar mesej pada waktu ini apabila aplikasi tersebut sekadar memaparkan notifikasi “connecting…”


Menurut aplikasi dalam talian ‘DownDetector’ yang mengesan gangguan pada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dalam talian, masalah Whatsapp dilaporkan berlaku sejak beberapa minit lalu.


Pengguna di sebahagian besar dunia, termasuk Malaysia, Indonesia, Jerman, Jepun, Brunei, Dubai, Afrika Selatan, Sri Lanka dan Nigeria turut melaporkan gangguan.


-BTS-

Comments


Top Stories

bottom of page