top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 180) Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2022 – Dua kejutan telah berlaku

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 19 Disember – Acara larian antarabangsa yang pertama kali dianjurkan iaitu Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2022 telah dianjurkan pada Sabtu 17 Disember di Pulau Langkawi telah mencetuskan dua kejutan. Kejutan pertama, mengenai kematian mengejut (kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) seorang peserta LIHM 2022 sebelum tamat acara larian. Kejutan kedua, mengenai juara kategori 5km (Fun Run) yang dimenangi oleh remaja tempatan yang juga penduduk Langkawi berusia 15 tahun. Encik Shahrizan Saad selaku Kapten Langkawirunners dan juga Pengarah Larian LIHM ketika dihubungi penulis menyatakan bahawa kejadian yang menimpa Allahyarham Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37 merupakan suatu kejadian yang tidak dijangkakan. Ia juga bukan berkaitan hal keselamatan dalam acara tersebut. Shahrizan ketika dihubungi berkata, “Saya bersama pasukan penganjur telah mengunjungi isteri dan keluarga Allahyarham Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi yang meninggal dunia dalam acara tersebut. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas hal yang telah berlaku. Penjelasan telah diberikan. Mereka berpuas hati dengan penjelasan kami. Ini kerana ia bukan kesilapan mana-mana pihak. Diharapkan ia tidak menjejaskan penganjuran LIHM di masa akan datang.” Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, “Allahyarham adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga peserta LIHM 2022. "Siasatan awal mendapati ketika menghampiri garisan penamat di hadapan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), mangsa tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. "Petugas perubatan dan anggota APM memberi bantuan awal termasuk melakukan CPR sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM)," katanya dalam kenyataan kepada media. Shariman berkata, bagaimanapun, lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi ketika dalam perjalanan ke HSM. "Ujian pengesanan Covid-19 didapati negatif dan mayat dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mengenai kejutan kedua dalam LIHM 2022 - juara kategori 5km (Fun Run) yang dimenangi oleh remaja tempatan berusia 15 tahun yang juga merupakan penduduk Langkawi. Muhammad Farid Ikhwan Bin Firdaus, 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang , Langkawi merupakan juara kategori 5km (Fun Run) LIHM 2022 yang juga disertai oleh ramai pelari dari negara asing. Beliau merupakan anak sulung kepada Encik Firdaus bin Idris, seorang Penyelia Asrama Sekolah dan Puan Norasyma binti Zainal seorang suri rumah. Muhammad Farid Ikhwan atau mesra dipanggil Dik Wan memang banyak kali menjuarai kejohanan olahraga khususnya larian jarak jauh atau marathon. Beliau juga mewakili sekolahnya dalam kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Daerah - MSSD dan MSSK. Antara kejohanan yang pernah dimenangi adalah Larian Fun Run Underwater World Langkawi. Ibu saudaranya, Puan Nurul ketika dihubungi menyatakan, “Sekiranya anak buahnya yang dipanggil Dik Wan ini mendapat bantuan pihak tertentu khususnya pihak kerajaan bagi membentuk Dik Wan menjadi juara dalam acara olahraga, mungkin Dik Wan boleh menjadi wakil negara di kejohanan olahraga dunia dan mengharumkan nama Malaysia suatu hari nanti. Ini kerana baru berusia 15 tahun, Dik Wan telah berjaya memenangi pertandingan marathon yang disertai oleh ramai peserta negara asing.” Tambahnya lagi, “Sesiapa yang sudi melatih Dik Wan menjadi pelari profesional boleh hubungi guru sekolah tempat Dik Wan belajar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang , Langkawi.” Video Dik Wan :-

  • 179) Surat dari pembaca ruangan rencana Utusan Malaysia - 17 Disember 2022

    Buang segera legasi buruk Bersatu Saudara Pengarang, Kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak harus memandang remeh kesan buruk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasi­fik (CPTPP) yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Sebelum ini, seorang bekas menteri dari Bersatu bertindak menghantar surat ratifikasi penyertaan Malaysia sepenuhnya dalam perjanjian perdagangan bebas itu. Surat penyertaan tersebut dihantar tidak sampai seminggu sebelum Parlimen dibubarkan, awal Oktober lalu. Bagaimanapun, Bersatu dalam satu kenyataan pada 5 Disember lalu terus mempertahankan CPTPP dengan menuduh bantahan pelbagai pihak hanya melibatkan kumpulan-kumpulan aliran kiri yang antiperdagangan terbuka dan antiekonomi pasaran. Dengan adanya CPTPP, Bersatu mendakwa nilai eksport Malaysia akan mencecah RM1.65 trilion pada 2030 dan dijangka memberi akses ke pasaran baharu seperti Mexico, Peru dan Kanada. CPTPP kini melibatkan segelintir negara dunia atau lebih tepat 11 negara iaitu Kanada, Mexico, Chile, Peru, Australia, Brunei, Jepun, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Vietnam. Ramai yang tidak mengetahui bahawa langkah itu akan menyebabkan syarikat-syarikat besar dari 10 negara anggota termasuk Singapura memonopoli pasaran Malaysia. Ini kerana terkandung dalam perjanjian itu satu terma yang menyatakan jika kerajaan Malaysia gagal melayan syarikat asing sama seperti syarikat negara kita, maka syarikat asing itu boleh mengheret negara kita ke dalam satu tribunal antarabangsa di bawah peruntukan Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara (ISDS) yang membolehkan mereka menerima pampasan besar. Ia menyamai pampasan sebanyak RM320.27 juta yang perlu dibayar Malaysia kepada Singapura bagi kos ditanggung akibat pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR). Pampasan itu dibayar ketika pemimpin utama Malaysia adalah dari Bersatu. SAYUR Antara sektor yang akan berlaku monopoli syarikat besar dari Singapura adalah pemborongan dan pengedaran sayur-sayuran segar. Pada masa sekarang, terdapat persaingan sihat antara banyak pemborong kecil tempatan sehingga membolehkan harga sayur-sayuran segar dikekalkan pada kadar munasabah. Ini kerana jika mana-mana pemborong menawarkan harga terlalu rendah, para petani mempunyai pilihan untuk menjual kepada pemborong lain. Ini adalah satu contoh bagaimana mekanisme pasaran bebas berfungsi secara adil. Ia dapat berfungsi dengan baik kerana tiada pemain industri yang menikmati kedudukan monopoli. Akan tetapi, syarikat dari Singapura dengan modal besar boleh cuba mengembangkan perniagaannya dengan membeli daripada petani-petani pada harga lebih mahal berbanding pemborong tempatan dan menjual pada harga lebih rendah di peringkat runcit. Dengan cara ini, syarikat asing itu boleh memonopoli sebahagian besar daripada pasaran dalam tempoh beberapa tahun sebagai satu proses menyingkir keluar banyak pemborong kecil tempatan. Apabila syarikat asing itu mencapai kedudukan yang dominan dalam pasaran sayur-sayuran segar, ia akan dapat merendahkan harga ditawarkannya kepada petani. Pada masa sama, meningkatkan harga bahan makanan itu yang ditawarkannya kepada pasar raya dan pasar basah. Dengan itu, harga sayur-sayuran untuk rakyat Malaysia akan melambung tinggi angkara monopoli syarikat asing. Bagi saya, Kerajaan Perpaduan perlu menolak CPTPP kerana ia adalah legasi buruk Bersatu yang akan merosakkan negara. – UTUSAN KHAIRUL IZHAR, Kuala Lumpur Sumber : Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2022/12/buang-segera-legasi-buruk-bersatu/

  • 178) Untuk perhatian YB Dr Zaliha binti Mustafa - Menteri Kesihatan Malaysia

    Oleh : Ikaz KUALA LUMPUR, 18 Disember – Memetik berita Bernama pada 5 Disember lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau terbuka untuk menerima segala nasihat, cadangan serta pertolongan daripada bekas menteri-menteri kesihatan untuk dijadikan rujukan dalam menerajui Kementerian Kesihatan (KKM). Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara amnya. “Saya terbuka kepada sebarang bantuan dalam bentuk cadangan dan pandangan mengenai perkara yang mungkin menteri sebelum ini lakukan dan pernah melaksanakan sebarang polisi dan sebagainya. “Tetapi seperti biasa, kita sebagai menteri baharu, akan diberikan taklimat oleh KKM sendiri dan lihat apakah polisi-polisi yang mungkin kita boleh terima pakai, perlu diperbaiki atau mungkin nak ditolak,” katanya kepada pemberita, di KKM. Namun mungkin YB Dr Zaliha selaku Menteri Kesihatan yang baharu terlupa tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Untuk makluman YB Dr Zaliha, mantan Menteri Kesihatan - Khairy Jamaluddin dan beberapa individu serta organisasi telah disaman. Saman itu diuruskan oleh Tetuan Mohamad Zainuddin & Co. Antara intipati saman yang terkandung dalam surat Tetuan Mohamad Zainuddin & Co. adalah seperti berikut :- 1. Untuk makluman Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa, ingin kami maklumkan bahawa kami merupakan frma guaman yang membuat saman bagi pihak anakguam kami terhadap kerajaan yang sebelum ini dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kementerian Kesihatan; World Health Organisation (WHO); Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus CEO WHO, Pfizer Incorporation New York, Sinovac Incorporation China dan lain-lain. 2. Sehubungan ini, kami menyokong usaha Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan lain-lain untuk menyiasat kes VAKSIN perbelanjaan yang sangat tinggi RM 600 billion sedangkan Covid-19 adalah propaganda yangmana coronavirus tidak pernah dapat dibukti dikeluarkan virus hidup dari pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus. 3. Didalam hal ini juga, vaccine experimental (Emergency Approved Use) merupakan vaccine synthetic gene therapy yang dilarang oleh NUREMBERG CODE kerana mengubah DNA manusia serta mengandungi berbagai “contaminations” yang memberikan kesan sampingan AEFI kronik yang teruk dan juga boleh menyebabkan sudden death. 4. Jelas disini ianya bukan sahaja jenayah pecah amanah yang berjumlah RM 600 billion tetapi lebih bahaya lagi ianya jenayah yang menyebabkan kematian dan kesan sampingan kronik AEFI yang sedang berlaku khususnya terhadap anak guam kami CLASS ACTION:- a. CIVIL LIABILITY; b. CRIMINAL LIABILITY; dan c. JUDICIAL REVIEW 5. Laporan polis telah dibuat namun tiada kertas siasatan dibuka yang telah menyebabkan kami membuat MEMORANDUM kepada 9 Duli-Duli Raja-Raja Melayu yang menjadi anggota Majlis Raja-Raja Melayu dan juga kepada Yang di-Pertuan Agong. 6. Dengan pernyataan ini bagi pihak anak guam kami dan juga seluruh warga CLASS ACTION (PUBLIC INTEREST), kami dengan rendah diri mohon Dr. Zaliha Mustafa tidak terperangkap dengan naratif yang salah yang telah dibuat oleh Khairy Jamaluddin mengikuti sepenuhnya saranan World Health Organization (WHO) tanpa menjalankan tanggungjawab DUE DILIGENCE menyelidiki dan/atau menyiasat sepenuhnya terlebih dahulu. Kami juga dengan ini memohon suatu siasatan “Royal Commission of Inquiry” hendaklah dibuat khusus mengenai HOAX COVID 19 dan EXPERIMENTAL VACCINE synthetic Gene Therapy ini. Selain itu, sebelum ini Sinar Harian melalui laman sesawangnya memaparkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta agar kes membabitkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 disiasat dengan lebih terperinci. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak menafikan kepentingan vaksinasi sebagai mekanisme membendung pandemik Covid-19, namun kes tersebut menimbulkan persoalan. “Justeru, insiden ini tidak boleh sesekali dianggap sebagai terpencil dan memerlukan pencerahan yang sangat jelas kepada masyarakat umum.” Sebelum ini, tular kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan Allahyarham Noor Hayati Nabila Abdullah meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19. Beliau turut meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan keputusan bedah siasat dengan telus dan segera. Sumber : Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/168568/berita/semasa/remaja-meninggal-selepas-divaksin-perlu-disiasat-terperinci-ahmad-zahid

  • 177) CPTPP - Apa yang perlu anda tahu?

    CPTPP The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership ________________________________________________________________ Mukaddimah CPTPP adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas Free Trade Agreement (FTA) yang dibentuk oleh 11 negara termasuk Malaysia (Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam). CPTPP telah ditandatangani oleh semua ke-11 buah negara pada awal tahun 2018 dan sudah pun berkuatkuasa pada Disember 2018. Malaysia hanya meratifikasinya baru-baru ini (semasa kerajaan Ismail Sabri ditandatangani oleh Yb Azmin Ali @ Menteri MITI). CPTPP dianggap ramai bertujuan khusus untuk membesarkan akses pasaran dengan mengurangkan dan menghapuskan halangan tarif. Namun perjanjian ini pada hakikatnya bukan suatu perdagangan bebas biasa kerana ia amat comprehensive dan kompleks - dan membabitkan perkara-perkara lain seperti perolehan kerajaan, perolehan dan peranan GLC, pelaburan, sektor perkhidmatan kewangan, hak milik intelek, ubat-ubatan, pertanian, buruh dan banyak lagi. Dan peraturan-peraturan di dalam perjanjian boleh dikuatkuasa sepenuhnya melalui sebuah tribunal arbitrasi swasta (ISDS) - Investor-state dispute settlement. CPTPP akan menyentuh hampir semua aspek kehidupan penduduk Malaysia serta mampu mengarah halatuju pentadbiran kerajaan directing the direction of government administration, mendisiplinkan negara discipline the state jika menyimpang/melanggar peraturan-peraturan perjanjian ini. CPTPP kini sudah berkuat-kuasa bagi Malaysia pada 29hb Nov 2022 dan telah pun berkuat-kuasa di 8 buah negara yang lain ( Mexico, Japan, Singapore, Canada, Australia, Vietnam, Chile). CPTPP pada hemat kami sebenarnya adalah suatu agenda multinational corporations (MNCs) dan bukan agenda menjaga kepentingan rakyat dan ekonomi negara sekali gus meng-undermine demokrasi (undermine democracy). Ia akan menyebabkan terlalu banyak kesan negatif kepada rakyat, peniaga tempatan serta kemampuan kita untuk membangun ekonomi negara dan melemahkan keupayaan parlimen dan kehakiman negara untuk menggubal dan melaksana dasar penting untuk negara. Antara impak hebat yang akan menjejaskan rakyat Malaysia dengan penguatkuasaan CPTPP ialah: 1. Penghapusan tarif kepada kadar 0% menjelang tahun 2030 akan menyebabkan lambakan import makanan yang boleh menjejaskan rezeki petani-petani kecil dan penternak-penternak tempatan; 2. Lambakan barangan import kerana penghapusan tarif akan menjejaskan pemasaran barangan buatan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan, dan mengakibatkan kehilangan pekerjaan tempatan; 3. Kewajipan menyertai konvensyen Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan International Union for the Protection of New Varieties of Plants (UPOV 91) akan menghalang para petani dan individu daripada berkongsi serta menjual benih mereka yang dituai sendiri kepada orang lain yang berada di luar kawasan kebun mereka; 4. Pelaksanaan Akta Harta Intelek yang lebih ketat akan menjadikan harga ubat-ubatan veterinar lebih mahal, di samping meningkatkan kos racun kimia dan organik, maka menjejaskan penternak-penternak dan pengeluar-pengeluar daging di dalam negara; 5. Pelabur asing akan mempunyai kebebasan yang lebih luas untuk masuk membuka ladang-ladang monokultur baharu yang akan memusnahkan alam sekitar dan biodiversiti tanaman; 6. Pelabur asing akan mempunyai lebih banyak kuasa di bawah CPTPP dan ini akan mengikat tangan kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang menjaga kebajikan rakyat; 7. Peluang perniagaan bagi usahawan tempatan semakin kecil apabila pelabur asing mempunyai lebih kebebasan untuk membekalkan perkhidmatan dan barangan kepada agensi kerajaan; 8. Syarikat-syarikat korporat asing mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menyaman Kerajaan Malaysia sekiranya pihak kerajaan gagal melindungi kepentingan pelaburan mereka di bawah CPTPP. Perjanjian CPTPP i) Comprehensive, Intrusive and Complex Sebuah perjanjian perdagangan bebas untuk barangan lazimnya terdiri dari hal-hal tarif, kastam dan kuarantin. Tetapi CPTPP bukan suatu perdagangan bebas biasa - kerana ia amat comprehensive dan intrusive - dan merangkumi pekara2 bukan perdagangan saperti perolehan kerajaan, perolehan dan peranan GLC, pelaburan, perkhidmatan kewangan, hak milik intelek, ubatan, pertanian, buruh dan banyak lagi. CPTPP menyentuh hampir semua aspek kehidupan penduduk Malaysia - ekonomi, sosial, politik dan demokrasi - serta mampu mengarah halatuju pentadbiran kerajaan, mendisiplinkan kerajaan jika menyimpang dari peraturan2 perjanjian ini. ii) Semua Terangkum Cirinya yang begitu meluas skopnya adalah hasil dari menggunakan pendekatan ‘negative list’. Pendekatan ini memerlukan SEMUA undang-undang, dasar-dasar, peraturan-peraturan dan amalan-amalan kerajaan sesebuah negara CPTPP mematuhi (in full compliance) setiap provisi didalam perjanjian CPTPP - MELAINKAN sesebuah negara itu telah memperolehi pengecualian (non-conforming measures). Jelas adalah amat sukar untuk sesebuah negara untuk mencapai tahap pengecualian yang sufficient dan selamat untuk mengelak dari terperangkap melanggar provisi CPTPP – yang akan mengundang saman gantirugi oleh pelabur asing melalui mekanisma ISDS (Investor-State Dispute Settlement) iii) Perjanjian Berimplikasi Besar Tanpa Perakuan Parlimen Proses penyertaan (accession) kepada sebuah perjanjian antarabangsa di Malaysia tidak memerlukan perjanjian tersebut diperakui parlimen; pihak eksekutif (cabinet) diberi kuasa penuh untuk menyertai mana-mana perjanjian. Ini adalah suatu kecacatan yang besar. Di United Kingdom parlimennya mempunyai peranan statutori dalam meratifikasikan sebuah perjanjian antarabangsa. Kerajaannya wajib membentang cadangan penyertaan dalam se-sebuah perjanjian antarabangsa di Parlimen; dan Parlimennya berhak untuk menghalang ratifikasi perjanjian itu indefinitely. iv) Kurang Libat Urus dengan Stakeholders Libat urus dengan masyarakat madani (badan bukan kerajaan, NGO) sewaktu rundingan perjanjian CPTPP telah dilakukan secara “melepaskan batuk ditangga” dalam bentuk sesi ‘town-hall’ semata-mata. Ketika itu kebanyakan wakil-wakil rakyat pun tidak punyai akses kepada teks perjanjian, justeru tidak mampu untuk menilai implikasi sepenuh. Banyak pandangan dan saranan dari NGO-NGO, persatuan2 dan kesatuan sekerja yang sediakan secara ilmiah dan teknikal telah disampaikan pada pihak MITI, namun umumnya tidak menerima respon yang wajar. Ini membawa implikasi bahawa kepentingan negara serta kos dan kesan negatif terhadap rakyat dan peniaga tempatan kurang diberi penilitian dan proses discourse yang mencukupi. Pada tahun 2006 ketika Kerajaan Malaysia sedang merunding dengan Amerika Syarikat untuk perjanjian Malaysia-US FTA, gabungan-gabungan NGO telah menyenaraikan 50 redlines kepada kerajaan untuk diambilkira, dan kerajaan ketika itu bebesar hati menerima kebanyakan saranan tersebut sebagai redlines kerajaan. Banyak redlines tersebut kini telah dilanggar dalam perjanjian CPTPP. v) Flawed Cost & Benefit Analysis Pada hemat kami, Cost & Benefit Analysis (PwC, 2022) yang dibiayai MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) adalah tidak menyeluruh dan holistik; dan lebih bias dan tertumpu kepada aspek pelaburan dan export semata-mata; kurang meneliti aspek kos dan risiko secara keseluruhan. (Lihat Appendix) Tambah lagi, metodologi CBA menggunakan model Computable General Equilibrium (CGE) telah dikritik secara meluas kerana membuat andaian yang tidak mencerminkan dunia sebenar; dan kerana dikekangi kekurangan data PwC mengaku “telah juga menggunakan literature review, teori dan intuisi” vi) Regulatory Standstill Mustahil Kerajaan mampu untuk patuh sepenuhnya dengan semua provisi CPTPP terutamanya tuntutan provisi ‘fair and equitable treatment’ (FET) dan ‘indirect expropriation’ dari Bab Pelaburan (notwithstanding our non-conforming measures). Provisi ini ditafsirkan setengah tribunal pelaburan sebagai “pembekuan dasar dan undang-undang” (standstill on laws and regulations). Malah kajian UNCTAD merumuskan keadaan itu sebenarnya ‘adalah mustahil untuk dicapai’ kerana semua kerajaan senantiasa perlu membuat dasar-dasar baharu atau meminda peraturan-peraturan sediada apabila menghadapi krisis saperti pandemik Covid atau krisis kewangan atau perubahan iklim. Provisi FET dan Expropriasi, tidak benarkan apa-apa pengecualian terhadapnya; dan jika ada pengecualian tercapai dalam bab lain - jika ‘in conflict’ dengannya, tuntutan FET diutamakan. Mengikut UNCTAD, dari 284 kes saman ISDS dibawah FTA-FTA yang sejenis dengan CPTPP, 139 adalah kes pencabulan provisi FET. vii) Inadequate Exceptions Malaysia telah capai beberapa pengecualian (non-conforming measures) menyentuh hal dasar Bumiputera, pengimportan beras, syarikat-syarikat PMKS, GLC. Tetapi hakikatnya pengecualian tersebut tidak memadai, tidak kalis tuntutan provisi-provisi bab pelaburan. Sewajarnya beberapa hal penting dan utama termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dikecualikan melalui ‘total carve-out’ samada dari perjanjian keseluruhannya atau dari mekanisma ISDS. Contoh ‘total carve-out’ yang telah tercapai dalam perjanjian CPTPP ini adalah pengecualian Perjanjian Waitangi (New Zealand); dan pengecualian Pengawalan Penggunaan Tembakau (rokok). Perjanjian Waitangi sebuah perjanjian menjaga hak keistimewaan masyarakat Maori New Zealand dikecualikan dengan mengenepikan apa2 provisi dalam keseluruhan perjanjian CPTPP yang menghalang kerajaan New Zealand dari melakukan apa2 tindakan diperlukan untuk memenuhi hak keistimewaan masyarakat Maori. Bermakna Perjanjian Waitangi kalis sepenuhnya dari peraturan CPTPP. Untuk Pengawalan Penggunaan Tembakau (Tobacco Control) - apa2 tindakan (measures), diambil oleh kerajaan dikecualikan sepenuhnya daripada disaman dibawah provisi ISDS. Tobacco Control carve-out ini adalah initiatif Malaysia. viii) Development Strategy Disallowed Strategi untuk menyokong pembangunan ekonomi negara akan dicabar oleh CPTPP. Contohnya dasar perindustrian yang mensyaratkan syarikat-syarikat multinasional untuk membentuk usaha sama dengan syarikat tempatan; untuk menggaji orang tempatan dan tidak bergantung pada pekerja asing; untuk memindahkan teknologi; untuk mengambil pengurus kanan tempatan untuk diberi exposure kepada high-level business management; untuk meningkat kandungan tempatan (local content) dalam produk mereka – semua tidak dibenarkan. ix) Constitutional Concerns Not Protected Sewajarnya Malaysia mengecualikan pekara-pekara penting dalam perlembagaan saperti perkara 181, perkara 153, pekara 152, pekara 89 dan 90, pekara 14 dengan mekanisma ‘total carve-out’ saperti pengecualian Waitangi atau Tobacco Control. Namun ini tidak dilakukan - mencerminkan bahawa pandangan golongan stakeholders yang lebih luas telah diabaikan, serta keutamaan tidak memihak segmen besar rakyat Malaysia. Kebimbangan adalah kedaulatan negara, kedudukan institusi raja-raja dan kepentingan rakyat dan golongan majoritas turut terhakis selama-lamanya. -TAMAT-

  • 176) Memorandum Kepada Perdana Menteri : PENARIKAN & PEMBATALAN RATIFIKASI CPTPP

    Gabungan Kedaulatan Negara PENARIKAN & PEMBATALAN RATIFIKASI COMPREHENSIVE AND PROGRESSIVE TRANS PACIFIC PARTNERSHIP (CPTPP) 1. Kami, NGO-NGO dan individu-individu yang menandatangani memorandum ini ingin merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri untuk menarik balik ratifikasi persetujuan Comprehensive and Progressive Trans Pacific Partnership (CPTPP) yang telah diumumkan oleh YB Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada masa itu, pada 30hb September 2022. Ada juga diumumkan bahawa ratifikasi akan dikuatkuasakan pada 29 November 2022 {EMPAT HARI LAGI) 2. Kami amat kecewa dengan keputusan ini kerana meratifikasi suatu perjanjian yang berimplikasi besar terhadap ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat yang dibuat tanpa libat-urus ekstensif melibatkan orang awam dan masyarakat madani; serta Kajian Kos dan Manfaat mengenainya pun tidak dibahaskan di Parlimen. Kami juga berpendapat bahawa Kajian Kos dan Manfaat yang disediakan adalah terlalu sempit dan bias terhadap pencapaian dari segi ekspot dan pelaburan – yang hakikatnya tidaklah begitu besar dan signifikan; serta terlalu fokus kepada manfaat tanpa mengkaji secara mendalam kos dan risiko. Persetujuan CPTPP seharusnya dikaji dengan lebih terperinci sebelum kita meratifikasikannya. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, Kami berpendapat sebegini kerana: - Malaysia sudah menandatangani 7 perjanjian perdagangan bebas (FTA) secara langsung (Australia, New Zealand, India, Chile, Jepun, Pakistan dan Turkey); 8 FTA lain melalui ASEAN (European Union, Australia, New Zealand, India, China, Jepun, Korea, Hong Kong) dan RCEP. Jadi, ini bererti Malaysia sudah mempunyai FTA dengan kesemua negara negara CPTPP kecuali 3 negara - Kanada, Mexico dan Peru. Jumlah eksport Malaysia ke ketiga-tiga negara ini hanya merupakan 1.76% daripada jumlah eksport kita keseluruhannya pada tahun 2021 (Mexico USD2.8 bilion; Kanada USD1.53 bilion; Peru USD0.19 bilion. Berbanding jumlah ekspot untuk 2021 – USD 256.78 bilion). Walau bagaimanapun, tarif impot untuk 3 negara itu menggunakan perjanjian WTO adalah tidak begitu tinggi secara purata. CPTPP tidak akan menambahkan akses perdagangan yang berkesan dengan negara-negara tersebut malah import akan melebihi ekspot. Malaysia boleh memeteraikan perjanjian perdagangan dua hala dengan 3 buah negara ini, jika dirasa amat perlu. - Perdagangan dengan negara-negara lain tidak perlu FTA. Misalnya, Taiwan. Pada tahun 2019 dan 2020 Taiwan adalah rakan ekspot nombor 8 terbesar untuk Malaysia dengan jumlah ekspot sebanyak hampir RM40 bilion setahun atau 4% dari keseluruhan ekspot. - Jumlah ekspot Malaysia ke negara-negara lain telah meningkat dari RM980 bilion pada tahun 2019 ke RM1,240 bilion pada tahun 2021 – peningkatan sebanyak 12% dalam tempoh 3 tahun - walaupun Malaysia kini belum menyertai CPTPP. Tambahan pula, mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Dr R Banga, seorang pakar ekonomi daripada UNCTAD dengan metodologi World Bank, penyertaan dalam CPTPP akan mengurangkan pengimbangan perdagangan antarabangsa (external trade balance) Malaysia sebanyak RM9.6 billion setahun untuk sepuluh tahun yang akan datang. Ini kerana dengan menghapuskan tarif untuk semua barangan impot akan menggalakkan tambahan impot, dijangka ia akan melangkaui tambahan ekspot di bawah CPTPP. - CPTPP mengenakan jauh lebih sekatan terhadap kuasa kerajaan untuk meregulasi dan mengurus ekonomi negara berbanding perjanjian RCEP. (Dimaklum bahawa RCEP juga ada sekatan terhadap kuasa menggubal dasar atau “policy space”). Antara yang lain, CPTPP mengandungi satu bab khas untuk menyekat kaedah GLC yang terkandung dalam bab mengenai “State Owned Enterprise” (SOE), dalam usaha mengurus khazanah negara. Persetujuan RCEP tidak mengandungi sekatan sebegini. Melainkan syarat-syarat yang dikecualikan, SOE tidak boleh menerima konsesi daripada kerajaan dalam pinjaman, jaminan dan ekuiti, dan lain-lain dan mereka tidak boleh memberi keutamaan kepada orang tempatan dalam perolehan mereka sendiri. Pakej rangsangan dan pemulihan COVID-19 yang diumumkan dan dirancang mungkin bertentangan dengan beberapa peraturan CPTPP dan tertakluk kepada cabaran. Perniagaan melibatkan perolehan GLC adalah sangat besar, lebih besar daripada kerajaan persekutuan. CPTPP secara amnya akan mengehadkan keutamaan kepada Bumiputera, PKS dan firma Sabah/Sarawak digabungkan kepada hanya 40% daripada jumlah nilai perolehan GLC (kecuali MARA, TERAJU, EKUINAS, FELDA, PNB dan Lembaga Tabung Haji). Sehingga 2014, Petronas menyumbang kepada firma Bumiputera 70% daripada nilai perolehannya, menurut kajian PWC untuk MITI. Tenaga Nasional juga akan menghadapi impak yang sama. Pada tahun 2020 98.7% perolehan bersih Tenaga Nasional diberi kepada pembekal tempatan, dan pada 2019 68% daripada perolehan GLC itu diberi kepada Bumiputera. Adalah pendirian ramai pakar ekonomi bahawa kaedah GLC amat penting untuk membangunkan kapasiti sesebuah negara dalam bidang industri. Bagaimana kerajaan dapat meneruskan dasar polisi tertentu jika perolehan GLC dihadkan? - Jika Malaysia meratifikasikan CPTPP, adalah amat payah untuk kita keluar dari perjanjian itu. Walaupun Malaysia secara teori boleh buat sedemikian, kerajaan jarang menarik diri daripada FTA. Kemudaratan yang tidak dapat dibaikpulih mungkin telah berlaku dan akan terus memberi impak kepada syarikat Malaysia, petani, GLC dan rakyat. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, antara perkara yang menimbulkan kebimbangan kami terhadap persetujuan CPTPP adalah – 1. CPTPP memberi pelabur-pelabur asing terlalu banyak hak dan kelonggaran termasuk: – hak mendapatkan layanan “national treatment” yang bererti sebarang galakan ataupun kemudahan yang kerajaan kita berikan kepada syarikat tempatan harus ditawarkan kepada para pelabur asing juga (hanya satu pengecualian kecil untuk subsidi dan geran bantuan); - Kerajaan Malaysia tidak dibenarkan menentukan syarat bahawa pelabur harus mengguna bahan/barangan tempatan, ataupun memindahkan teknologi ke Malaysia, ataupun mengambil beberapa orang tempatan sebagai kakitangan di peringkat pengurusan syarikat asing itu. Sebarang pengecualian di atas adalah perlu dinyatakan dan dimasukkan dalam senarai negatif di bawah CPTPP. 2. CPTPP memberi pelabur asing hak untuk menghadap kerajaan kita ke tribunal timbang tara swasta jika pelabur itu rasa keuntungannya, termasuk anggaran keuntungan masa depan, terjejas oleh dasar polisi kerajaan. Pelabur tidak dikehendaki untuk rujuk masalahnya dengan kerajaan di mahkamah tempatan dahulu. Pelabur boleh terus mengadu di tribunal swasta. Ini digelar Investor State Dispute Settlement (ISDS). Di bawah ISDS di hadapan panel arbitrasi tiga peguam korporat boleh menganugerahkan sejumlah pampasan (berbilion ringgit tanpa had), termasuk untuk kehilangan keuntungan pada masa hadapan. Pelabur telah berjaya menggunakan ISDS untuk mencabar dasar polisi dan tindakan kerajaan untuk melindungi kesihatan rakyat, alam sekitar, tindakan afirmatif dan dasar lain. Dalam 15 kes yang diketahui, pelabur telah memenangi lebih daripada AS$1 bilion, misalnya apabila sebuah wilayah di Pakistan tidak memberikan lesen perlombongan, Pakistan terpaksa membayar pelabur AS$5.9billion ganti rugi. Malah pelabur pula memenangi AS$1 bilion apabila mereka melanggar undang-undang tempatan dan dihukum kerana kesalahan tersebut. Banyak kes ISDS boleh dirujukkan di laman web UNCTAD (https://investmentpolicy.unctad.org/investment-dispute-settlement). 3. Kami khuatir liberalisasi besar akibat CPTPP akan berlaku, sedangkan perubahan pesat dalam pengagihan kekayaan beberapa tahun kebelakangan ini. Peratusan ekuiti asing telah jatuh daripada kira-kira 63% pada tahun 1970 kepada 25% pada tahun 1990, perkembangan ini membolehkan ekuiti Bumiputera dan bukan Bumiputera meningkat, kerajaan menggunakan pendekatan pembangunan yang menitikberat pengagihan semula. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh liberalisasi yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya dalam sektor perkhidmatan, peratusan ekuiti asing meningkat daripada 30% (2006) kepada 37% (2011), 45.3% (2015) dan 45.5% (2019). Antara 2011 dan 2019 ekuiti Bumiputera jatuh daripada 23.4% kepada 17.2%; ekuiti bukan Bumiputera daripada 34.9 kepada 25%. CPTPP berkemungkinan akan mempercepatkan trend ini. Memandangkan sensitiviti dan keharmonian masyarakat Malaysia yang kompleks, menyelaras ketidaksamaan adalah dasar polisi yang amat penting, supaya kerajaan dapat mengekalkan dan mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara. 4. CPTPP menghendaki Malaysia menyertai persetujuan UPOV (International Union for the Protection of New Varieties of Plants) 1991 yang akan melarang perkongsian dan penjualan benih antara petani jika benih tersebut adalah hasil tanaman benih yang diberi hak pembiak baka tumbuhan. Petani Malaysia perlu membayar royalti selama 25 tahun (untuk “vines” dan pokok) dan 20 tahun (untuk semua tumbuhan lain) untuk semua benih yang memenuhi kriteria UPOV. Malaysia akan diberi tempoh 4 tahun selepas menyertai CPTPP untuk mematuhi UPOV. Akibat persetujuan UPOV petani dikehendaki membeli benih daripada syarikat pembekal benih. Ini berpotensi tinggi mewujudkan monopoli dalam pembekalan benih dan kos petani akan meningkat. 5. CPTPP memerlukan Malaysia untuk mensifarkan tarif impot pada semua (100%) barangan impot masuk ke Malaysia. Ini bermakna hampir semua barangan buatan tempatan tidak akan dilindungi (kecuali daging ayam, khinzir, susu, telur dan barangan terpilih). Satu keadaan di mana lambakan barangan dari negara-negara CPTPP akan berlaku – yang mana akan melemahkan perniagaan tempatan terutama pengusaha SME – yang kemungkinan besar banyak syarikat tempatan akan terpaksa gulung tikar, mengakibatkan ramai pekerja akan hilang pekerjaan. (SME memberi pekerjaan kepada 64% dari jumlah pekerja di Malaysia) Syarat-syarat seperti di atas (dan syarat-syarat lain yang terkandung dalam teks CPTPP yang setebal 2000 muka surat) menimbulkan kebimbangan di kalangan kami bahawa CPTPP adalah amat buruk untuk pembangunan negara - yang kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah sosio-ekonomi yang memerlukan ruang dasar dan tindakan yang luas. Negara kita wajib berwaspada dan meneliti “pros and cons” menyertai perjanjian yang terlalu meluas, amat kompleks dan penuh dengan perangkap - apatah lagi jelas akan mengecil, membatas ruang dasar kita. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, Kami ingin merayu kepada kerajaan baru untuk 1. Menangguhkan penyertaan CPTPP buat masa ini dengan menarik balik notis meratifikasi CPTPP. 2. Menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli akademik dan pakar ekonomi tempatan untuk mengkaji semula cost-benefit penyertaan dalam CPTPP. Kami boleh mengesyorkan beberapa ahli akademik yang boleh dijemput menganggotai jawatankuasa ini. 3. Membentangkan penemuan jawatankuasa ini di Dewan Rakyat dan secara umum supaya ianya dapat dibahas secara mendalam sebelum keputusan diambil. Kami berharap YAB akan mengambil berat terhadap isu ini dan memastikan perkara ini dikaji secara mendalam sebelum keputusan muktamad diambil. Kami minta peluang untuk bertemu dengan YAB untuk perbincangan selanjutnya. Terima kasih dan Wasalam Saya selaku Jurucakap Gabungan Kedaulatan Negara, Azlan Awang Kontak: Ahmad Yazid Othman (019 – 2755398) Memorandum ini diendors oleh Individu-Individu, NGO dan Kesatuan-Kesatuan Sekerja yang berikut: Pakar-Pakar Ekonomi dan Tokoh-Tokoh 1 Prof Jomo Kwame Sundaram 2 Dr Nungsari Ahmad Radzi 3 Prof Rajah Rasiah 4 Datuk Prof Zakariah Abdul Rashid 5 Datuk Prof Madeline Berma 6 Prof Barjoyai Bardai 7 Assoc. Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff 8 Nurul Izzah Anwar 9 Dato' Seri Utama Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir 10 Charles Santiago 11 Mohideen Abdul Kader 12 Maria Chin Abdullah 13 Mohd Azmi Bin Abdul Hamid (Cikgu Azmi) 14 Dato’ Wira Amiruddin Hamzah 15 Dr Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmod 16 Dr Molly Cheah 17 Dr Abdul Halim Husin 18 Datuk Nadzim Johan 19 Datuk Nizam Mahshar 20 J Solomon 21 Khalid Karim 22 Chee Yoke Ling 23 Meena Raman 24 Akhramsyah Sanusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 1 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 2 Aliran Kesedaran Negara (Aliran) 3 Consumers' Association of Penang (CAP) 4 Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 5 Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) 6 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) 7 Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) 8 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 9 Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) 10 Malaysian Medical Association (MMA) 11 Islamic Renaissance Front (IRF) 12 Sahabat Alam Malaysia (SAM) 13 Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MyWATCH) 14 Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) 15 Parti Rakyat Malaysia (PRM) 16 Parti Sosialis Malaysia (PSM) 17 Pemuda Sosialis 18 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 19 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 20 Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) 21 Agora Society Malaysia 22 Awam 23 Citizens' Health Initiative 24 Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM) 25 Gerakan Pembela Ummah 26 Health Equity Initiatives 27 Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) 28 International Movement For A Just World 29 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 30 Malaysia Muda 31 Malaysian Institute of Sustainable Agriculture (MISA) 32 Muwasolah Agamawan & Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR) 33 Monitoring Sustainability of Globalised (MSN) 34 People's Health Forum 35 Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia) 36 Third World Network (TWN) 37 Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) 38 Ikatan Intelegensia Muda Malaysia (I²MAM) 39 International Waqf Action Council (iWAQF) 40 Jaringan Penternak Nasional Marhaen 41 Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) 42 Persatuan Pengeluar,Pengedar, Pembekal Bahan Binaan Malaysia 43 Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kawasan Seputeh 44 Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia - KAMY) 45 Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna Pahang 46 Persatuan Sabahat Wanita Selangor 47 Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS Malaysia) 48 Pertubuhan Pembangunan Dan Inovasi Wanita (WADI MALAYSIA) 49 Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia) 50 Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia 51 Pertubuhan Penyelidikan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS Association) 52 Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+) 53 Potere al Popolo 54 Persatuan Agroecologi Malaysia (SRI-Mas) 55 Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) 56 Treat Every Environment Special 57 Yayasan Kasih Tauhid Kesatuan Sekerja 1 Coalition Against Multiplicity of Unions (CAMU) – terdiri dari 39 kesatuan sekerja 2 National Union of Bank Employees (NUBE) 3 CIMB Bank Berhad Executive Staff Union 4 Sabah Banking Employees Union 5 Sabah Plantation Industry Employees Union 6 Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Utara Semenanjung Malaysia 7 Kesatuan Pekerja Pekerja Tekstil Dan Pakaian Johor 8 Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) 9 National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) 10 Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia Individu 1 Roslizawati Md Ali 2 Norsyahrin Hamidon 3 Amir Hamzah Karim 4 Yazid Othman 5 Sivarajan Arumugam 6 Edward Low 7 Muhammad Farhan Basheer 8 Zuhaizar Abd karim 9 Rizal Jaapar 10 Hisham Hussein 11 Dr Haniff Ahamat 12 Nurfitri Amir 13 Dato' Md Pishal Bin Ab Raub 14 Mohammad Syahnis Salleh 15 Jeremy Kwan 16 Khairul Anuar Ali 17 Ar Mohd Azli Yusof 18 Azlan Awang 19 A. Karuna 20 Hambali Mukhlas 21 Evelyn Teh 22 Han Yang 23 Danesh Prakash Chacko 24 Tik Shaiza Ariffin 25 Karuna Yong 26 Beverly Joeman 27 Aliff Basri 28 Noor Azilla Osman 29 Alessandro Piso 30 Darmashakthini Arujunan 31 Diyana Yahya 32 Hud Sulaiman 33 Anuar Mahmod 34 Jason Wong 35 Rosli Omar 36 Xavier Sim Yoon Han 37 Syed Shaiful Hyder Bin Syed Ibrahim 38 Gulab Jan bt Fazal Eladi 39 Dorathy Benjamin 40 Gerry Timothy 41 Hasma Hasan 42 Hezri Sardi 43 Mohd Shaani 44 Noor Arianti Osman 45 Eh Chen A/L Eh Sup 46 Raja Azlin 47 Alawi abdullah 48 Ayu Razak 49 Ishak bin Mohd Yusof 50 Manis Chen 51 Theiva Lingam 52 Mohd Rahmat Bin Abd Hamid

  • 175) Artikel Kiriman Pembaca : DARI ‘MALAY DILEMMA TO CHINESE DILEMMA’

    Kini 'Post PRU 15' kita berdepan dengan Islam dan Rakyat Dilemma. Cabaran masa depan kita adalah bagaimana pertembungan dua kuasa besar dunia antara Russia/Brics dan Anglo Zionist yang dipelopori oleh USA/UK-Israel-Nato dgn Agenda NWO-WEF dengan IMF dan WHO mendepani Paksi ini mengancam kedudukan Malaysia dan Nusantara yang mengambil langkah tidak berpihak atau neutral dalam pertembungan mereka. Sudah tentu pertembungan mereka tidak patut melemahkan kita dari sudut ekonomi dan keselamatan Rakyat dan Negara. Tetapi bila melihat bahawa Negara sudah lebih dari 20 tahun dalam keadaan budjet defisit,hutang negara lebih dari RM1.2 trillion dan hutang dalam negara melalui pembiayaan bank swasta sudah lebih RM2 trillion(rujuk statistik bulanan Bank Negara) dengan pembiayaan lebih 65% kepada pembiayaan sektor hartanah yg bukan merangsangkan ekonomi sebenar,menunjukkan kepada kita bahawa sistem hutang/kapitalis telah mengancam Rakyat dan Negara. Sistem Hutang ini juga telah mengancam Maqasid Syariah kerana harta dan kuasa beli majoriti orang Islam-Melayu telah berkurangan apalagi Rakyat dan Negara. Tambahan lagi dengan Penaja sistem Hutang ini juga telah menyebabkan Dasar Monetari dan Fiskal kita tidak dapat menstabilkan harga barang dan perkhidmatan dengan dasar cukai yang tidak mesra Rakyat dan perbelanjaan kerajaan masih dalam ketirisan dan pembaziran yang cukup besar. Pasca PRU 15 juga memperlihatkan kita bahawa isu2 seperti Rasuah,Pengkhianat dan Liberal telah menyebabkan Islam dan Rakyat dalam dilemma. Malah polisi kesihatan awam kita juga terancam kerana ia bukan sahaja melanggar hak asasi Rakyat tetapi pemaksaan dan pengaruh tidak wajar kepada penerima vaksin covid 19 tanpa persetujuan termaklum telah menyebabkan peningkatan Rakyat yang telah mati,cacat kekal dan mendapat kesan sampingan serius. Apa yang lebih membimbangkan ialah Penaja Sistem Riba ini seperti IMF termasuk syarikat2 pengurus dana antarabangsa seperti Blackrock,Vanguard juga yang membiayai pengeluar vaksin ini seperti Pfizer yang sebelum Pandemik Palsu ini telah mempunyai rekod jenayah dalam memasarkan produk2 vaksin mereka dengan membayar denda lebih $2 billion. Adalah harapan Rakyat dan Negara supaya Kerajaan Perpaduan untuk lebih peka dan bertindak dengsn lebih strategik dalam mencari solusi segera dalam isu sistem hutang dan polisi kesihatan awam Negara. "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya" (Al-Baqarah 2:42) Oleh :- AHMAD JUFLIZ FAIZA Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia #BankAwam #RakyatMenang

  • 174) Natijah polemik isu Sijil UEC oleh Dong Jiong Zong (DJZ) : Apa yang perlu anda tahu?

    Oleh : Ikaz KUALA LUMPUR, 1 Disember – Beberapa hari ini, polemik isu Sijil UEC oleh Dong Jiong Zong (DJZ) kembali menguasai muka depan akhbar-akbar utama. Namun bagi mereka yang masih tidak cakna mengenai hal ini, sukalah penulis menjelaskan seberapa ringkas mengenai isu yang hangat ketika ini. Bagi memahami dengan jelas isu tersebut, biarlah penulis menghuraikan beberapa akronim yang sering digunakan bagi memudahkan kefahaman. Antaranya ialah :- SIJIL UEC UEC adalah singkatan untuk ‘United Examination Certificate’ (UEC) iaitu Sijil Lepasan Sekolah Menengah Cina persendirian. Ia juga dipanggil Sijil Peperiksaan Bersama. Sijil UEC adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh badan persendirian menerusi Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina. *Sukatan mata pelajaran UEC adalah berasal sepenuhnya dari Taiwan dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). JIAO ZONG Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia juga disebut sebagai ‘Jiao Zong’. Ditubuhkan pada 25 Disember 1951. Penubuhan Jiao Zong adalah satu tindak balasan kepada dasar pendidikan kerajaan British pada masa tersebut. Memetik kertas kerja Ho Kee Chye, Pusat Pengajian Cina Malaysia dalam kertas kerjanya bertajuk, “Peranan Dong Jiao Zong dan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Pengendalian dan Perkembangan Pendidikan Bahasa Ibunda” :- “Atas keresahan tentang masa hadapan pendidikan ibunda, beberapa pejuang pendidikan ibunda seperti Dato’ Sim Mow Yu, Lim Lian Geok dan lain lain telah mencadangkan penubuhan sebuah pertubuhan yang bertaraf nasional untuk mempertahankan pendidikan Cina. Hasil daripada usaha usaha mereka, Jiao Zong telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Jiao Zong merupakan organisasi yang pertama dalam mempertahankan pendidikan ibunda di Malaysia. Sepertimana yang dikatakan oleh Jiao Zong sendiri: “...Kerajaan British ingin menghapuskan pendidikan Cina melalui Laporan Barnes, menyebabkan guru guru sekolah Cina terpaksa bersatu hati untuk mencari jalan penyelesaian. Maka, Jiao Zong ditubuhkan bagi menghadapi keadaan yang genting,” Jiao Zong Jianjie. Jiao Zong telah menetapkan matlamatnya seperti berikut: 1. Menjalin hubungan pertalian guru guru sekolah Cina di seluruh Malaysia, membela kebajikan mereka dan mengembangkan budaya Cina; 2. Mengkaji dan memajukan pendidikan; 3. Menuntut kedudukan yang saksama di dalam pendidikan Cina dan kewarganegaraan kaum Cina. DONG ZONG Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia juga dipanggil sebagai ‘Dong Zong’. Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) ditubuhkan pada 22 Ogos 1954. Ahli-ahlinya terdiri daripada persatuan lembaga pengurus sekolah atau persatuan lembaga pengurus dan guru-guru sekolah Cina dari setiap negeri di seluruh negara. Ahli-ahlinya di peringkat negeri adalah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan. Anggota AJK persatuan lembaga pengurus sekolah cina di setiap negeri terdiri daripada pengurus/pengelola sekolah yang dipilih melalui pemilihan dalaman atau dilantik oleh pertubuhan lain, lazimnya mereka merupakan individu atau wakil persatuan tempatan yang mengambil berat tentang pendidikan Cina. Memetik kertas kerja Ho Kee Chye : “Pada awal penubuhan, Dong Zong meletakkan pejabatnya di dalam bangunan Majlis Perhimpunan Cina Selangor dan Jiao Zong. Keadaan ini membolehkan Dong Zong selalu bekerjasama dengan Huatuan (Persatuan persatuan Cina) dan Jiao Zong dalam menentang dasar dasar yang mengancam kewujudan pendidikan Cina. Sehingga pada tahun 1994, Dong Zong baru memindahkan pejabatnya ke Kajang. Kini, ahli-ahli Dong Zong terdiri daripada Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Cina atau Sekolah Menegah Persendirian (Du Zhong) yang berperingkat negeri di seluruh Malaysia.” DONG JIAO ZONG (DJZ) Memetik kertas kerja Ho Kee Chye : “Untuk membela nasib bahasa dan pendidikan ibunda, masyarakat Cina telah menuntut hak mereka dengan menggabungkan sumber dan tenaga yang terdapat di dalam komuniti mereka. Usaha sedemikian telah membawa kepada penubuhan dua buah pertubuhan yang amat berpengaruh di dalam sejarah pendidikan Malaysia sejak dekad 1950an , iaitu Jiao Zong, atau Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia (The United Chinese School Teachers Association of Malaysia, UCSTAM ) dan Dong Zong, atau “Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia” ( United Chinese School Committees Association of Malaysia , UCSCAM ).” Disebabkan kedua-dua pertubuhan ini mempunyai matlamat perjuangan yang serupa, saling berganding bahu membantah pelbagai polisi yang dianggap akan mengancam perkembangan dan kepentingan pendidikan ibunda Cina sehingga mereka selalu dirujuk sebagai Dong Jiao Zong (DJZ). DJZ masih memainkan peranan yang penting dalam pendidikan ibunda Cina sejak zaman 1950-an sehingga hari ini. Disebabkan pendirian DJZ yang selalu membantah dasar dasar bahasa dan pendidikan yang tidak adil kepada bahasa dan pendidikan ibunda, mereka sering dilabel dengan sifat sifat “chauvinisme”, “racialisme”, “komunisme” dan sebagainya. Atas usaha gigih DJZ sehinga hari ini, masyarakat Cina berjaya mengendalikan 61 buah Du Zhong di Malaysia dan 3 buah institusi pengajiaan tinggi swasta (IPTS), iaitu Kolej New Era (Kajang, Selangor), Kolej Universiti Selatan (Skudai, Johor) dan Kolej Han Chiang (Georgetown , Pulau Pinang). MENGAPAKAH SIJIL UEC HARUS DITOLAK? Banyak pendapat yang diberikan, namun penulis hanya menyatakan beberapa yang jelas seperti berikut :- 1. Sukatan mata pelajaran UEC adalah berasal sepenuhnya dari Taiwan dan dikelolakan oleh Pertubuhan Persekutan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). 2. Dasar kerajaan untuk tidak mengiktiraf UEC kerana ia dilihat bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran, kurikulum dan peperiksaan UEC yang ditadbir oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong adalah di luar kawalan dan pemantauan kerajaan. Mereka menentukan sendiri kurikulum, silibus dan buku teks yang diguna pakai. 3. UEC tidak tertakluk kepada kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan dari segi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kebangsaan, Sejarah, budaya dan pembentukan identiti kebangsaan dalam pembinaan negara bangsa. 4. Ini berbeza dengan peperiksaan-peperiksaan awam yang lain seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikelola oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia yang patuh kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. NATIJAH YANG AKAN BERLAKU JIKA SIJIL UEC DIIKTIRAF KERAJAAN Dalam bahasa mudah difahami, mereka yang mengambil Sijil UEC ini hanya menggunakan bahasa Cina (atau bahasa selain Bahasa Melayu) dalam silibus pelajaran mereka. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutan telah diketepikan dalam Sijil UEC ini. Maknanya, jika Sijil UEC diiktiraf kerajaan, maka para pelajar yang mengambil Sijil UEC tidak perlu mengambil peperiksaan kebangsaan seperti Sijil SPM. Dalam Sijil SPM mereka perlu lulus dengan kepujian untuk Bahasa Melayu. Tetapi dalam Sijil UEC, subjek Bahasa Melayu tidak penting. Cukup dengan lulus cemerlang dalam Bahasa Cina atau bahasa-bahasa lain. Dengan pengiktirafan Sijil UEC maka Bahasa Melayu akan terpadam dalam sejarah pendidikan kebangsaan. Kemudiannya, Sijil UEC jika telah diiktiraf kerajaan akan menjadi sijil utama untuk pengambilan pekerja di semua sektor awam dan swasta. Juga untuk pengisian para pelajar ke universiti awam dan swasta. Sebagai contoh, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) nanti hanya perlu merujuk Sijil UEC untuk pengambil pejawat awam baharu. Mereka yang cemerlang dalam Bahasa Cina atau bahasa lain akan diambil menjadi pejawat awam kerana merit mereka yang cemerlang dalam semua subjek kecuali Bahasa Melayu. Mereka cemerlang berbahasa Cina (sebagai contoh) dan tidak perlu fasih berbahasa Melayu. Maka natijahnya lama-kelamaan nanti semua sektor awam di isi oleh rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu. Adakah ini yang kita harap-harapkan? Bagaimana pula di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta apabila Sijil UEC diiktiraf? Tidakkah kita hairan nanti jika di semua universiti awam dan swasta semua para pelajar fasih berkomunikasi dalam bahasa SELAIN BAHASA MELAYU? Mungkin tiada lagi yang berkomunikasi dalam Bahasa Melayu di universiti dan pusat pengajian tinggi di Malaysia suatu hari nanti. Inikah negara Malaysia yang kita cita-citakan? Oleh itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak sekeras-kerasnya pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil UEC. Setidak-tidaknya pucuk pimpinan negara yang diterajui YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memperhalusi hal ini dengan sewajarnya sebelum membuat apa-apa keputusan. PPIM dan juga pelbagai NGO yang lain sudi menghadiri apa-apa forum atau meja rundingan bagi memperbincangkan hal-hal sensitif begini daripada membiarkan ia menjadi ‘barah’ terpendam yang akan membunuh bangsa dan negara suatu hari nanti. “Bahasa Jiwa Bangsa”. Hayatilah kata-kata Laksamana Hang Tuah, “Takkan hilang Melayu di dunia.” -Tamat-

bottom of page