top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 68. KEPADA PENGUNDI PARLIMEN SELAYANG, TOQQI PPIM TELAH BERSUARA

    Toqqi PPIM telah bersuara. Tiba masa untuk anda memilih calon pilihan Toqqi iaitu calon Bebas saudara Muhammad Zaki Bin Omar. @PPIM

  • 64) PPIM TUBUH GSR PLATFORM BANTU RAKYAT PILIH PEMIMPIN TERBAIK

    PLATFORM NETIZEN DAN NGO BANTU NEGARA Oleh : Ikaz - 8 November 2022. KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan platform dalam talian dikenali sebagai Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) dengan sasaran menjadikannya sebagai pusat rujukan untuk rakyat Malaysia memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @Toqqi, berkata platform itu diwujudkan bagi membolehkan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memantau dan memastikan calon yang dipilih akan menjalankan tugas mereka dengan baik sebagai wakil rakyat. Beliau berkata, inisiatif mewujudkan GSR demi mengembalikan kepercayaan terhadap sistem demokrasi selain menimbulkan kesedaran rakyat khususnya anak muda supaya keluar mengundi bagi memastikan negara tidak jatuh ke tangan golongan tidak bertanggungjawab selain memberi rakyat kebebasan memilih pemimpin yang mampu memperjuangkan hak mereka. “Selain menyediakan maklumat dan panduan, GSR juga membolehkan NGO membuat saringan memilih setiap wakil rakyat yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). “Kita juga mahu pastikan calon yang bertanding berintegriti dan NGO akan memantau setiap pergerakan wakil rakyat yang dipilih selepas PRU15. Aplikasi ini akan menjadi mata dan telinga rakyat dalam memastikan calon yang menang menjalankan mandat yang diberi rakyat,” katanya pada majlis pelancaran GSR di Pejabat PPIM, di sini, hari ini. Majlis pelancaran itu turut dihadiri wakil NGO yang juga rakan kerjasama PPIM antaranya Semboyan, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Kasih Setia Malaysia, calon Parlimen P080 Raub, Dato Fakrunizam Ibrahim daripada Perikatan Nasional (PN); dan calon Parlimen P097 Selayang, Muhammad Zaki Omar yang bertanding sebagai Calon Bebas. Mengulas lanjut penubuhan GSR, Toqqi berkata, pihaknya tidak menyebelahi mana-mana parti, sebaliknya hanya menyokong dan mengangkat calon yang benar-benar layak bagi memastikan krisis politik negara yang semakin parah mutakhir ini dapat diselesaikan demi kebajikan rakyat. Beliau menegaskan PPIM dan rakan NGO dalam GSR menolak calon yang terlibat dalam gejala rasuah, tiada integriti dan akhlak berada dalam kerajaan selepas ini. Katanya, GRS juga diwujudkan dengan menyediakan maklumat tepat mengenai calon yang diluluskan PPIM dengan tujuan membantu pengundi memilih calon terbaik demi masa depan negara. Ia boleh dilayari menerusi pautan www.gsrpru15.com

  • 63) “BEBAS” - SERUAN JIHAD PEMBELA UMMAH

    Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Saidina Muhammadin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Kepada semua pengundi yang kami kasihi dan kami muliakan. Salam Sejahtera. Kepada semua pengundi dalam Kawasan Parlimen KITA di mana CALON -BEBAS- kami (Moto kami JIHAD PEMBELA UMMAH) sudah pun membuat percalonan dengan LOGO pen. Dengan harapan yang setinggi gunung, penuh dengan iltizam, tanggung jawab dan dedikasi yang sepanjang masa beristiqamah ke jalan yang diredhai Allah swt untuk membela rakyat marhean. Sesudah merdeka selama 65 tahun Malaysia berada di persimpangan kejahilan dan kesukaran, dimana saban hari berita yang kita dengar adalah pergolakan perebutan kuasa dalam party dan terlalui banyak adengan populis. Dalam konteks POPULIS politik terkini merujuk kepada pendekatan menekankan peranan "rakyat" sebagai suatu kuasa melawan terhadap "golongan elit" yang gilakan kuasa. Dengan retoriknya "the 99%" (rakyat) terhadap "the 1%" (golongan elit), gerakan “Occupation of the mind” oleh kuasa besar antarabangsa adalah contoh gerakan sosial populis yang boleh mengugat bangsa dan negara. Tahap Pribumi Melayu masih terbawah menjadi polemik, sama ada cabang politik, ekonomi, kesihatan, sosial mahupun cabaran media sosial, semuanya dilihat berpotensi 'meruntuhkan' benteng perpaduan dan kesihatan UMMAH. 1. Suruhanjaya Kesatuan Eropah telah membuat penyelidikan selama beberapa bulan dan telah membuat pengumunan dalam Parliment Kesatuan Eropah (European Union Commission) sebulat suara membuat kenyataan baru baru ini menyifatkan vaksin BioNTech Pfizer, menyedihkan, memalukan, menjijikkan, mengelirukan, efficacy yang diragukan, kurang ketelusan, tidak boleh diterima pakai dan syarikat-syarikat farmaseutikal ini harus diharamkan.” (“deplorable, shameful, unacceptable, disgusting, misleading, lack of transperancy and these pharmaceutical companies should be ban from the parliment.”). 2. Tidakkah kerajaan Malaysia merasakan sesuatu yang aneh dan mencurigakan dimana dakwaan kemudaratan vaksin oleh semua negara Kesatuan Eropah dan keputusan Suruhanjaya Kesatuan Eropah harus di telusuri, disemak imbas segera sebelum meneruskan program vaksinasi, kerana senario yang serupa berlaku di Malaysia. Bezanya, pakar perubatan di sini tidak berani memberi pengesahan kematian dan kecederaan akibat terkesan Vaksin. 3. Kegagalan kerajaan menubuhkan pusat pusat aduan terkesan vaksin di seluruh negara dibangkitkan oleh rakyat. Kes kes AEFI dirujuk kepada bahagian pesakit luar walhal pesakit terkesan vaksin mempunyai pattern penyakit yang agak pelik, mempunyai keserupaan yang luarbiasa dimana ia memerlukan penyelidikan dan kajian yang tertumpu dan menyeluruh dan ianya wajib diketahui rakyat tahap dan jumlah kes yang terkesan vaksin. Jumlah kematian juga wajib diumumkan. Yang jelas diantara rakyat marhean ramai saudara mara, ahli keluarga dan sahabat sahabat kehilangan warga kesayangan secara mengejut. 4. Selain itu semenjak PH memerintah banyak aset aset kerajaan yang disasar terutama entiti Pribumi Melayu dilelong sewenang wenangnya. Kerajaan yang mengambil alih dari PH juga tidak memain peranan yang disuarakan rakyat, tidak menghiraukan kehilangan aset aset penting ini. Aset Aset ini adalah “ANGSA ANGSA YANG MENETASKAN EMAS”. Yang pelik dan menyedihkan kenapa PH DAP masuk campur Hal Hal Tabung Haji, lebih pelik parti besar seperti PAS BN DAN PN tidak mengambil tindakan dan semakan RCI terhadap mereka. Hotel TH adalah dekat dihati Pribumi Melayu Islam, kenapa itu pun di kacau. 5. Kerajaan kerajaan Negeri walaupun MB nya berbangsa Melayu Islam, adakah mereka mempunyai ROH MELAYU, yang sayangkan tanah ranah moyang. Terlalu banyak Tanah Tanah Rizab Melayu dan Tanah Tanah Rizab Kerajaan dijual berskala besar kepada bangsa asing sehinggakan bangsa asing telah menguasai sebahagian besar Tanah Tanah Rizab ini secara mendadak. 6. Kekecewaan dan kegelisahan Natif Pribumi Melayu jelas kedengaran setiap hari, malah ianya antara punca kejatuhan UMNO di PRU14. Jika tiada tanah-tanah ini macam mana kerajaan negeri nak memerintah. Siapa yang luluskan penjualan tanah tanah berskala besar ini? Apa tindakan dan cara mana kerajaan negeri hendak mengambil balik Tanah Tanah Rizab Melayu dan Tanah Rizab Kerajaan yang telah terjual kepada bangsa asing. 7. Tanah adalah aset penting penting yang tidak ternilai harganya, dari segi ekonomi, politik dan bagi kesejahteraan penduduk asal iaitu Aslian dan Natif Pribumi Melayu yang pada awalnya Hak ini tidak pernah disentuh, diganggu gugat oleh mana mana pihak sebab kuasa Tanah di tangan Tok Batin dan Penghulu kampong. 8. Dalam konteks Ketuanan Melayu pula, ia bukan bermakna Melayu itu sombong dan berkuku besi. Melayu menjadi Tuan Tanah kepada Semenanjung Tanah Melayu semenjak ribuan tahun kemungkinan 65,000 tahun ,mengikut DNA. Natif Aslian Melayu dan Natif Pribumi Melayu adalah Custodian (Penjaga), Protector (Benteng), Guardian ( Pembela), Trusted (Amanah dan Amanat). Satu Tanggung Jawab yang amat besar. 9. Penaklukan dan perampasan tanah tanah milik Melayu berlaku semenjak kejatuhan Empayar Melayu Srivijaya sehingga era penjajahan kuasa-kuasa kolonial yang bermula dengan penaklukan dan diikuti dengan penguasaan sosio-politik dan sosia ekonomi yang berakhir dengan proses asimilasi kaum migran dan Natif Pribumi Melayu. 10. Ditekan oleh kemiskinan orang Melayu menjual atau menyewakan Tanah mereka kepada saudara mara terdekat atau kaum migran. 11. Sikap rakus dan tamak kapitalistik pemilik Melayu, migran asing dan kelemahan pengurusan pentadbiran tanah tanah dinegeri -negeri dan ketidakperihatinan kerajaan pemerintah menyebabkan Pribumi hilang pegangan penguasaan tanah terhadap negara . 12. MEMPERKUKUHKAN UNDANG-UNDANG TANAH RIZAB MELAYU DAN MEMBUKA KES KES PENYELEWENGAN . ✓ Bertujuan – melindungi kepentingan proprietari – mencegah kepupusan bangsa tertentu dari tanah air mereka dengan menyekat penjualan tanah ranah moyang kepada masyarakat migran yang datang untuk mencari kekayaan. ✓ Konsep Tanah Rizab yang diiktiraf Bangsa Bangsa Bersatu terdapat dalam pelbagai kommuniti. Tanah Amerika Syarikat untuk Orang Asli, Australia untuk Orang Oborigin – New Zealand untuk Maori, Afrika Selatan untuk Aslian Afrika. ✓ Untuk melindungi Tanah Melayu daripada dijual kepada komuniti imigran. Enakment Tanah Rizab Melayu 1913 cenderung untuk melindungi Pribumi Melayu secara beransur-ansur dari dislokasi ekonomi yang disebabkan oleh kemasukkan migran ke Semenjung Tanah Melayu, 13. Kami Parti BEBAS berikrar membetulkan keadaan yang mengancam Keselamatan dan kesejahteraan Rakyat dengan mengatur-urus kesilapan kerajaan yang lalu dengan lebih perihatin, penuh dengan belas ehsan dan Roh Melayu dan semangat telus. RAKYAT JAGA RAKYAT BERTEMAKAN : "RAKYAT ADALAH KERAJAAN" UNDILAH BEBAS

  • 62) SENARAI CALON YANG DISOKONG PPIM

    KUALA LUMPUR, 8 NOV: Persatuan Pengguna Islam (PPIM), mengumumkan senarai calon yang disokong dan diluluskannya selepas melancarkan platform atas talian, Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @Toqqi, berkata senarai itu bertujuan memudahkan rakyat mendapat maklumat dan memberi mandat kepada calon yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November ini, untuk mewakili mereka. “GSR adalah aplikasi yang dibangunkan sebagai sumber rujukan untuk rakyat Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan maklumat berkaitan calon-calon yang bertanding pada PRU15. “Aplikasi ini juga akan menjadi platform untuk rakyat memantau dan menegur sekiranya calon yang dipilih tidak menjalankan fungsi atau mengkhianti kepercayaan yang diberi,” katanya pada majlis pelancaran GSR di Pejabat PPIM, di sini, hari ini. Pada majlis terbabit, Toqqi turut mengumumkan PPIM menyokong sembilan calon Bebas yang akan bertanding pada PRU15 termasuk seorang calon daripada Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM). Calon yang disokong PPIM adalah seperti berikut : 1. Calon Bebas P097 Selayang – Muhammad Zaki Omar 2. Calon Bebas P009 Alor Setar – Sofan Feroza Md Yusup 3. Calon Bebas P086 Maran – Muhamad Hafiz Ishak 4. Calon Bebas P138 Kota Melaka – Dato’ Dr Norazlan 5. Calon Bebas P077 Tanjong Malim – Cikgu Izzat Johari 6. Calon Bebas P112 Kuala Langat – Hajah Zanariah Jumhuri 7. Calon Bebas P136 Tangga Batu – Shahril Mahmood 8. Calon Bebas P089 Bentong – Achik Khalil 9. Calon Bebas P094 Hulu Selangor – Azlinda Baroni 10. Calon Perikatan Nasional (PN) P080 Raub - Dato Fakrunizam Ibrahim. 11. Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) P107 Sungai Buloh- Ahmad Jufliz Faiza Toqqi juga berharap agar semua pihak termasuk media dan orang ramai serta seluruh rakyat Malaysia dapat mewar-warkan platform online Gagasan Rakyat Malaysia (GSR) melalui pautan www.gsrpru15.com dan melakukan pendaftaran sebagai ahli di laman sesawang berkenaan.

  • 61) Azlinda Binti Baroni, Calon Bebas Parlimen P094 Hulu Selangor

    Oleh : Ikaz - 8 November 2022. KUALA LUMPUR - Sesi ke-4, siaran langsung (FB LIVE) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi” telah berlangsung pada 8 November jam 9.00 malam. Puan Azlinda binti Baroni adalah calon bebas Parlimen P094 Hulu Selangor yang juga merupakan calon Gagasan Bebas yang disokong PPIM telah hadir dalam sesi FB LIVE PPIM yang dihoskan oleh Cikgu Izham. Turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau mesra dipanggil Toqqi. Ketika ditanya Cikgu Izham, “Beranikah untuk menjadi calon Parlimen di Hulu Selangor?” Puan Azlinda menjawab, “Insya Allah berani.” Tambahnya, “Saya merupakan calon bebas bukan seperti layang-layang putus tadi. Kita calon bebas yang ada matlamat. Kita juga calon bebas yang disokong PPIM.” “Disokong PPIM itu bermaksud disokong NGO penguna. Jadi semua orang adalah pengguna. Sebagai pengguna kita pasti memerlukan barang dengan kualiti terbaik. Termasuklah jika kita ingin memilih wakil rakyat bagi membawa suara rakyat di dewan tertinggi di Malaysia iaitu Parlimen,” katanya lagi. “Kita perlu berani berubah dan berhijrah daripada politik kepartian kepada politik yang mana memilih wakil rakyat yang akan melaksanakan amanah demi rakyat,”kata Puan Azlinda. Ketika ditanya Cikgu Izham tentang visi dan misi yang direncanakan oleh Puan Azlinda, beliau menjawab, “Daripada suara belia yang saya terima, Hulu Selangor tiada kawasan riadah dan sukan untuk belia seperti padang futsal. Selain itu saya ingin meningkatkan kemudahan rekreasi untuk keluarga kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan yang luas dan hijau. Maka keindahan alamnya perlu dijaga.” Tambahnya, “Saya berjanji kepada rakyat jika saya dipilih sebagai ahli Parlimen Hulu Selangor saya akan menyediakan agenda untuk meminta peruntukan daripada Menteri Pertanian bagi meningkatkan potensi agro pertanian di kawasan parlimen ini. Saya juga akan meminta peruntakan daripada Menteri Belia dan Sukan untuk menyediakan kemudakan riadah dan sukan untuk anak-anak belia Parlimen Hulu Selangor ini.” Toqqi turut menambah kenyataan bahawa PPIM telah berusia 25 tahun dan tidak terlibat dengan politik. Cuma PPIM hanya menjadi penggerak dan pemantau agar kita dapat membuat perubahan dengan memilih pemimpin yang terbaik. Kata Toqqi, “Saya menyeru kepada semua pengguna beri sokongan kepada PPIM untuk memantau wakil-wakil rakyat yang bertanding dalam PRU15 agar dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat.”

  • 60) Ahmad Jufliz Faiza, Calon Parlimen Parti Rakyat Malaysia (PRM) disokong Gagasan Bebas - PPIM

    Oleh : Ikaz - 8 November 2022. KUALA LUMPUR -Sesi ke-3, siaran langsung (FB LIVE) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi” yang telah berlangsung pada 7 November jam 9.00 malam. Sesi FB LIVE tersebut dihadiri oleh Ahmad Jufliz Faiza yang merupakan calon Parlimen P107 Sungai Buluh. Sesi ini melibatkan Cikgu Izham sebagai hos dan Datuk Nadzim Johan @ Toqqi PPIM dan turut hadir Ustaz Dr. Noorazman. Sebelum ini dalam FB LIVE PPIM “Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi” telah diperkenalkan senarai 9 nama calon-calon Gagasan Bebas yang merupakan calon Parlimen Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang disokong oleh PPIM. Pada sesi kali ini, Toqqi telah memperkenalkan Calon Parlimen P107 Sungai Buluh, Ahmad Jufliz Faiza daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang merupakan calon disokong PPIM melalui Gagasan Bebas. Ketika ditanya oleh Cikgu Izham mengenai latar belakang Ahmad Juflis Faiza, beliau menjelaskan bahawa beliau merupakan seorang peguam selama 24 tahun sehingga kini. Sebelum itu beliau merupakan ketua pelajar Malaysia di United Kingdom. Kembali ke Malaysia dan berkhidmat sebagai peguam. Mula menceburkan diri dalam bidang politik pada tahun 2005 melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akibat lantang bersuara menegakkan keadilan dan menolak salah guna kuasa serta rasuah dalam pemilihan PKR, akhirnya beliau dipecat daripada PKR pada tahun 2016. Ahmad Juflis Faiza berkata, “Bukan saya nak rosakkan nama parti PKR, tetapi ada masalah dalam pemilihan parti ketika itu dan saya cuba menegakkan keadilan dalam pemilihan parti tetapi saya pula yang dipecat. Tak apalah. Kemudian selepas 2 tahun kemudian saya menganggotai Parti Rakyat Malaysia (PRM).” Tambahnya lagi, “Ketika mula nak melibatkan diri dengan PRM saya tertarik dengan cara pucuk pimpinan PRM berkhidmat kepada rakyat. Mereka katakan tidak perlu manifesto untuk janji-janji palsu kepada rakyat. Kita tanya rakyat apa yang mereka perlukan dan kita berikan perkhidmatan itu kepada rakyat. Itu yang membuat saya tertarik untuk memberi khidmat kepada rakyat melalui PRM”. Menurutnya, ketika zaman pandemik COVID-19 melanda negara dan semua rakyat dikuarantin di rumah selama lebih kurang 2 tahun, ketika itu beliau melihat bahawa tindakan pemerintah merupakan penjajahan bentuk baru kepada rakyat. Ketika itu saya berjumpa Toqqi dan dapati perjuangan kami saya. Iaitu memperjuangkan hak-hak rakyat. Toqqi ketika ditanya tentang pemimpin mengikut telunjuk luar, beliau berkata “Ia seumpama menyerahkah kedaulatan negara mereka kepada negara luar. Saya harap biar seramai mungkin dapat kongsikan maklumat sebagai contoh tentang mengurangkan populasi manusia dalam ‘New World Order’. Dulu dikatakan sebagai konspirasi. Sekarang bukan konspirasi lagi. Cucuk ini juga merupakan ‘bio – weapons’. Kita tidak mahu rakyat kita menjadi mangsa.” Tambahnya, “Kita tak mahu pemimpin yang menyokong ‘New World Order’ menjadi calon PRU15. Kita harap Brother Ahmad Juflis akan bawa agenda ini kepada rakyat bahawa ini (cucuk vaksin) adalah penipuan. Mari lah kita membuat sesuatu untuk kebaikan.” Manakala Ustaz Dr. Noorazman ketika ditanya tentang apakah harapan beliau dalam PRU15 ini ? Beliau berkata, “Kita minta kepada mak ayah yang ada anak-anak 18 tahun yang boleh mengundi, peluk anak-anak, menangis dan bagitau anak-anak minta tolong mereka supaya mengundi pada PRU15 kali ini. Kita nak pastikan anak-anak kita bukan mengikut hawa nafsu atau gula-gula politik sahaja. Tapi bagi mereka sedar supaya mengundi untuk masa depan mereka dan negara.” Pesanan Ahmad Juflis Faiza sebagai Calon Parlimen Sg Buluh, “Saya tak ada masalah untuk menang atau kalah dalam pilihanraya ini. Saya minta semua yang dengar ini, harap semua keluar mengundi kerana ia proses yang penting untuk bagi rakyat celik. Agar pemimpin tak berani buat keje jahat. Saya terbaca buku jepun. Bahawa saya perlu ‘Kamikaze’ untuk bangkit mencelikkan rakyat supaya menang. Sebab tu ‘tagline’ saya di Sg Buluh adalah ‘Rakyat Menang’.” Toqqi memohon agar semua rakyat ‘viral’ maklumat ini agar ramai pengundi akan mengundi calon parlimen yang disokong oleh PPIM. Jadikan ia satu perjuangan. Ini kerana kita sedang melawan puak yang menyokong ‘New World Order’.

  • 59) 14-year-old NHDP hockey trainee dies at training camp

    KUALA LUMPUR: A National Hockey Development Programme (NHDP) trainee died at a training camp in Ipoh, Perak, today. The goalkeepers clinic is one of the support events for the ongoing Sultan Azlan Shah Cup. Bill Wolfson Lianie, 14, was from SMK Penrissen, Kuching, Sarawak. Malaysian Hockey Confederation (MHC) said Bill, a goalkeeper, took a shower with his teammates before complaining about feeling uneasy. He fainted in his room. Bill was transferred to an ambulance, and CPR was performed. He was taken to Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh where he was pronounced dead. The cause of death is still unknown. Bill was one of the trainees for the two-day MHC-AHF-Perak HA goalkeepers clinic, which started on Saturday, at the Raja Ashman Shah Academy in Ipoh. Sarawak state coach Wilina Mac Carina Wilson was present at the clinic. NFDP officials have informed Bill's family, and his body will be taken to Kuching. MHC president Datuk Seri Subahan Kamal and Perak HA president Sayuti Abdul Samat, who were at the hospital, expressed their condolences to Bill's family and friends.

  • 58. ANTARA HIDUP DAN MATI! JANGAN SALAH UNDI!

    PPIM banyak menerima aduan dan keluhan rakyat berikutan pemilihan calon PRU15 kali ini. Jesturu rakyat menerima pelbagai masalah tanpa solusi. PPIM mengambil pendirian untuk menyokong calon-calon yang berwibawa tanpa mengira parti mengikut penilaian PPIM. Ikuti LIVE bersama kami setiap hari bermula: 12 tengah hari dan 9 malam Kami akan membincangakn bentuk pemilihan pemimpin yang bagaimana yang kita harapkan dapat menerajui Malaysia. Jom ikuti di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM dan salurkan sebarang pertanyaan anda di ruang komen.

  • 57. TVPPIM | PPIM Lancar Platform Netizen & Ngo Bantu Negara PRU 15

    PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan sebuah platform yang dinamakan Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) sebagai pusat rujukan untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, platform itu ditubuhkan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi negara dengan memilih pemimpin yang mampu memperjuangkan hak mereka. Kata beliau, selain menyediakan maklumat dan panduan, GSR juga membolehkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat saringan dalam setiap wakil rakyat yang bertanding. “PPIM membuka pintu kepada mana-mana calon untuk bekerjasama. Jadi, dengan platform ini, aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat betul dan tepat. “Selain itu, kita juga mahu pastikan calon yang bertanding adalah berintegriti dan NGO akan memantau setiap pergerakan wakil rakyat yang dipilih selepas PRU15,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas pelancaran GSR di Pejabat PPIM di sini hari ini. Turut hadir, wakil NGO daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Kasih Setia Malaysia. -KOSMO-

bottom of page