top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 44) Toqqi ditawarkan bertanding hampir semua parti

    KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengakui ditawarkan bertanding hampir semua parti kecuali PAS. Namun beliau yang dikenali sebagai Toqqi menolak semua tawaran itu atas dasar prinsipnya berjuang untuk rakyat bukan parti politik. “Memang tawaran mereka menarik saya tidak nafikan tetapi apabila kita bergerak bukan platform politik sebenarnya lebih mudah dan dekat dengan rakyat. “Kita orang bawah di lapangan, kerja untuk rakyat. Ikut pengalaman saya apabila timbul isu, rakyat bawa kepada NGO dan media terlebih dahulu, mereka sudah penat bawa ke politik tapi tidak selesai, apabila sampai pada NGO dan media kita cari solusi,” katanya kepada MEDIA VARIASI. Beliau berkata demikian selepas sidang media pelancaran PPIM sebagai platform netizen dan gabungan NGO bantu negara menjelang PRU15. Menerusi platform itu PPIM membuka ruang untuk rakyat untuk memberi aduan atau cadangan dan juga pihak calon memberi maklumat mengenai diri mereka kenapa mereka patut jadi wakil rakyat. Tambah Toqqi, dengan rujukan ini pengundi baru yang tiada pengalaman memilih boleh menilai ciri pemimpin pilihan mereka. “Kami mungkin akan sediakan platform seperti aplikasi Whatsapp untuk perkongsian maklumat. “Rakyat boleh rujuk dengan mudah bukan main pilih sebab hensem sahaja, kena nilai semula apa kezaliman mereka buat apa kebaikan mereka buat. “Kita bukan cari ciri malaikat tetapi tentunya bukan syaitan yang menjahamkan negara. “Kita mahu perkara ini dibawa bincang dan pemilihan dibuat secara harmoni,” katanya.

  • 43) SEKITAR PENCALONAN PAGI NI

    (1) Ahmad Jufliz Lawan KJ di Sungai Buloh (2) Major(B) Meor di Setiawangsa (3) Mohd Zaki Omar Di Selayang

  • 42) Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan cedera ditembak

    BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terselamat, tetapi mengalami kecederaan setelah ditembak ketika menyertai konvoi protes di bandar Wazirabad, timur negara itu. Beliau cedera di bahagian kaki apabila seorang penyerang melepaskan tembakan ke atas kenderaan yang dinaikinya. Seorang dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya lima lagi cedera. Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan apa motifnya, lapor BBC. PERARAKAN PROTES YANG DISERTAI IMRAN, 70, ITU BERTUJUAN MENUNTUT DIADAKAN PILIHAN RAYA AWAL, DAN SEPATUTNYA BERAKHIR DI IBU NEGARA PAKISTAN, ISLAMABAD. Bekas bintang kriket antarabangsa yang menjadi ahli politik itu dibawa ke hospital di Lahore untuk rawatan. Keadaan beliau dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan. Polis mengeluarkan pengakuan video seorang lelaki yang dikatakan melakukan serangan itu. Penyerang itu mendakwa Imran menyesatkan orang ramai, dan beliau perlu dibunuh. Seorang pegawai pembantu Imran memberitahu BBC bahawa kerajaan Pakistan perlu bertanggungjawab kerana terbabit tidak secara langsung dalam serangan tersebut. -BTS

  • 39) SIAPA PATUT DI PILIH?

    Keadaan politik Malaysia hari ini amat tidak stabil, rakyat menderita dan ekonomi negara terjejas teruk. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan dan keluhan dari rakyat mengenai ekonomi, sosial yang makin bercelaru, tiada halatuju dan dijangka makin buruk pada tahun 2023. Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. PPIM menjadi tempat rujukan, diminta memberi nasihat dan disuruh bersama-sama menjawab persoalan rakyat; 'Siapakah patut kami pilih?', Apa patut kami buat?, Apa ciri-ciri calon?? Jom Ikuti Press Conference PPIM secara LIVE: Tarikh: 3 November 2022 Jam: 12 tengahari Di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube PPIM PPIM mengambil pendirian menyokong calon-calon yang daripada kumpulan mereka yang berwibawa tanpa mengira parti mengikut penilaian PPIM.

  • 37) PPIM TUBUHKAN GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT

    Satu gerakan sukarelawan rakyat akan ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat untuk badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati citarasa. “Sebelum PRU15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik serta menipu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana dan memberi perhatian kepada ciri-ciri calon yang bertanding sama ada mempunyai nilai-nilai seorang pemimpin yang berkaliber serta bertanggungjawab. “PPIM juga menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih. “Mengikut sejarah kita, menteri menteri/ahli Parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat. “Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, (mereka) wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat,” ujarnya.

  • 36) GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT DILANCAR BANTU PENGUNDI BUAT KEPUTUSAN

    CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan portal Gerakan Sukarelawan Rakyat bagi membantu rakyat membuat pilihan sebijaknya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, portal yang dijangka dilancarkan pada minggu hadapan itu, antara lain mengandungi pelbagai maklumat mengenai calon yang bakal bertanding pada PRU15. “Kita para NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sudah buat ketetapan bahawa sokongan kita bukan berlandaskan kepada parti, tetapi calon yang bertanding. “Kita hanya akan beri sokongan pada calon yang benar-benar amanah, jujur dan berintegriti,” kata Nadim. Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Festival Halal Yakin di Malakat Mall, di sini hari ini. Turut hadir, Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH), Datuk Lokman Hakim Pfordten; dan Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman. Kata Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi itu lagi, portal tersebut diharap dapat membantu rakyat membuat pilihan sebaiknya sebelum turun membuang undi nanti. Tambah Nadzim, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan NGO menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat.

  • 35) PENGUNDI DIINGATKAN SUPAYA MEMILIH WAKIL RAKYAT, BUKAN WAKIL PARTI

    KUALA LUMPUR 26 Okt – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-1 5 ini. Ketua Akfivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih. “Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegrifi, sombong dan menyusahkan rakyat. “Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Nadzim berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa rakyat. Justeru, sebelum PRU-1 5 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.

  • 34) SPM - INTEGRITI MENJUNJUNG DEMOKRASI

    KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada masyarakat yang mengakui sukar untuk memilih parti serta gabungan politik untuk mentadbir kerajaan. Menurut beliau, ini berikutan sebahagian besar Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak memiliki integriti, sombong dan menyusahkan rakyat disebabkan hanya mementingkan kepentingan peribadi. “Kami membuka pintu kepada calon yang mahukan sokongan kami. Mereka wajib mempunyai ciri pemimpin baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan . “Personaliti terbabit perlu membantu rakyat dan mengharmonikan negara, malah sanggup ke hadapan demi berkorban untuk rakyat”, katanya hari ini. Nadzim turut menggesa pengundi untuk lebih melihat kepada peribadi calon yang diketengahkan berbanding parti politik, sebagai rujukan memilih wakil rakyat pada PRU-15, November depan. Menurut beliau, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat. “Sebelum PRU-15, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat mengikut perlembagaan dan kemanusiaan. Menerusi gerakan ini, semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon jika gagal melakukan yang terbaik dan menipu. “Saya juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana,” katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal. Menurut beliau, tempoh berkempen dilanjutkan kepada 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14. Abdul Ghani berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15. Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 lagi terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing. – Getaran, 27 Oktober 2022.

  • 33) Senarai Calon Parti Amanah

    P84 Paya Besar – Ahmad Azam Mohd Salleh P86 Maran – Ahmad Shohor Awang P87 Kuala Krau – Johari Osman P88 Temerloh – Hasbie Muda P56 Larut – Zulkarnain Abidin P57 Parit Buntar – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa P59 Bukit Gantang – Fakhrudin Mohd Hashim P67 Kuala Kangsar – Dr Ahmad Tarmizi Ramli P69 Parit – Nurthaqaffah Nordin P74 Lumut – Dr Hatta Ramli P1 – Padang Besar – Mohd Saad Yahya P42 Tasik Gelugor – Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan P178 Sipitang – Lahirul Latigu P193 Santubong – Mohd Zain P197 Kota Samarahan – Abang Abdul Halil Abang Naili P200 Batang Sadong – Lahaji Lahiya P201 Batang Lupar – Maxwell Rojis P206 Tanjung Manis – Zainal Suhaili P207 Igan – Andri Zulkarnaen P92 Sabak Bernam – Shamsul Maarif Ismail P96 Kuala Selangor – Dr Dzulkefly Ahmad P101 Hulu Langat – Mohd Sany Hamzan P108 Shah Alam – Azli Yusof P111 Kota Raja – Tuan Haji Mohamad bin Sabu P113 Sepang – Aiman Atirah P33 Besut – Abdul Rahman Abdul Aziz P35 Kuala Nerus – Suhaimi Hashim P36 Kuala Terengganu – Raja Kamarul Bahrin Shah P37 Marang – Azhar Shukor P119 Titiwangsa – Khalid Samad P166 Labuan – Ramli Tahir P161 Pulai – Salahuddin Ayub P4 Langkawi – Zabidi Yahya P7 Padang Terap – Muaz Abdullah P8 Pokok Sena – Mahfuz Omar P13 Sik – Latipah Mat Yatim P16 Baling – Johari Abdullah P147 Parit Sulong – Mohd Faizal Dollah P149 Sri Gading – Aminolhuda Hassan P156 Kota Tinggi – Onn Jaafar P157 Pengerang – Zakaria Mohd Salleh P19 Tumpat – Wan Johari Wan Omar P20 Pengkalan Chepa – Nik Faizah Nik Othman P21 Kota Bharu – Dr Hafidzah Mustakim P23 Rantau Panjang – Dr Wan Shah Jihan Wan Din P24 Kubang Kerian – Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah P28 Pasir Puteh – Muhammad Husin P30 Jeli – Mat Radzi Wahab P31 Kuala Krai – Mohd Hishamudin Razali P135 Alor Gajah – Adly Zahari P139 Jasin – Harun Mohammad P126 Jelebu – Zulkifli Mohamad Omar P127 Jempol – Norwani Ahmad P133 Tampin – Faiz Fadzil Noor

bottom of page