top of page

Search Results

178 items found for ""

  • IS THAT TRUE THAT NOBODY SAID YOU WOULDN'T GET COVID IF YOU,RE VACCINATED! ?

    Vaksin pencetus (triggers) berbagai penyakit bahaya. Maksud video ini adalah terdapat satu bahan bahaya telah dimasukkan dalam badan kita seumpama 'tracker" . Bahan tu mampu mengesan pergerakkan kita.. Kita tidak bebas kemana-mana. Semuanya dipantau. Dari segi penyakit pula, Pelbagai penyakit akan terbongkar memburuk dengan pantas dalam tubuh kita.

  • BERSIAP SEDIA HADAPI 2023

    Besarkan jumlah wang masuk, kurangkan wang keluar. Simpan banyak2. Tahun depan bukan tahun yang sukar. Tahun depan adalah tahun kegawatan. Kita berdepan dengan 3 perkara serentak. 1. Kenaikkan kadar bunga dari sistem perbankan akan menyebabkan disposal income isi rumah menurun dengan mendadak. 2. Mata wang yang lemah akan menyebakan harga barang asas dan keperluan meningkat mendadak dan menyebabkan inflasi pada tahap paling teruk. 3. Kuasa membeli akan turun mendadak kerana perkara 1 dan 2. Ini menyebabkan banyak bisnes dalam sektor lifestyle akan melingkup. Pada yang masih rasa tahun depan sama macam tahun-tahun sebelumnya, sila semak semula semua data yang dikeluarkan oleh bank dunia, pakar ekonomi dan penganalisa pasaran. Anda akan nampak betapa sukarnya kehidupan pada tahun hadapan. Kenapa tahun hadapan? Kenapa bukan tahun ini? Tahun ini adalah tahun persiapan untuk keadaan tahun hadapan. Interest dinaikkan secara perlahan-lahan, bekalan makanan dari luar semakin dicatu akibat banjir dan kemarau dan ubat-ubatan akan diberikan keutamaan kepada rakyat dari dieksport keluar. Meremehkan situasi tahun depan adalah Fatal untuk bisnes kita. Biar kurus jangan mati. Biar terapung jangan tenggelam. Biar kecil, asal berhasil. -tukangfikir-

  • KENYATAAN MEDIA PPIM: MEMILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI

    Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-15 ini. Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih. Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat. “Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat”, katanya. Tambah Nadzim lagi, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati citarasa rakyat. Justeru itu, sebelum PRU-15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.

  • PILIH PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBANTU RAKYAT SAHAJA

    PRU15: SIAPA KITA NAK PILIH? Keadaan politik hari ini amat tidak stabil dan rakyat menderita dan ini menjejaskan ekonomi negara. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima berbagai aduan dan keluhan dari rakyat tentang keadaan ekonomi dan sosial yang huru-hara dikatakan akan bertambah buruk menjelang tahun 2023. Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Kami juga menerima berbagai pertanyaan yang diantaranya kami terima adalah “Siapa patut kami pilih?”

  • Whatsapp mengalami gangguan di seluruh dunia

    Oleh Fetty Rara BUKAN, telefon anda tidak rosak, atau talian Internet teruk. Sebenarnya aplikasi Whatsapp mengalami gangguan di serata dunia hari ini (Selasa 25 Okt). Di Malaysia, gangguan dikesan sekitar pukul 3.30 petang di kebanyakan kawasan. Pengguna tidak dapat menerima, mahu pun menghantar mesej pada waktu ini apabila aplikasi tersebut sekadar memaparkan notifikasi “connecting…” Menurut aplikasi dalam talian ‘DownDetector’ yang mengesan gangguan pada pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dalam talian, masalah Whatsapp dilaporkan berlaku sejak beberapa minit lalu. Pengguna di sebahagian besar dunia, termasuk Malaysia, Indonesia, Jerman, Jepun, Brunei, Dubai, Afrika Selatan, Sri Lanka dan Nigeria turut melaporkan gangguan. -BTS-

  • Pesanan Tun Hanif Omar

    Daripada: Tun Hanif Omar Mantan Ketua Polis Negara. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO, PPBM dan PAS, jika ada di antara anda yang ingin menyokong Anwar, luangkanlah sedikit masa membaca tulisan saya ini. Saya mohon juga kepada yang membaca ini dan mengenali mana2 MP 'forward'lah kepada mereka. Kebelakangan ini hangat diperkatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen yang akan berubah arah dan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Alasannya mudah, kalau boleh menyokong Azmin, apa salahnya menyokong Anwar. Dua-dua pun sama. Jika ini perkiraan anda sebagai Ahli Parlimen, maka pegangan anda dalam perjuangan amatlah daif dan dangkal. Saya tidak menentang Anwar hanya kerana kes liwatnya pada tahun 2008 dan fitnah beliau terhadap DS Najib. Tapi saya menentang Anwar kerana pelbagai lagi masalah khususnya pegangan Anwar dalam politik. "Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Yahudi, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran- kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan-amalan agama semata2 (mere religion practices) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali." Di atas ini bukanlah kata-kata TS Muhyiddin atau DS Azmin, tetapi petikan ucapan Anwar di London School of Economics pada tahun 2010. Lupakah anda pada klip audio satu perjumpaan sahabat2 Anwar yang merupakan veteran ABIM dan cendekiawan Islam bersama Anwar? Mereka bangun membelasah Anwar kerana ucapannya yang keras menyokong fahaman Pluralisma Agama ini. Dan anda rasa kenapa ramai sahabat-sahabat Anwar yang mempunyai latar belakang agama meninggalkan Anwar seperti Ustaz Ismail Mina, Prof Dr Sidik Baba, Dr Yusri dan lain-lain? Tidak keterlaluan jika saya katakan Almarhum Ustaz Dato' Dr Haron Din pun pada akhir usianya menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari Anwar. Anda pula nak angkat Anwar jadi PM? Sudahkah anda hilang pedoman dan pertimbangan agama ke? Lupakah anda pada laman web AIDC satu ketika dahulu? Berapa banyak dokumen-dokumen hubungan sulit Anwar dan kuasa asing didedahkan? Saya boleh sahkan bahawa dokumen tersebut adalah asli dan ada yang diperolehi olehvsaya sendiri. Surat-surat Anwar memohon bantuan dan dana daripada Soros, daripada Carl Greshman? Anda jangan lupa Carl Greshman dan hubungan baik dia dgn Anwar melalui agensi National Endownment of Democracy (NED), agensi kerajaan Amerika yang menjadi front CIA dalam gerak kerja sabotaj politik negara2 asing? Ingat lagi pada kawan baik Anwar iaitu Paul Wolfowitz? Arkitek utama perang Iraq yang membunuh ratusan ribu nyawa umat Islam? Dia juga Presiden ke 10 Bank Dunia. Saya juga telah berulang-ulang kali cakap Anwar adalah pemimpin dan pentadbir yang sangat-sangat teruk. Pengalaman bekerja dengan Anwar menyaksikan bahawa dia memang tidak mampu mengurus apa sahaja baik diri sendiri, kerja, tugas parti, pejabat dan orang-orangnya. Tidakkah kamu semua berfikir mengapa bila Anwar dalam penjara partinya PKR lebih tenang, tidak bergolak dan mampu fokus sampai menang PRU14 pd 2018? Kegagalan Anwar mentadbir dengan baik serta gagal mengawal nafsu dia akan membuka peluang 'rakan2' asing utk bertakhta di negara ini. Apalagi dalam keadaan ekonomi yang parah ketika ini. Ya, jika Anwar jadi PM kedaulatan negara yang sudah lama kita pertahankan akan mungkin tergadai. Ya, anda juga jangan lupa betapa kuatnya Anwar membodek bangsa DAP sehingga dia dan isterinya sanggup 'membakul sampahkan' Ketuanan Melayu. Jangan LUPA. Apa yang saya sebutkan ini hanyalah sedikit dari banyak lagi kisah dan fakta dari siasatan polis mengenai Anwar. Saya percaya sebagai Ahli Parlimen anda semua boleh berfikir mengapa Anwar disabitkan kesalahan dan masuk penjara. Anda juga boleh melakukan kajian tersendiri. Saya juga terbuka jika ada yang mahu berjumpa dan bertanya. Memilih Anwar sebagai Perdana Menteri bukanlah 'choosing between two evils', tetapi seperti memilih Serigala menjaga kambing. Saya tidak gentar dan saya tidak takut. Andai ditakdirkan Anwar jadi PM kerana tangan-tangan kamu, maka saya akan tetap lawan. Dan saya juga berdoa semoga Allah membalas anda dengan apa juga balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat kerana meletakkan negara berdaulat ini di bawah manusia yg sanggup gadai prinsip seperti Anwar. Jangan berkecil hati hilang jawatan dengan percaturan politik, maka sanggup nak gadai prinsip perjuangan dan masa depan negara. Mari kita cari titik persamaan agar pemimpin2 Melayu semua ini boleh berbincang dan bersatu. In Sya Allah saya akan bertandang ke Parlimen pada sesi akan datang. Jika ada Ahli2 Parlimen yang menyokong Anwar, maka saya ingin bertentang mata dan mahu lihat muka-muka mereka yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. Saya yg ikhlas: Tun Hanif Omar Mantan Ketua Polis Negara MAJLIS DAKWAH NEGARA - Hak Asasi Kemanusiaan Wallahu a'lam...

  • Rishi Sunak akan dilantik Perdana Menteri baharu UK hari ini

    LONDON: Rishi Sunak dijadualkan dilantik sebagai Perdana Menteri baharu United Kingdom, hari ini, selepas Liz Truss mempersembahkan peletakan jawatannya kepada Raja Charles III, menurut Downing Street. Truss akan mengadakan mesyuarat Kabinet yang terakhir sebelum membuat kenyataan pada jam 10.15 pagi ini. Ia akan disusuli dengan pelantikan Sunak oleh Raja Charles III, sebelum beliau menyampaikan perutusan sebagai Perdana Menteri baharu pada jam 11.35 pagi. Sementara itu, Sunak dalam ucapannya selepas memenangi persaingan sebagai teraju baharu Parti Konservatif, semalam, berikrar untuk mengusahakan ‘kestabilan dan perpaduan’ ketika Britain bergelut dengan krisis ekonomi kini.

  • Kes baharu Covid-19 naik 21.5% kepada 14,525 minggu lalu

    October 24, 2022 JUMLAH kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 21.5% atau 14,525 kes, berbanding 11,957 kes minggu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Hisham berkata, laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 22 Okt 2022 mendapati jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 9.5%. Katanya, bagi katil bukan kritikal meningkat 1% direkodkan dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 2%, sejak seminggu lalu. Purata kes aktif setiap hari sepanjang minggu lalu adalah 24,867 iaitu penurunan sebanyak 9.4% berbanding minggu sebelumnya, katanya. “Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 0.9% daripada 11,180 kes kepada 11,078 kes. Kes kematian meningkat 70.6% daripada 17 kes kepada 29 kes,” kata Hisham. Katanya, sebanyak 4,880,005 kes direkodkan sehingga 22 Okt, manakala 4,816,278 adalah kes sembuh. -fmt-

  • Rundingan gagal, PN letak calon di 27 kerusi kritikal

    MARANG - Rundingan Pas bersama UMNO berhubung agihan 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal gagal mencapai kata sepakat menyebabkan Pas melalui Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk meletakkan calon bagi kesemua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN akan meletakkan calon daripada parti komponen itu bagi menentang calon BN dan Pakatan Harapan (PH). "Pertembungan di kerusi berkenaan tidak dapat dielakkan kerana ada pihak yang merasakan ‘kuat’ serta mampu memenangi kerusi berkenaan. "Ada dalam kalangan pemimpin UMNO kata, kalau bertembung pun dia boleh menang, jadi ia agak ‘cocky’ dan kita ambil keputusan untuk lawan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat serta menyampaikan Suratan Hakmilik Tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini pada Khamis. Ahmad Samsuri berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan bagi memberi laluan kepada UMNO dan BN untuk bertanding di kerusi tertentu bagi memastikan ia tidak terus dikuasai dan jatuh ke tangan PH. "Pas akan ambil kerusi itu macam biasa, sama ada Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara Pas, Bersatu dan rakan-rakan dalam PN. "Ada yang Bersatu ambil, ada yang Pas ambil, ada Gerakan ambil. Jadi kita lihat hasil rundingan nanti," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, agihan kerusi PN kini sudah mencapai 90 peratus sebelum satu lagi siri rundingan diadakan pada Jumaat. Sebanyak 27 kerusi Parlimen yang disifatkan sebagai kritikal itu melibatkan 20 kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dimenangi PH pada PRU14, serta tujuh lagi yang menyaksikan PH kalah tipis. Berdasarkan keputusan PRU14, kesemua kerusi Parlimen berkenaan dikatakan kawasan kritikal kerana apabila jumlah undi UMNO dan Pas digabungkan, ia boleh mengatasi undi yang diperoleh PH. Kawasan itu ialah Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan. Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, PH mampu memenangi 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal itu jika menguasai 30 peratus sokongan pengundi Melayu di kawasan berkenaan. Katanya, kemenangan itu boleh dicapai sekiranya PKR dan PH boleh merayu pengundi Melayu yang mencukupi, walaupun berada dalam pertarungan satu lawan satu, sama ada bertembung dengan UMNO atau Pas. -Sinar-

  • 10 PENCAPAIAN MCA DALAM 100 HARI

    (Orang Melayu jangan terkejut ye) 1. KUASAI PELABUHAN Cina-cina telah berjaya menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik melalui lantikan Pengerusi Lembaga Pelabuhan yang baru. Antaranya Chong Sin Woon (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang), Tan Teik Cheng (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang) dan Koh Chin Han (Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka). Semuanya Cina dan pemimpin masyarakat Cina yang pernah ketuai bantahan terhadap Jawi, bantahan terhadap RUU355 dan bantahan terhadap seni khat. 2. KUASAI RUANG UDARA. Jawatan CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum ini disandang oleh dua (2) orang Melayu Muslim yang bernama Ahmad Nizar Zolfakar dan Dr. Zainul Fuad. Namun, berkuatkuasa 1 Jun 2020, khidmat CEO Melayu Muslim Dr. Zainul Fuad telah ditamatkan oleh MCA dan digantikan dengan CEO Cina yang bernama Chester Voo. 3. NAIKKAN PERUNTUKAN KOLEJ CINA SWASTA. Jika sebelum ini PH diratib kerana memperuntukkan RM40 juta kepada Kolej Swasta Cina TAR, kini MCA dengan bangganya umum mereka lebih hebat kerana menaikkan jumlah tersebut kepada RM58 JUTA. Semakan di laman Facebook TAR mendapati Kolej Swasta Cina milik MCA tersebut telah mengiktiraf UEC, malah biasiswa tanpa had (unlimited UEC scholarships) ditawarkan kepada pelajar-pelajar IEC melalui TAR Merit Scholarships. (Bukti di sini https://www.facebook.com/308412239857559/posts/554288281936619/) 4. HIDUPKAN SEMULA KERJAYA PENENTANG JAWI. Kerjaya politik Dr. Mah Hang Soon hampir tamat selepas tumbang sebagai calon dalam PRU14. Sebagai pembangkang, Dr. Mah kembali bergiat aktif sebagai pemimpin gerakan anti-Jawi yang menghentam Dr. Maszlee mantan Menteri Pendidikan kerana memperkenalkan seni khat dan Jawi dalam silibus pendidikan kebangsaan. Kini, Dr. Maszlee berada di bangku pembangkang manakala Dr. Mah Hang Soon pula dinaikkan pangkat sebagai Senator supaya boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. Beberapa hari selepas masuk Putrajaya, Dr. Mah dihentam teruk kerana memuatnaik posting rasmi dalam bahasa Mandarin. Begitu juga Chong Sin Woon yang pernah mengepalai forum anti-Jawi. Chong Sin Woon kini Pengerusi Pelabuhan Klang, pelabuhan paling meriah dan menguntungkan di Malaysia. (Bukti di sini https://www.facebook.com/308412239857559/posts/541012563264191/) 5. JINAKKAN PEJUANG MELAYU ISLAM. Meskipun satu persatu dibuat seperti yang dihuraikan di atas, sampai hari ini tidak ada satu pun pemimpin Melayu Muslim dalam Kerajaan berani tegur MCA. Bukan setakat tidak tegur, malah Panglima-panglima Tentera Orang Islam seperti Najib Razak turut mati-mati mempertahankan MCA. Hilang sudah taring pejuang-pejuang Melayu. MCA yang bersenjatakan hanya dua (2) Ahli Parlimen Cina telah berjaya membiulkan lebih seratus (100) Ahli Parlimen Melayu Muslim dan ribuan lagi macai-macai Melayu Muslim yang dulu lantang mendepankan perjuangan kebangsaan dan perjuangan kaum. 6. PASTIKAN ARAK TERUS DIJUAL BERLELUASA. Selain memastikan pemandu mabuk terus berani memandu, Kerajaan hari ini juga membenarkan kilang arak Heineken dan sebagainya terus beroperasi di musim PKP meskipun perniagaan-perniagaan lain ditutup. Ini bagi memastikan stok dan bekalan arak tidak terputus. Korang bayangkan. Kilang keropok halal Mak Cik Kiah terpaksa ditutup, kebun Pak Ahmad terpaksa bertumbuh lalang dan sebagainya atas dasar memastikan penjarakkan sosial dilaksanakan. Tetapi kilang arak Heineken diberi pas pengecualian untuk beroperasi sepanjang PKP. 7. PASTIKAN PERJUANGAN RUU355 TERUS TERKUBUR. Orang Islam yang dahulunya lantang memperjuangkan RUU355 dan hukum Allah sudah jadi bisu selepas berpakat dengan MCA. Sebagai tanda hormat kepada Wee Ka Siong, pindaan RUU355 tidak lagi dibangkitkan. Perjuangan tersebut kekal terkubur. 8. PASTIKAN PERJUANGAN SENI KHAT & JAWI TERUS TERKUBUR. Menteri Pendidikan dahulu Dr. Maszlee dihentam kiri kanan kerana cuba memperkenalkan seni khat dan Jawi. Kini seni khat dan Jawi terus terkubur kerana Menteri Pendidikan yang baharu tidak berani memperkenalkannya. Sentuh pun tak berani. Apatah lagi memperkenalkan dalam silibus pendidikan kebangsaan. Ini kerana orang kanan dan Timbalan Menteri Pendidikannya Dr. Mah Hang Soon merupakan penentang tegar Jawi dan seni Khat. (Bukti di sini https://www.facebook.com/308412239857559/posts/371960833502699/?d=n) 9. KAYAKAN PERNIAGAAN CINA HASIL WANG CUKAI ORANG MELAYU. Jika dahulu DAP/PH diratib kerana mempromosi e-wallet, kini keanggotaan MCA naikkan lagi peruntukan e-wallet sebanyak 67%. Dulu orang marah kerana e-wallet RM30.00 mengkayakan perniagaan Cina. Kini e-wallet RM50.00 lagilah mengkayakan perniagaan Cina. 10. NAIKKAN PENENTANG HUKUM ISLAM SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PERPADUAN. Ti Lian Ker Naib Presiden MCA yang suatu ketika dahulu pernah isytihar akan keluar Malaysia jika Hukum Allah dilaksanakan kini telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan. Nampaknya cabaran Ti Lian Ker membuah hasil. Hudud tidak terlaksana, dia diangkat sebagai Timbalan Menteri dan keluarganya tidak perlu pindah ke luar negara. FAKTA & REALITI RENUNG2 KAN.

bottom of page