top of page

Search Results

178 items found for ""

  • Perubahan Iklim Politik Dunia

    Keputusan pilihanraya umum Itali sedikit mengegarkan dunia Eropah apabila Giorgia Meloni, seorang nasionalis berhaluan paling kanan atau far-right nationalist bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Itali selepas partinya Fratelli d’Italia berjaya memenangi pilihanraya tersebut. Ini adalah kemenangan pertama parti berhaluan “far-right” di Itali semenjak Perang Dunia Kedua. Kemenangan ini berlaku tidak lama selepas parti “far-right” Sweden memenangi undi kedua terbanyak. Kemenangan Sweden Democrats telah menghambat parti berhaluan Sederhana Kiri atau “centre-left” dari kekuasaan dan mencetuskan kemungkinan ideologi “far-right” akan mempunyai peranan penting dalam kerajaan Sweden nanti. Dunia sedang bergerak perlahan-lahan menuju ke arah “far-right” dan nasionalis bangsa ini. Bahkan di Amerika Syarikat, negara yang mengwar-warkan diri mereka sebagai negara liberal juga mula dilanda gerakan “far-right” global dengan radikalisasi Parti Republican. Begitu juga di India semenjak pemerintahan Narenda Modi dan Brazil di bawah Jair Bolsonaro. Modi pantas memanipulasi gerakan anti Islam yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat dan Eropah untuk mencetuskan kebangkitan nasionalis Hindu. Negara-negara koloni British juga mula bercakap mengenai memutuskan hubungan dengan monarki British. Tahun 2021, Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand pernah berkata New Zealand akan menjadi republik dalam jangka hayat beliau. Kematian Queen Elizabeth III mencetuskan semula perdebatan sama ada New Zealand perlu menjadi republik. Paling “stunt” adalah aksi melempar keranda bertulis “RIP British Empire” dekat Dublin yang disertai dengan pekikan slogan “ Get the Brits Out Now!” oleh demonstran. Fahaman nasionalis ini berakar hasil implikasi daripada Perjanjian Westphalia yang memposisikan negara bangsa sebagai sebuah institusi yang mendominasi segala aspek kehidupan manusia. Ia kembali mekar semenjak tahun 2019 lagi. Krisis-krisis yang muncul susulan dari pandemik Covid-19 seperti perang Russia-Ukraine, krisis ekonomi dengan ramalan kemelesetan ekonomi pada tahun depan oleh Bank Dunia, krisis keselamatan makanan, krisis tenaga di Eropah, dan sebagainya menyebabkan masyarakat dunia mula beralih kepada fahaman ini. Malaysia juga nampaknya mula terpalit dengan fenomena atau trend politik global. Pengumuman Menteri Sumber Manusia untuk membawa masuk 10,000 pekerja dari Sri Lanka disambut dengan komen negatif dari netizen. Komen negatif terkait isu imigran ini menunjukkan tanpa sedar kita sebenarnya sedang mendakap erat “far-right nationalism” ini. Bahkan, kutipan pecah panggung filem Mat Kilau mencecah 100 juta ringgit walaupun terdapat pelbagai komen positif dan negatif menunjukkan majoriti rakyat Malaysia khusus orang Melayu sedang dipaut dengan trend kebangkitan nasionalis negara-bangsa ini. Trend ini juga dijangka akan kekal untuk tahun-tahun mendatang jika dilihat dari statistik kadar kelahiran dan kadar kesuburan mengikut etnik di Malaysia.

  • Nama Wakil Rakyat / Ahli Parlimen

    Nantikan Senarai Calon anda di sini.

  • Make Bridges, Not Walls

    One small town's planning is inspiring the globe. Welcome to your blog post. Use this space to connect with your readers and potential customers in a way that’s current and interesting. Think of it as an ongoing conversation where you can share updates about business, trends, news, and more. Design with Ease “Do you have a design in mind for your blog? Whether you prefer a trendy postcard look or you’re going for a more editorial style blog - there’s a stunning layout for everyone.” Every layout comes with the latest social features built in. Readers will be able to easily share posts on social networks like Facebook and Twitter, view how many people have liked a post, made comments and more. With Wix, building your online community has never been easier. Create Relevant Content You’ll be posting loads of engaging content, so be sure to keep your blog organized with Categories that also allow readers to explore more of what interests them. Each category of your blog has its own page that’s fully customizable. Add a catchy title, a brief description and a beautiful image to the category page header to truly make it your own. You can also add tags (#vacation #dream #summer) throughout your posts to reach more people, and help readers search for relevant content. Using hashtags can expand your post reach and help people find the content that matters to them. Go ahead, #hashtag away. Stun Your Readers “Be original, show off your style, and tell your story.” Blogging gives your site a voice, so let your business’ personality shine through. Are you a creative agency? Go wild with original blog posts about recent projects, cool inspirational ideas, or what your company culture is like. Add images, and videos to really spice it up, and pepper it with slang to keep readers interested. Are you a programmer? Stay on the more technical side by offering weekly tips, tricks, and hacks that show off your knowledge of the industry. No matter what type of business you have, one thing is for sure - blogging gives your business the opportunity to be heard in a different and unconventional way. Get Inspired To keep up with all things Wix, including website building tips and interesting articles, head over to the Wix Blog. You may even find yourself inspired to start crafting your own blog, adding unique content, and stunning images and videos. Start creating your own blog now. Good luck!

  • PRU15: SPR tetapkan Hari Mengundi 19 November

    Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov. Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen 14 hari. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya sebentar tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 (Sabtu) sebagai Hari Pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022 (Sabtu) manakala pengundian awal pada 15 November 2022 (Selasa). Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang akhbar sebentar tadi selepas pihaknya mengadakan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR pada pukul 10 pagi bagi menentukan tarikh penting PRU15. Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah. Menurutnya, Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat). PRU15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN. Pelaksanaan pilihan raya itu akan melibatkan peringkat Parlimen di seluruh negara dan negeri yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Untuk rekod, PRU15 diadakan rentetan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu. -variasi-

  • Kemaskini Pemilih

    Pembetulan Maklumat Pemilih Seseorang pemilih yang menyemak dan mendapati kesilapan maklumat peribadinya, boleh memohon untuk pembetulan kepada SPR. Pembetulan maklumat peribadi meliputi maklumat seperti berikut: Nombor kad pengenalan 12 angka; Nombor perkhidmatan tentera/polis; Nombor kad pengenalan lama; Nama; Tarikh Lahir; Jantina; dan Agama Di samping itu, pemilih yang mendapati namanya didaftarkan dalam bahagian pilihan raya yang salah juga boleh memohon pembetulan bahagian pilihan raya dengan SPR. Permohonan pembetulan maklumat pemilih ini boleh dikemukakan melalui kaedah berikut: Mengemukakan TUNTUTAN sekiranya masih dalam tempoh semakan DPT; Aduan bertulis secara e-mel atau surat; Aduan di Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018. Pemotongan Nama Pemilih SPR juga dari semasa ke semasa memotong nama pemilih yang hilang kelayakan iaitu: Disahkan telah meninggal dunia; dan Disahkan telah hilang taraf kewarganegaraan. Tindakan memotong nama pemilih ini adalah berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Penjualan Daftar Pemilih Induk dan Daftar Pemilih Tambahan SPR menyediakan Daftar Pemilih Induk (DPI) dan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) untuk dijual kepada mana-mana pihak yang diluluskan oleh SPR. DPI dan DPT ini boleh dibeli daripada SPR dalam format berikut: Buku; dan Cakera padat (CD) – format Portable Document Format (pdf) atau Microsoft Access (mdb). Kadar harga jualan bagi DPI dan DPT adalah berdasarkan kepada jumlah pemilih dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Selain itu, SPR juga menyediakan Statistik Daftar Pemilih terkini setiap bulan dalam format Portable Document Format (pdf) mengikut negeri dan bahagian pilihan raya seperti berikut: Statistik Daftar Pemilih Mengikut Kategori Pengundi dan Bahagian Pilihan Raya; Statistik Daftar Pemilih Mengikut Jantina dan Bahagian Pilihan Raya; dan Statistik Daftar Pemilih Mengikut Kumpulan Umur dan Bahagian Pilihan Raya. Mana-mana pihak yang berhasrat mendapatkan DPI, DPT dan Statistik Daftar Pemilih boleh mengemukakan permohonan bertulis secara e-mel atau surat kepada: Setiausaha SPR; atau Pengarah Pilihan Raya Negeri. KENYATAAN MEDIA BIL. 30 / 2021 PEWARTAAN TARIKH KUAT KUASA SEKSYEN 3(a) DAN (b) AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019 DAN PINDAAN PERUNDANGAN SUBSIDIARI BERKAITAN PILIHAN RAYA 1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Disember 2021 sebagai P.U.(B) 615/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 2. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 telah diwartakan pada 30 November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan 2 daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958. 3. Justeru itu, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas (2021) dalam masa terdekat. Sekian, terima kasih. DATUK IKMALRUDIN ISHAK Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 2 Disember 2021 / 27 Rabiatulakhir 1442H

  • Punca Kuasa

    SPR melaksanakan fungsi pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih berdasarkan kepada 3 punca kuasa berikut: Perkara 113 dan 119 Perlembagaan Persekutuan; Akta Pilihan Raya 1958; dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Kategori Pemilih Kategori pemilih terbahagi kepada dua iaitu: Pengundi biasa; dan Pengundi tidak hadir. Kategori Pengundi tidak hadir terdiri daripada: Anggota tentera yang berkhidmat secara tetap; Pasangan kepada anggota tentera yang berkhidmat secara tetap; Anggota polis selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; Pasangan kepada polis Pasukan Gerakan Am; Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara; Pasangan kepada penjawat awam yang berkhidmat di luar negara; Pelajar di luar negara secara sepenuh masa; dan Pasangan kepada pelajar di luar negara secara sepenuh masa.

  • MySPR Semak: Semakan Tempat Mengundi PRU 15 spr.gov.my

    Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Mengundi PRU-15 2022 Susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), anda kini boleh membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui tempat mengundi pada PRU yang ke-15. Untuk makluman, Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen. Oleh yang demikian, PRU-15 mesti diadakan sebelum 9 Disember 2022. Melalui semakan daftar memilih, anda boleh membuat persiapan bagi mengetahui tempat dan lokasi mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-15 nanti. 3 Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRU 15 2022 Berikut merupakan cara semakan bagi mengetahui mengundi; Portal MySPR Aplikasi MySPR Hotline SPR Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/ Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak) Masukkan aksara captcha (4 angka) Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut; Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina; Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri. Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut: Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101 Google Play: https://play.google.com/store/apps/details Isikan nombor kad pengenalan 12 angka Masukkan aksara captcha (4 angka) Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut; Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina; Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri. Hotline SPR Hubungi 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK). Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya. Aplikasi ini diharap dapat membantu warganegara Malaysia untuk mencapai maklumat berkaitan urusan pilihan raya yang tepat dan sah secara terus daripada SPR dengan lebih Panduan Permohonan Undi Pos Secara Atas Talian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah melaksanakan perkhidmatan dalam talian (MySPR) bagi memudahkan warganegara Malaysia untuk membuat semakan maklumat pengundian dan permohonan undi pos bagi pengundi yang berada di luar negara (Kategori 1B) Cara memohon undi pos secara online adalah sebagaimana berikut; Daftar Akaun MySPR Layari https://myspr.spr.gov.my/ Daftar Akaun MySPR Aktifkan akaun pengguna Mohon Undi Pos Log masuk akaun MySPR Klik Permohonan Undi Pos Klik Borang Permohonan dan pilih kategori “Pengundi Luar Negara” Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dan hantar permohonan Pemohon akan menerima status permohonan (diluluskan/ditolak) melalui emel selepas permohonan diproses Tarikh PRU 15 Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dijangkakan SPR akan membuat pengumuman rasmi dari semasa ke semasa. Jika menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen iaitu sebelum 9 Disember 2022. Ramai penganalisis dan ahli politik menjangkakan berkemungkinan pada pertengahan atau hujung November 2022. Melalui tarikh jangkaan ini, anda boleh membuat persiapan untuk pulang mengundi bagi yang berada di luar kawasan tempat tinggal anda kini. Info Lanjut dan Pertanyaan Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my. FAQ Soalan Lazim Bagaimana Cara Semakan Daftar Pemilih PRU 15?1. Portal https://mysprsemak.spr.gov.my/ 2. Apliaski MySPR 3. Hotline 03-88927018 Bagaimana Cara Permohonan Undi Pos Secara Online?Melalui portal MySPR Bilakah Tarikh Pembubaran Parlimen 2022?10 Oktober 2022 Bilakah Tarikh Mengundi PRU 15?Akan diumumkan oleh SPR dari semasa ke semasa Apakah Nombor Talian Hotline SPR?+603-8892 7018

  • Jumlah Kerusi Parlimen Dan DUN Seluruh Negeri

    Berikut dikongsikan senarai jumlah Kerusi DUN – Dewan Undangan Negeridan dan Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Keseluruhannya terdapat 222 kerusi Parlimen 576 kerusi DUN Untuk memudahkan semua, senarai negeri dibahagikan kepada zon. Zon Utara merangkumi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Zon Tengah adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Selangor. Zon Selatan merangkumi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kelantan, Terengganu dan Pahang terletak di Zon Timur. Dua buah negeri terbesar di Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak terletak di Malaysia Timur.

  • Pendaftaran pemilih baharu

    Mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik. Berdasarkan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih baharu adalah: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur 18 tahun dan ke atas; (c) Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (mempunyai alamat kediaman yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara); dan (d) Tidak hilang kelayakan berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan. Takrifan hilang kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah: (a) pada tarikh kelayakan, ditahan sebagai orang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau (b) sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarkh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu. SPR mendaftarkan warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak hilang kelayakan ini berdasarkan pengesahan kewarganegaraan dan maklumat peribadi yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara termasuklah maklumat alamat mastautin. Penetapan bahagian pilihan raya bagi seseorang pemilih adalah berdasarkan kepada alamat mastautin terkini di Jabatan Pendaftaran Negara. Warganegara yang didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik akan diperaku dalam daftar pemilih tambahan setiap bulan sebelum layak untuk mengundi dalam suatu pilihan raya umum atau kecil. Pertukaran Bahagian Pilihan Raya Seseorang pemilih yang telah berpindah tempat mastautin dan berhasrat menukar bahagian pilihan rayanya boleh memohon pertukaran bahagian pilihan raya. Pemilih hendaklah terlebih dahulu mengemaskini alamat mastatutin mereka di Jabatan Pendaftaran Negara. Permohonan pertukaran bahagian pilihan raya boleh dikemukakan melalui saluran berikut: Secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; Ibu Pejabat SPR; Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara; Pejabat Pos di seluruh negara; dan Program Outreach SPR. Semua permohonan pertukaran bahagian pilihan raya yang diterima melalui Borang A akan diproses dan disemak sebelum pemilih diperaku untuk melayakkannya mengundi dalam bahagian pilihan raya yang baru dalam suatu pilihan raya umum atau kecil. Pertukaran Status / Kategori Pengundi Seseorang pemilih yang telah didaftarkan sebagai pemilih di bawah kategori pengundi biasa boleh memohon menukar status / kategori pengundi kepada pengundi tidak hadir sekiranya pemilih termasuk dalam salah satu daripada kategori berikut: Anggota tentera yang berkhidmat secara tetap; Pasangan kepada anggota tentera yang berkhidmat secara tetap; Anggota polis selain anggota Pasukan Polis Sukarelawan Simpanan; Pasangan kepada polis Pasukan Gerakan Am; Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara; Pasangan kepada penjawat awam yang berkhidmat di luar negara; Pelajar yang belajar di luar negara secara sepenuh masa; atau Pasangan kepada pelajar yang belajar di luar negara secara sepenuh masa. Mana-mana orang daripada 8 kategori di atas yang telah menamatkan perkhidmatan atau telah kembali ke Malaysia hendaklah memohon semula pertukaran status / kategori pengundi untuk didaftarkan di bawah kategori pengundi biasa. Permohonan pertukaran status / kategori pengundi boleh dikemukakan melalui saluran berikut: Secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my; Ibu Pejabat SPR; Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara; Pejabat Pos di seluruh negara; atau Program Outreach SPR. Semua permohonan pertukaran status / kategori pengundi akan diterima melalui Borang A akan diproses dan disemak sebelum pemilih diperaku untuk melayakkannya mengundi sama ada sebagai pengundi biasa atau pengundi awal / pos dalam suatu pilihan raya umum atau kecil. Pemerakuan dan Pewartaan Daftar Pemilih Tambahan SPR memperaku dan mewartakan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) setiap bulan. DPT ini mengandungi- Nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan sebagai pemilih baharu secara automatik; Nama pemilih yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya; dan Nama pemilih yang memohon pertukaran status / kategori pengundi. Notis pemerakuan DPT ini diwartakan melalui Warta Kerajaan dan boleh dicapai di Portal Jabatan Peguam Negara iaitu https://lom.agc.gov.my/ Semakan Daftar Pemilih Tambahan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang telah diperaku dan diwartakan ini terbuka untuk semakan selama 30 hari mulai dari tarikh pewartaan notis pemerakuan DPT. Semakan ini boleh dibuat melalui 4 kaedah berikut: Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my; Aplikasi mudah alih MySPR Semak; Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018. Dalam tempoh semakan ini, mana-mana pihak yang layak boleh mengemukakan TUNTUTAN atau BANTAHAN melalui kaedah yang ditetapkan oleh SPR. Tuntutan Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas, pemilih yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dan pertukaran status / kategori pengundi yang mendapati namanya tiada dalam DPT yang terbuka untuk semakan boleh mengemukakan TUNTUTAN. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT yang terbuka untuk semakan mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan bahagian pilihan raya juga boleh mengemukakan TUNTUTAN. TUNTUTAN boleh dikemukakan melalui Borang C boleh dikemukakan melalui kaedah berikut: Secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; atau Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Bantahan Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya. Kelayakan Pembantah: Pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya; Membantah sehingga maksimum 20 orang pemilih dalam bahagian pilihan raya yang sama; Membayar fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB); dan Hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D serta bayaran fi.

bottom of page