top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 168) Kisah benar rakyat : Saiful dengan gaji minima RM1,500 tanggung 6 orang anak

    Oleh : Ikaz KUALA LUMPUR, 1 Disember – Usai kisah kemelut politik tanah air, kini rakyat Malaysia kembali berpijak di dunia nyata. Kembali kepada realiti kehidupan. Masalah kehidupan seharian iaitu pendapatan yang tidak mencukupi khususnya bagi warga kota. Kisah ingin dipaparkan kali ini berkaitan En. Saiful (nama panggilan Epol) merupakan seorang bapa berumur 45 tahun. Mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan 6 orang anak dalam lingkungan umur 8 bulan hingga 21 tahun. Tinggal di Sg Tangkas, Bangi, Selangor. Namun bekerja di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Epol bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di MB Sahi Multipool Holding (M) Sdn Bhd beralamat Menara Uncang Emas, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Beliau diberi gaji sebanyak RM1,500 sebulan tanpa potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tanpa potongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Epol berulang alik dari Sg Tangkas, Bangi ke pejabat di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur lebih kurang 35km sehala setiap hari selama 2 tahun hingga kini dengan menaiki motorsikal. Ada kala menaiki LRT apabila motorsikalnya rosak. Dengan berbekal gaji RM1,500 sebulan dan menanggung seorang isteri serta 6 orang anak-anak, bagaimanakah agaknya kehidupannya? Gaji 1,500 ditolak makan minum dan perbelanjaan anak-anak, apa yang tinggal? Masih relevankah gaji minimum RM1,500 mengikut Perintah Gaji Minimum 2022 yang telah diwartakan Kerajaan Persekutuan pada 27 April 2022 di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ? Sebagai penggubal undang-undang, apakah tindakan Yang Berhormat (YB) yang dilantik bagi menyuarakan masalah rakyat? Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia (sebelum ini) bagi membela nasib rakyat seperti ini? Saya yakin, kisah Epol merupakan salah seorang daripada jutaan kisah warga kota yang tinggal dan hidup di Lembah Klang. Jika RM1,500 itu adalah nilai yang sangat sukar untuk kehidupan seorang individu di Lembang Klang, apatah lagi kehidupan seorang bapa dengan menanggung seorang isteri dan 6 orang anak-anak? 8 mulut perlu disuap makan dengan nilai RM1,500 itu. Logik kah? Walaupun Epol sepatutnya dikategorikan di bawah B40. Beliau tidak layak menerima Bantuan Rakyat Malaysia (BRIM) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ini dinyatakan sendiri oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Maka apakah nasib Epol dan keluarganya? Adakah kesalahan perlu diletakkan ke atas LHDN? Bagi penulis, ini bukan masa untuk menunding jari kesalahan kepada mana-mana pihak. Tetapi lebih kepada mencari jalan penyelesaian. Bagaimanakah keluarga seperti Epol boleh dibantu meneruskan kehidupan dengan pendapatan yang mencukupi? Oleh itu, saya paparkan kisah ini kepada masyarakat umum semoga mendapat perhatian pucuk pimpinan negara khususnya Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim. YAB Perdana Menteri, moga dapat memahami, bahawa berjuta lagi rakyat Malaysia yang mengalami kehidupan seperti Epol ini. Mohon bantulah mereka ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu Epol dan keluarganya baik dengan wang ringgit atau peluang kerja yang lebih baik, boleh salurkan maklumat kepada emel masterzaki@gmail.com. Moga dengan suara ramai kita dapat bantu sesama kita. Insya Allah.

  • 166) Rasional mohon ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan penggunaan hampir RM6 Billion

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 29 November – Pada 26 November iaitu Sabtu lepas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat Sidang Akhbar berkaitan permohonan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry – RCI) berkaitan salah guna wang lebih kurang RM6 Billion dana urusan vaksin. Usai sidang media tersebut, satu kenyataan media dikeluarkan PPIM dengan memaklumkan hal berikut :- 1. PPIM telah menerima beberapa aduan yang tak masuk akal berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan untuk menangani isu COVID-19 baru-baru ini; 2. Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat serius kerana melibatkan jumlah yang sangat besar; 3. PPIM bersama beberapa NGO lain mendesak kerajaan pusat yang baharu untuk menyiasat perkara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan tersebut. Memetik kenyataan dari web Malaysia Kini yang diterbitkan pada 12 April 2021 di pautan https://www.malaysiakini.com/news/570438 “Kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. "Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.” Sebab Pertama RCI perlu ditubuhkan : Peningkatan bajet daripada RM3 Billion kepada RM5.8 Billion Umum mengetahui bahawa isu yang dibincangkan di sini adalah melibatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau dipanggil ‘PICK’. Pada awal penubuhan PICK, bajet yang diperuntukan hanya sekitar RM3 Billion sahaja. Namun ia meningkat menjadi RM5.8 Billion. Sebab Kedua RCI perlu ditubuhkan : Penggunaan Wang Amanah daripada generasi akan datang secara tidak wajar Bukan peningkatan kos sahaja yang dipersoalkan namun sumber kewangan tersebut diperolehi dari Kumpulan Wang Amanah Negara atau disebut KWAN. Apakah dia KWAN? Ia dijelaskan sendiri oleh mantan Menteri Kewangan Tengku Zafrul dalam satu artikel Harian Metro yang dapat dibaca di pautan berikut :- https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/10/765961/kerajaan-akan-bina-semula-dana-kwan-apabila-ekonomi-pulih "KWAN ditubuhkan pada tahun 1988, kira-kira 30 tahun lepas untuk generasi akan datang. Kalau bukan generasi sekarang, jadi generasi mana lagi? Pada masa ditubuhkan, kita berbalah. Menyimpan ini untuk apabila keadaan sukar. "Saya percaya bahawa pandemik Covid-19 ini salah satu situasi yang amat sukar bagi negara dan global. Yang penting kita gunakannya untuk tujuan yang betul. Apabila ekonomi kembali pulih, kita akan membina semula KWAN yang kita gunakan untuk rakyat.” Dengan kata lain, wang yang digunakan untuk program PICK ini merupakan wang yang disimpan untuk generasi akan datang iaitu cucu cicit kita di masa hadapan. Namun wang sebanyak RM5 Billion daripada simpanan anak cucu cicit kita telah digunakan secara tidak wajar. Semakan fakta kes berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen – Laporan PAC Bagi menghuraikan mengenai perkara ini, PPIM telah menyemak Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Keempat Belas dari Arkib 2021 di laman web Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen di link https://www.parlimen.gov.my/pac/laporan-mesyuarat-pac.html?arkib=yes&year=2021&id=66 Tajuk: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Keempat Belas, DR.15 Tahun 2021, Dewan Rakyat Yang Keempat Belas, Penggal Ketiga – Berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Pengunaannya Terhadap Rakyat Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF). Merujuk muka surat 31, Laporan PAC tersebut di atas, di bawah perenggan “5.4.3 Peruntukan PICK Peruntukan PICK telah meningkat kepada RM5.8 bilion, berbanding anggaran asal RM3 bilion dalam Belanjawan 2021. i. YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar [Menteri MOSTI] dalam prosiding Bil. 1 (b)/2021 bertarikh 27 Julai 2021 menjelaskan bahawa melalui Belanjawan 2021, peruntukan PICK ialah RM3 bilion. Walau bagaimanapun berlaku penambahan dalam peruntukan sejumlah RM2 bilion dalam Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM800 juta. Ini menjadikan jumlah peruntukan telah meningkat daripada RM3 bilion kepada RM5.8 bilion.” Merujuk muka surat 31, Laporan PAC tersebut:- “ii. YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon [KSP] dalam prosiding Bil.1(c)/2021 bertarikh 28 Julai 2021 menjelaskan sebanyak RM3.9 bilion diperuntukkan untuk pembelian vaksin, manakala RM1.9 bilion bagi program PICK. Pecahan peruntukan bagi perolehan vaksin dan pelaksanaan PICK yang telah diluluskan adalah seperti di Jadual 2.” Merujuk muka surat 34, Laporan PAC tersebut:- “5.4.4 Sumber Peruntukan PICK YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar [Menteri MOSTI] dalam prosiding Bil. 1(b)/2021 bertarikh 27 Julai 2021, memaklumkan bahawa pembiayaan PICK adalah daripada dana KWAN dan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC). 5.4.5 Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) i. YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon [KSP] dalam prosiding Bil. 1(c)/2021 bertarikh 28 Julai 2021 menjelaskan bahawa semasa pembentangan Belanjawan 2021, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Walau bagaimanapun, keperluan tunai RM3 bilion tersebut tidak diperuntukkan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021. Selepas melihat semula kedudukan kewangan kerajaan, keperluan kerajaan membantu rakyat dan kelangsungan perniagaan dalam keadaan ketidaktentuan hasil serta ruang fiskal yang terhad, kerajaan telah mencadangkan penggunaan dana KWAN sebanyak RM5 bilion untuk menampung keperluan perolehan vaksin dan PICK.” Kesemua fakta yang diutarakan di atas harus disiasat secara terperinci mengenai penggunaan setiap sen Wang Amanah daripada anak cucu cicit kita yang telah digunakan. Menurut PPIM dan beberapa NGO lain amat mendesak kerajaan hari ini di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian sepenuhnya mengenai hal ini. Seterusnya dapat mengarahkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai ketirisan atau penyalahgunaan wang yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Ini bagi menjamin kelestarian wang amanah untuk generasi akan datang yang telah digunakan sewenang-wenangnya tanpa dihuraikan kepada rakyat Malaysia tentang kewajaran perbelanjaan tersebut.

  • 165) TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI KE-10 DAN RAKYAT MALAYSIA SERTA PERINGATAN UNTUK SEMUA

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 25 November – Usai pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebagaimana memetik kenyataan Istana Negara pada 24 November 2022 "Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.” Umpama peribahasa, “Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat”. Maka tamatlah episod ketidaktentuan dunia politik tanah air pasca Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terlebih dahulu mengucapkan “Tahniah” dan “Selamat Melaksanakan Amanah” kepada Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10. Ucapan “Tahniah” juga harus diberikan kepada rakyat jelata khususnya para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab dalam PRU15 pada Sabtu lepas. Ini kerana mereka telah menuruti segala yang tercatat sebagai 5 Prinsip Rukunegara iaitu:- 1. Kepercayaan Kepada Tuhan 2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-Undang 5. Kesopanan Dan Kesusilaan Tidak kira apa bangsa, semua rakyat Malaysia percaya kepada Tuhan dan bebas menjalankan amalan agama masing-masing. Disebabkan kepatuhan kepada agama maka mereka juga patuh kepada tonggak negara iaitu Raja, Sultan ataupun Yang Dipertuan Agong. Setelah tangungjawab sebagai pengundi terlaksana dalam PRU15 pada Sabtu lepas, negara masih belum mempunyai kerajaan dan Perdana Menteri sehinggalah hari Khamis 24 November 2022. Ketika itu seluruh rakyat jelata menyerahkan kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang seterusnya keputusan memilih Perdana Menteri diserahkan kepada kebijaksaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Dalam proses yang memakan masa sekitar 5 hari itu, seluruh rakyat Malaysia seramai 32.7 juta orang terus tekun dan sabar dengan prinsip kelima Rukunegara iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Hanya segelintir orang yang tidak menjiwai Prinsip Rukunegara ini telah diambil tindakan kerana melampaui undang-undang. Justeru itu, PPIM mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang tekun dan sabar menanti daripada hari pengundian sehingga pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10. Kata peribahasa, “Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.” Ia sangat bertepatan dengan tema ‘Kerajaan Perpaduan’ yang mana seluruh rakyat Malaysia telah bersatu-padu dalam melaksanakan amanah sebagai pengundi dan bersabar menunggu pemilihan Perdana Menteri. Kendatipun begitu, PPIM mengingatkan kepada seluruh kepimpinan kerajaan baharu yang dilantik dan peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang ‘Kontrak Sosial’ di bumi Malaysia. PERINGATAN TENTANG KONTRAK SOSIAL Mungkin ada yang cakna mengenai hal ini dan mungkin juga ada yang masih tidak faham mengenainya. Kontrak sosial bukanlah seperti perjanjian kontrak bertulis yang biasa kita lihat. Namun ia adalah satu ikatan perjanjian dari hati ke hati oleh datuk nenek moyang kita sewaktu Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu dilahirkan. Diringkaskan, dahulu pendatang atau pekerja asing Cina dari Tanah Besar China dan India dibawa masuk oleh penjajah ke Tanah Melayu. Di Tanah Melayu itu sendiri sememangnya telah dihuni oleh masyarakat Melayu, orang asal peribumi Tanah Melayu (kini dipanggil Orang Asli) dan penduduk asal Sabah serta Sarawak. Kontrak sosial berlaku apabila masyrakat Melayu melalui pemerintahnya ketika itu memberi taraf warganegara Malaysia kepada pendatang Cina dan India. Oleh kerana masyarakat Melayu, orang asal peribumi dan penduduk Sabah serta Sarawak telah MEMBERIKAN KEISTIMEWAAN tersebut kepada pendatang Cina dan India sebagai warganegara Malaysia, maka mereka juga telah membalas keistimewaan tersebut dengan bekerja dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan serta lain-lain pekerjaan BAGI TUJUAN memakmurkan ekonomi Malaysia. Disebabkan KONTRAK SOSIAL tersebut telah berlaku puluhan tahun dahulu, maka Malaysia kini terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan agama dan adat namun masih bersatu-padu membina negara Malaysia tercinta. Namun begitu, prinsip tolak ansur dalam Kontrak Sosial kini telah semakin terhakis. Ada sebilangan masyarakat Cina dan India yang mungkin tidak memahami konsep Kontrak Sosial, telah menuntut kesamaan hak dalam segala hal di Malaysia yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu. PERINGATAN KEPADA SEMUA Oleh yang demikian, PPIM INGIN MENYERU DAN MENGINGATKAN kepada semua pihak agar tidak melakukan perkara-perkara yang telah terjadi sebelum ini demi menjamin Kontrak Sosial yang berkekalan. Perkara-perkara yang ditegaskan supaya TIDAK DIUSIK oleh sesiapa pun adalah:- 1. Hak keistimewaan orang Melayu (termasuk orang asal peribumi) dan penduduk asal Sabah serta Sarawak. Ia dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut :- “Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.” 1.1 Tidak kira apa pun alasan, kaum Cina dan India tidak boleh mempersoalkan atau menidakkan atau menghalang daripada kaum Melayu, peribumi serta penduduk Sabah dan Sarawak mendapat keistimewaan yang terjamin melalui Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Ia termasuklah kuota untuk masuk ke perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam. Juga permit dan lesen yang dikhususkan untuk kaum tersebut. 1.2 Bangsa Melayu dan peribumi juga serta penduduk Sabah dan Sarawak perlu dibantu dari segala segi bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) atau gerai-gerai serta tapak untuk perniagaan kerana ia merupakan salah satu perkara dalam Hak keistimewaan orang Melayu (termasuk orang asal peribumi) dan penduduk asal Sabah serta Sarawak. 2. Hak agama Islam sebagai agama Persekutuan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. 2.1 Ini bermaksud tiada sesiapa pun boleh menghalang segala urusan berkaitan agama Islam kerana Ketua Agama Islam adalah Yang Dipertuan Agong dan Sultan serta Raja-Raja Melayu di setiap negeri. 2.2 Sebagai contoh, tulisan jawi yang sinonim dengan ajaran Islam tidak boleh disekat walau apa cara sekalipun kecuali dengan perintah dan arahan Yang Dipertuan Agong dan Sultan serta Raja-Raja Melayu di setiap negeri. 2.3 Laungan Azan pada setiap waktu solat juga tidak boleh disekat oleh mana-mana pihak sekalipun. 2.4 Segala urusan tadbir hal-hal agama Islam termasuk pengurusan aset seperti aset Tabung Haji atau lain-lain agensi berkaitan Islam harus diurus tadbir oleh orang Islam sendiri. 2.5 Seperti pengurusan Tabung Zakat, ia hanya eksklusif untuk kegunaan masyarakat Islam sahaja dan bangsa agama lain tidak boleh menggunakan peruntukan zakat tersebut. Justeru itu, dalam tema ‘Kerajaan Perpaduan’ biarlah rakyat Malaysia juga bersatu-padu dalam mendokong Kontrak Sosial agar dapat dinikmati sehingga anak cucu kita. Oleh itu, PPIM berharap agar pucuk pimpinan pemerintah ‘Kerajaan Perpaduan’ iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10 dapat menjamin segala hal yang tertulis di atas dipatuhi. HARAPAN UNTUK MENURUNKAN KOS BARANGAN DAN KOS SARA HIDUP Selaku Badan Bukan Kerajaan (NGO), PPIM juga berharap agar Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjamin kelangsungan hidup rakyat dengan menurunkan kos inflasi yang tinggi ketika ini dan menuruskan kos sara hidup rakyat terutama harga makanan. Umum mengetahui bahawa nilai pasaran saham mencanak naik apabila nama Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Namun rakyat marhaen kebanyakannya tidak kisah tentang harga saham. Yang menjadi perhatian mereka, “Kenapa telur tiada ? Kenapa harga minyak masak mahal? Kenapa harga ayam dan daging mahal?” Hal-hal barang dapur dan harga makanan yang meningkat naik ini seharusnya menjadi perhatian utama Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. Bak kata pepatah, “Bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan.” Semoga Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jaya selaras dengan sebuah hadis, Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.” (HR Muslim No: 3408) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) -Tamat-

  • 164) Kenyataan Media - Muhammad Zaki Omar

    Kenyataan Media Mumammad Zaki Omar berkenaan tuduhan mempertahankan penderaan dan pengabaian Bainun ke atas remaja OKU Adik Bella (18 November 2022)

  • 163) SOP Mengundi - Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu mengundi (Do & Don'ts)

    Salam Sejahtera, peringatan mesra kepada para pengundi esok : 1) Sila bawa kad pengenalan & pen 2) Mohon pakai pelitup muka dengan cara yang betul 3) Jaga jarak anda dengan yang lain. Tiada dewan / kelas / saluran khas untuk pengundi positif covid. Semua mengundi di saluran dan tempat yg sama. 4) Sanitize tangan sebelum & selepas celup dakwat (Dakwat tu dikongsi bagi semua masyarakat - pesakit covid positif & orang awam ) 5) Selepas Mengundi , pulang ke rumah Dan bersihkan diri Selamat Mengundi 😇 #kitajagakita Dokumen yang perlu dibawa semasa mengundi 10 langkah pengundian PRU 15 Larangan penggunaan telefon bimbit di pusat mengundi

  • 162) PRU15: Tiada pengundian esok di Parlimen Padang Serai – SPR

    Sumber : Sinar Harian PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Proses pengundian Parlimen Padang Serai yang sepatutnya berjalan sekali dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ditangguhkan susulan kematian salah seorang calon yang bertanding. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat khas menetapkan hari pengundian Parlimen itu pada 7 Disember. "Tarikh penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai adalah 24 November manakala undi awal pula 3 Disember," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Menurutnya, tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 24 November sehingga jam 11.59 malam, 6 Disember. "Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka daripada hari ini (Jumaat) dan ditutup pada 22 November," katanya. Beliau berkata, Pegawai Daerah Kulim Datuk Abdul Bari Abdullah dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan dibantu oleh enam penolong pengurus. "Bagi tujuan pemantauan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR akan menubuhkan dua pasukan penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)," katanya. Abdul Ghani berkata, Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU). "Calon-calon yang layak sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi. "Bakal calon baharu yang ingin bertanding hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon," katanya. Ujarnya, seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya itu. "Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi atau saluran," katanya. Tambah Abdul Ghani, SPR akan menggunakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemaskini sehingga 9 Oktober. "Seramai 133,867 orang pemilih yang terdiri daripada 133,776 orang pengundi biasa, 76 polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara," katanya. Menurut beliau, DPPR Padang Serai akan mula dijual pada 23 November. "Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak," katanya. Calon PH, M Karupaiya, 69, dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah jam 2.27 petang Rabu. Pada PRU14, Karupaiya yang juga bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Pegawai Waran 1 memperoleh 31,724 undi dan menewaskan calon daripada Pas dan BN dengan dengan majoriti 8,813 undi. Parlimen Padang Serai menyaksikan persaingan enam penjuru dengan calon dari BN, Datuk Sivaraj Chandran, Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Amanda AK dari Bebas dalam PRU15, Sabtu ini. Sumber : Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/231999/berita/nasional/pru15-pengundian-parlimen-padang-serai-ditangguh-7-disember

  • 161) 3 PERKARA PENTING YANG RAKYAT PERLU LIHAT SEBELUM MENGUNDI ( 1 SURAT 3 VIDEO )

    1) SURAT TERBUKA KEPADA KHAIRY JAMALUDIN 2) WHY KJ MUST GO VIDEO 3) SAMAN PPIM TERHADAP KKM 4) WAJIB DENGAR PESANAN INI SEBELUM MENGUNDI 5) ADUAN RASMI

  • 160) “64 tahun kena tipu dengan kerajaan pusat, isu pendidikan tidak pernah selesai” - Cikgu Izzat

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 18 NOV- Cikgu Izzat Johari yang merupakan calon Parlimen P.077 Tanjong Malim yang disokong Persatuan Pengguna Islam (PPIM) telah dijemput sebagai panel dalam wacana mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dianjurkan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Ia disiarkan secara ‘Live online’ Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM pada Ahad, 14 November 2022 bermula jam 12.00 tengah hari. Tema program bertajuk, “Antara hidup dan mati, jangan salah undi.” Antara isu yang menjadi perhatian Cikgu Izzat adalah mengenai isu pendidikan. Katanya, “64 tahun kena tipu buta-buta dengan kerajaan pusat. Isu pendidikan tak pernah diselesaikan. Kenapa?” Cikgu Izzat menjelaskan berlaku masalah rasuah dalam pengurusan pendidikan sehingga ada sekolah yang tiada syarat sah menduduki (dulu dipanggil CF kini dipanggil ‘Certificate of Completion and Compliance’ -CCC) masih beroperasi. “Tiada CF tapi bangunan sekolah diguna pakai operasi sekolah macam biasa. Itu kita tengok bangunan sekolah runtuh, bumbung runtuh. Itu saya tak citer lagi pasal kuaters guru. Itu saya tak citer lagi kelengkapan murid ke sekolah,” kata Cikgu Izzat. Tambahnya lagi, “Mengenai sistem solar di Sabah dan Sarawak anda telah ditipu selama 64 tahun kerana semua nak gunakan alasan Sabah Sarawak. Tetapi isu pendidikan tidak pernah selesai.” Mengenai isu pengusaha kantin sekolah pula, Cikgu Izzat menyatakan bahawa mereka terbeban dengan harga jualan yang dikenakan sangat rendah menyebabkan pengusaha kantin tertekan dan tidak boleh menjana keuntungan. Sebagai contoh harga minima di pasaran nasi sepinggan adalah RM5.00 tetapi pengusaha kantin terpaksa menjual dengan harga RM2.00 untuk sepinggan nasi goreng. Manakala berkaitan isu telur yang kurang di pasaran pada masa kini, Cikgu Izzat yang juga seorang aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyatakan bahawa beliau telah berjumpa dengan wakil kementerian berkaitan 2 minggu sebelum isu tersebut terjadi. Namun tiada usaha dilakukan oleh kementerian berkaitan. “2 minggu sebelum isu telur terjadi, kami telah beritahu kepada kementerian berkaitan. Satu tindakan pun tak buat. Isu telur. Memang tiada telur punya menteri,” kata Cikgu Izzat. Untuk video penuh sila klik :- https://www.facebook.com/ppim.official/videos/543917750850543

  • 159) “Nak jadi pemimpin perlu berani berhadapan, kenapa KJ lari ?” - Datuk Nazilah Idris

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 18 NOV- Datuk Nazilah Idris yang merupakan Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor telah dijemput sebagai panel dalam wacana mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dianjurkan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Ia disiarkan secara ‘Live online’ Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM pada Khamis, 17 November 2022 bermula jam 9.00 malam. Tema program bertajuk, “Antara hidup dan mati, jangan salah undi.” Ketika membincangkan mengenai isu vaksin dan hal berkaitan mangsa yang terkesan dengan vaksin COVID19, Datuk Nazilah telah menasihati YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan calon Parlimen Sungai Buloh supaya menjadi pemimpin yang berani berhadapan dengan masalah. Seterusnya beliau hairan kenapakah KJ melarikan diri daripada masalah yang diajukan oleh PPIM? Datuk Nazilah berkata, “Sebenarnya kalau nak jadi pemimpin perlu berani berhadapan, jadi kenapa KJ lari? Saya nak pesan kepada KJ. KJ kena jawab dengan bijak dan jawab sebelum PRU15 ini.” Toqqi PPIM yang juga bersama dalam program wacana tersebut menambah, “Dah 2 tahun kita minta jawapan dia tak bagi.” Untuk video penuh sila klik :- https://www.facebook.com/ppim.official/videos/699014274686706

  • 158) PPIM Saman KJ & KKM

    KUALA LUMPUR, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato’ Nadzim Johan bersama 56 NGO menuntut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjawab isu-isu yang menghimpit dan menekan rakyat Malaysia dalam isu vaksin COVID-19. Dalam satu surat terbuka yang dikeluarkan, Dato’ Nadzim Johan yang lebih dikenali sebagai Toqqi menyatakan bahawa, secara fakta, terlampau ramai rakyat yang telah menjadi mangsa terkesan dari suntikan vaksin COVID-19. Kesan ini bukan hanya kesan sampingan yang ringan tetapi kesan sampingan yang serius/teruk, termasuk kematian. “Setelah program PICK berjalan, terbukti bahawa individu yang mendapat suntikan COVID-19 juga dijangkiti penyakit COVID-19. Kenyataan ini menunjukkan KKM telah sedia maklum bahawa rakyat Malaysia yang mendapat suntikan COVID-19 akan tetap mendapat jangkitan COVID-19. Ini menunjukkan satu penipuan oleh pihak pengeluar vaksin, KKM dan Kerajaan,” demikian antara kenyataan dalam surat terbuka tersebut. Kata Toqqi lagi, baru-baru ini YB KJ telah menasihatkan warga tertentu untuk mengambil dos keempat. Terlihat seolah-olah di masa hadapan akan ada arahan untuk semua rakyat Malaysia mengambil dos seterusnya. Hakikatnya ialah mereka yang diberi vaksin terus dijangkiti COVID-19 dan akan mengalami kesan Adverse Events Following Immunization (AEFI) dan juga kematian. Selain itu, surat terbuka itu turut menyentuh mengenai data vaksinasi dari Pfizer yang diarahkan keluar oleh Mahkamah Northern District of Texas Amerika Syarikat pada 22 Februari 2021. “Laporan 3 bulan pertama Disember 2020 – Februari 2021. Seramai 46,000 yang telah lengkap divaksin, 42,000 mendapat kesan AEFI sementara 1,200 meninggal dunia (2.6%). Dalam laporan yang sama juga mendedahkan terdapat 1,291 penyakit berkaitan dengan vaksin Pfizer.” “Walaupun laporan pendedahan ini telah dibuat pada 22hb Februari 2021 dan merupakan Public Domain yang boleh diakses oleh sesiapa, kenapa KKM Kerajaan Malaysia masih tidak menghentikan pengambilan vaksin,” soal Toqqi. Berikutan itu, Toqqi menegaskan bahawa “YB bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat di atas penipuan dan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia memandang serius perkara ini dan memohon pihak YB memberi penjelasan segera.” - Samudera

bottom of page