top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 144) “KJ diberi masa 48 jam untuk menjawab Surat Terbuka,” – Toqqi PPIM

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 18 NOV- YB Khairy Jamaluddin (KJ) diberi masa 48 jam untuk menjawab Surat Terbuka bertarikh 16 November 2022 daripada Netizen-netizen, NGO-NGO & Rakyat Malaysia. Video mengenai perkara tersebut dipaparkan di bawah :-

  • 143) PRU15: Tiada laluan khas Covid-19 di pusat mengundi - KJ (Sinar Harian)

    KUALA SELANGOR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akur keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung ketiadaan laluan khas pembuangan undi bagi individu positif Covid-19 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beberapa peringkat perbincangan diadakan antara kementeriannya dan SPR sebelum ini. "Kita tidak boleh ada laluan khas untuk pesakit positif Covid-19," katanya pada sidang akhbar ketika menjawab mengenai kegelisahan pengundi tentang kemungkinan terpaksa membuang undi dengan mereka dijangkiti virus itu. Khairy sebelum itu hadir pada Program Selangkah ke Menara Gading dan Townhall Ikon Malaysia bersama Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam di sini pada Rabu. Menurut Khairy, laluan khas itu tidak dilaksanakan kerana mengambil kira beberapa kekangan antaranya sumber, ruang dan tenaga kerja. Sebelum ini, KKM telah menggariskan langkah-langkah untuk pesakit Covid-19 mengundi, namun tidak disebut mengenai aliran segera, lorong atau zon mengundi di dalam pusat. Keperluan digariskan termasuk penutupan wajib bagi pengundi yang dijangkiti Covid-19 apabila membuang undi di pusat mengundi. Kementerian juga menggesa pengundi lain supaya memakai topeng ketika berada di pusat mengundi dan di kawasan sesak. Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing untuk keluar mengundi. Pengundi ini juga mesti pulang terus ke rumah untuk meneruskan kuarantin mereka selepas membuang undi. Sumber : Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/231623/khas/covid-19/pru15-tiada-laluan-khas-covid-19-di-pusat-mengundi---kj

  • 142) KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19 (Sinar Harian)

    SHAH ALAM - Sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya menteri yang bertanggungjawab ke atas program vaksinasi negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mendakwa menjadi mangsa kepada kesan sampingan akibat vaksin Covid-19. Kumpulan seramai 44 orang mangsa itu yang diwakili firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co turun memfailkan saman terhadap Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tiga pengeluar vaksin Covid-19 iaitu Pfizer, Astrazeneca dan Pharmaniaga. Peguam firma guaman Shahrin Satheer Kamal & Co, Muhammad Shahrin Satheer berkata, kumpulan tersebut mendakwa KKM memberi satu deklarasi tidak sah dan merupakan suatu persetujuan yang dipaksa oleh pihak defendan untuk mengelakkan mereka diambil tindakan akibat daripada kesan sampingan teruk akibat suntikan vaksin Covid-19. "Selain itu, mereka turut menuntut defendan bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin Covid-19 terhadap plaintif telah memberikan kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian. "Anak guam kami menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas yang perlu dibayar defenden kepada plaintif akibat daripada kesan sampingan teruk suntikan Covid-19 yang telah menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi-komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa yang ditanggung plaintif-plaintif," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Beliau berkata, ketiadaan bukti vaksin yang pernah diuji secara klinikal sebelum digunakan terhadap pengguna juga menjadi antara asas tuntutan saman tersebut. "Mereka menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dalam keadaan mana laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan Covid-19 mengekang transmisi penyebaran wabak Covid-19 perlu dikeluarkan oleh defendan. "Plaintif juga menuntut sebuah injunksi interim untuk menghalang defendan daripada memberikan secara meluas vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan," ujarnya. Sumber : Sinar Harian https://www.sinarharian.com.my/article/231609/berita/nasional/kj-dr-noor-hisham-disaman-isu-vaksin-covid-19

  • 140) FB LIVE PPIM - MANGSA VAKSIN COVID-19 FAIL SAMAN TERHADAP KERAJAAN DAN PENGELUAR VAKSIN

    MANGSA KESAN SAMPINGAN V4XS!N COFID-19 FAILKAN SAMAN TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA DAN PENGELUAR V4XS!N Setelah hampir tiga tahun menanggung derita, seramai 44 mangsa termasuk 14 waris mangsa yang telah meninggal dunia memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan melalui Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta tiga pengeluar V4XS!N Cofid-19 termasuk Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Astrazeneca Sdn Bhd dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd. Video boleh ditonton di https://www.facebook.com/ppim.official/videos/3236777003242563

  • 137) SURAT TERBUKA KEPADA YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    RAKYAT MALAYSIA HARUS DAN WAJIB BACA SERTA FAHAMI, SEBELUM MENGUNDI

  • 136) "YB KJ tolong jawab benda ini !" - Yusof Azmi Semboyan

    Video TikTok https://www.tiktok.com/@ppim.official/video/7166458173535030554?_r=1&_t=8XOSPsF2YCo&is_from_webapp=v1&item_id=7166458173535030554 Apa kes? YB janji akan susahkan rakyat. Paksa cucuk tapi bila ada kesan sampingan lepas tanggungjawab! Mangsa dibiar tanpa pembelaan. Tengok video ini sebelum kena delete

  • 135) "Jangan pilih pemimpin yang kaki sembang," - Toqqi PPIM

    Video TikTok https://www.tiktok.com/@ppim.official/video/7166456052119112986?_r=1&_t=8XORmQ6kzej&is_from_webapp=v1&item_id=7166456052119112986 Apa kes? YB janji akan susahkan rakyat. Paksa cucuk tapi bila ada kesan sampingan lepas tanggungjawab! Mangsa dibiar tanpa pembelaan. Tengok video ini sebelum kena delete.#viral#ppim#fypシ#pru15#shorts#malaysia

  • 134) GERAM BUKAN BURUNG KAKAK TUA

    KENYATAAN MEDIA| Media bukan burung kakak tua. Tugas media adalah untuk bertanya, bukan hanya mendengar secara sehala dan melapor sesuai 'selera' yang punya acara. Memasuki minggu kedua tempoh berkempen bagi PRU15, Gerakan Media Merdeka (Geramm) menerima aduan tentang sesi sidang media Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang diadakan di Putrajaya. Terutama, tidak ada ruang diberikan kepada media yang hadir untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak pengurusan SPR berhubung hal-hal berkaitan proses PRU15. Difahamkan sehingga kini SPR telah mengadakan dua sesi sidang media, pertama untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting dan seterusnya pengesahan jumlah calon-calon yang bertanding. Perlu diingatkan SPR mempunyai peranan penting sebagai sumber maklumat rasmi tentang proses pilihanraya, sementara media bertugas untuk menyalurkan maklumat yang tepat. Kegagalan atau keengganan SPR untuk membuka ruang bagi media mendapatkan penjelasan lanjut akan berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, sekaligus melemahkan sistem demokrasi. Antara lain, sehingga kini pihak SPR masih belum memberi sebarang penjelasan berkenaan prosedur mengundi bagi mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19, susulan kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah semalam. Geramm menegaskan tidak ada keperluan untuk menjemput media hadir secara fizikal sekiranya pihak SPR enggan melayan sebarang pertanyaan. Cukup dengan menghantar kenyataan bertulis atau sesi live online, akan lebih menjimatkan masa semua pihak. Pada masa yang sama, pihak pengurusan SPR turut boleh mengambil langkah proaktif untuk menyenaraikan soalan-soalan dari pihak media atau isu-isu dibangkitkan oleh pengundi.

  • 133) SPRM hadir ke pejabat Invoke Rafizi, ambil dokumen kewangan

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah hadir dan mengambil beberapa dokumen di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada Selasa. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, kehadiran SPRM itu merupakan prosedur biasa siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi, minggu lalu.

bottom of page