top of page

Search Results

178 items found for ""

  • 81) BEBASKAN POLITIK MALAYSIA - Zaki Omar

    Oleh Diana Abd Wahab KUALA LUMPUR, 11 NOV: Calon Parlimen Selayang, Muhammad Zaki Omar, mengambil keputusan bertanding atas tiket bebas dengan misi membawa perubahan dan memerdekakan politik Malaysia. Beliau berkata, formula sistem kepartian semakin bermasalah, sehingga menyebabkan keadaan negara semakin parah memandangkan masalah sudah terbenam dan berakar umbi sejak 65 tahun lalu. “Sepanjang 65 tahun Merdeka, graf Malaysia semakin menurun, masuk tahun 2022 semakin merundum. Sejak setahun lepas kita lihat sistem ni semakin bermasalah. Kalau dalam sistem ‘programming’ (pengaturcaraan) dah makin korup, banyak virus. “Jika kita (Bebas) pakai sistem sama, kita akan terpalit dengan virus yang sama. Virus-virus ini bukan berlaku tahun lepas, tapi sudah terbenam dalam sistem kepartian dan makin berakar umbi, orang ramai dah mula nampak kesannya sejak 20 tahun lepas. Kita tidak mahu terkena virus yang sama, sebab itu pilih pendirian untuk jadi Bebas,” katanya pada sesi FB LIVE PPIM: Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi yang berlangsung pada jam 9 malam tadi. Calon nombor empat ini berkata, prinsip bertanding atas tiket Bebas dibuat sejak awal, bukan kerana tidak jemput mana-mana parti politik. Malah pihaknya menyelar tindakan segelintir pihak yang menuduh Bebas hanya sekadar pemecah undi. “Bila lihat politik yang didominasi bangsa Melayu, mula-mula ada UMNO, kemudian jadi PAS, lepas tu ada BERJASA, HAMIM, tiba-tiba wujud pula AMANAH. Selepas itu muncullah PUTRA, BERSATU, GTA dan sebagainya, jadi apa pula dosa Bebas hingga dikambing hitamkan? Kita tak terlibat dalam sistem kepartian. “Sebenarnya mereka letak kesalahan pada Bebas kerana nak tutup kelemahan. Kita tak nak duduk dalam permainan itu. Bebas adalah pilihan kita dari awal bukan kerana tak dijemput parti. “Kalau saya nk cerita masa tanding Bebas di Melaka, ada tiga pihak yang dekati kita. Mereka tawarkan dana, mahu ‘man power’ yang bagaimana, sebut saja, tapi kenalah sokong sifulan sifulan sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Dari situ kita dah nampak. Kenapa perlu ada ‘deal’ macam ni? Sedangkan kita duduk dalam Dewan Rakyat, kita nak pimpin negara untuk mengutamakan kebajikan rakyat,” tegasnya. Jelasnya, sekiranya calon mula melihat politik sebagai peluang mencari rezeki dengan cara menyimpang, adakah perlu bersubahat sekiranya ada pihak yang membeli ‘undi’ ketika musim pilihan raya dengan memberikan wang kepada rakyat. Dalam nada tegas anak muda ini berkata, sebagai rakyat negara berdaulat, ada amanah untuk memastikan Malaysia berada pada landasan yang betul. Sekiranya diabaikan pada peringkat paling bawah, dalam memberi undi untuk menaikkan seorang pemimpin terbaik untuk memimpin negara, bagaimana dapat memegang janji pemimpin atasan yang berikrar tidak pecah amanah.

  • 80) TOQQI BERSAMA Dr Manimalar, Consultant Histopathologist dan Dr Rolland Victor

    Ikuti LIVE bersama kami setiap hari bermula 7 NOVEMBER hingga 19 NOVEMBER 2022, 9 malam ini! Jom ikuti di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM dan TIKTOK PPIM dan salurkan sebarang pertanyaan anda di ruang komen. #PRU15 #PPIM #TOQQI

  • 79) Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir petang ini

    BANJIR kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang berikutan hujan lebat lewat petang ini (Jumaat 11 Nov). Video dan gambar kejadian telah ditularkan dalam media sosial. Pada pukul 5.30 petang, Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan 38mm hujan di Kampung Simpang Tiga di Gombak. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan dijangka berterusan hingga malam di beberapa bahagian Lembah Klang. KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR JUGA MENGELUARKAN AMARAN KESIAPSIAGAAN BANJIR DI BEBERAPA LOKASI DI LEMBAH KLANG. Di Selangor, kawasan terbabit di daerah Petaling termasuk Kampung Tengah A, Kuala Sungai Baru, Kg Bersatu Baru, Kg Subang Melayu, TTDI Jaya, Kg Aman Bestari, Kg Sri Aman Berkat, Kg Bukit Lanchong, KTM Batu 3, Seksyen 13 Shah Alam , Kg Kenangan Puchong, Taman Mesra, Lebuh raya Sungai Besi (Besraya), Seri Kembangan dan Kompleks Jabatan Pertanian Serdang. Manakala kawasan berisiko di Klang termasuk Kg Delek, Jalan Kebun Nanas, Taman Melawis, Teluk Pulai, Taman Petaling, Taman Sentosa, Taman Saujana, Taman Rashna, Kg Bukit Naga, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning dan Pandamaran. Di Kuala Lumpur, beberapa lokasi dan jalan raya berisiko antaranya Bulatan Dato Onn-Bank Rakyat, Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak Selatan, Razak Mansion, Jalan Loke Yew, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak , Masjid Jamek, Universiti Malaya, Kg Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng dan Jalan Leboh Pasar. -BTS Media

  • 79) RINTIHAN MANGSA VAKSIN COVID-19

    Oleh Ikaz dan Diana Abd Wahab KUALA LUMPUR, 11 NOV- Meskipun tidak dilaporkan media arus perdana, sebenarnya ramai rakyat di negara ini yang mengalami masalah gangguan kesihatan selepas menerima suntikan vaksin COVID-19. Mangsa yang disuntik vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca yang pernah membuat aduan kepada Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mendakwa mereka mengalami pelbagai gangguan kesihatan antaranya gangguan sistem saraf, buah pinggang, masalah jantung, pernafasan, mata, gangguan heptik atau endokrin dan gangguan kulit. Malah, ada antara mangsa yang meninggal dunia akibat kegagalan jantung selepas menerima dua dos vaksin itu. Meskipun kerajaan menafikan masalah kesihatan kronik adalah kesan sampingan vaksin COVID-19, hakikatnya ramai rakyat negara ini menjadi mangsa akibat kerakusan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin , yang sanggup menggadai negara demi memenuhi agenda peribadi. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah menghubungi beberapa mangsa yang mengalami gangguan kesihatan selepas menerima vaksin COVID-19 bagi mendapatkan luahan hati dan keadaan kesihatan mereka ketika ini. Warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, beliau membuat aduan kepada PATV PPIM selepas isterinya (Ju) yang berusia 67 tahun, nyaris koma selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, tahun lalu. “Isteri saya nyaris koma dan ditempatkan dalam pemantauan unit rawatan rapi (ICU) selepas terima dos kedua vaksin. Isteri saya sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, namun selepas divaksinasi, dia mengalami pelbagai masalah kesihatan antaranya seperti kegagalan buah pinggang, gangguan sistem saraf, pernafasan, darah, masalah jantung, mata dan masalah heptik serta endokrin. “Biarpun keadaannya kini stabil, namun kesihatan tak seperti sebelum divaksinasi. Sebelum ini, isteri saya tiada langsung masalah kesihatan. Penglihatan isteri saya juga semakin ‘kelabu’ dan dijangka menjalani pembedahan pada 21 November ini. Semua penyakit yang dideritainya kini terjadi selepas terima vaksin sebab itu saya yakin vaksin yang jadi punca. “Sekarang setiap bulan dia perlu pergi ke dua hospital yang berbeza untuk rawatan susulan untuk semua masalah kesihatan yang dialami. sebab itu saya tak benarkan isteri ambil dos penggalak,” katanya yang turut mendakwa dadanya seperti ditumbuk sehingga mengakibatkan beliau terjatuh selepas mengambil dos penggalak. Menyuarakan kekesalan, beliau berkata, kerajaan sepatutnya melaksanakan kajian membabitkan semua vaksin secara terperinci sebelum membuat keputusan mewajibkan rakyat divaksinasi. Tambah beliau, ramai rakan-rakan terdekat yang meninggal dunia dan mengalami penyakit dengan simptom yang sama seperti dialami isterinya. Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang pernah mengeluarkan kenyataan akan “menyukarkan hidup” golongan yang enggan divaksinasi sehingga mencetuskan bantahan pihak tertentu yang mengatakan langkah berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan. Sementara itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 52, berkata, beliau mengalami masalah kulit selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin Pfizer. “Sehingga kini, saya masih mengalami masalah kulit (rashes) dan terpaksa makan ubat dua atau tiga hari sekali bagi mengawal masalah itu. Kalau tak makan ubat, alahan itu akan jadi,” katanya. Bagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Nelofa, 29, berkata beliau kini kerap mengalami serangan asma selepas menerima vaksin Sinovac. Katanya, beliau yang hanya mengalami masalah alahan (alergik) terhadap makanan kekacang yang tidak serius sebelum divaksinasi, mengalami serangan kali pertama selepas menerima dos pertama vaksin terbabit. “Serangan asma kali pertama berlaku ketika makan buah longan. Saya batuk berterusan sehingga sukar bernafas. Keadaan itu membuatkan ibu bapa saya panik kerana saya tak pernah ada penyakit asma. Saya kemudian menerima rawatan kecemasan dan diberi bantuan pernafasan (nap) di klinik swasta. “Saya melaporkan masalah berkaitan kesan vaksin melalui aplikasi Mysejahtera, selepas kejadian itu, namun tiada tindakan lanjut. Aplikasi itu kemudian menetapkan tarikh suntikan dos kedua. Sebelum suntikan, saya ada memaklumkan masalah kesihatan yang dihadapi kepada pegawai kesihatan bertugas, tetapi tiada sebarang maklum balas. Malah saya tetap diberikan suntikan dos kedua,” katanya. Selepas menerima dos kedua vaksin, mangsa mendakwa kerap dikejarkan ke klinik apabila diserang asma bagi mendapatkan nap. Boleh dikatakan setiap bulan mangsa akan mengalami serangan asma. Malah, mangsa menegaskan, sebelum divaksinasi, beliau tiada sebarang masalah apabila terdedah dengan asap rokok. Namun kini, beliau terus terkena serangan asma sebaik terhidu asap rokok. “Saya pernah diserang asma kerana ada rakan sekerja yang merokok di ruangan pejabat. Terus dapat serangan asma ketika itu juga sehingga sukar bernafas. Saya terus dikejarkan ke klinik berhampiran. Alhamdulillah saya selepas rawatan nap lega sedikit pernafasan saya,” katanya. Biarpun sudah hampir dua bulan tidak mengalami serangan asma, namun mangsa masih lagi terkejut dengan masalah kesihatan yang tiba-tiba dihidapinya selepas divaksin. Masalah itu menyebabkan mangsa terpaksa mengubah gaya hidup dengan menghindari daripada terhidu asap rokok bagi mengelakkan serangan asma. Sementara itu, menyentuh mengenai masalah alahan yang dialami, Nelofa memaklumkan kali terakhir mendapatkan rawatan sekitar dua bulan lalu. “Saya dapatkan rawatan selepas naik bintik-bintik yang menyebabkan kegatalan luar biasa pada September lalu. Tak tahan sangat, jadi saya pergi klinik untuk dapatkan ubat ,” katanya.

  • 77) PRU15: TOQQI BAWA “ROTAN”, YUSUF AZMI SARAN CALON JANGAN CAKAP BANYAK

    Oleh Ikaz KUALA LUMPUR, 9 NOV – Calon-calon PRU15 perlu kurangkan bercakap sebaliknya lebih mendengar akan keluhan rakyat di kawasan Parlimen atau DUN yang mereka bertanding. Kata Yusuf Azmi Semboyan, calon-calon juga diminta menawarkan janji-janji yang wajar dan bukannya “bulan dan bintang”. Setelah menang, mereka harus memberikan komitmen sepenuhnya untuk menunaikan janji-janji tersebut dan meneruskan agenda membangunkan kawasan yang diwakili itu. Bagi memastikan perkara tersebut berlaku, Toqqi PPIM akan turun membawa “rotan” bagi menjamin akujanji yang telah dibuat oleh calon-calon PRU15 yang menjadi pilihan PPIM menepati janji mereka. “Kita orang muda, tolong jangan tidak keluar mengundi. Kerana setiap undian kamu penting. Bila kamu tidak keluar mengundi, tidak mendaftar untuk mengundi itu menyebabkan kamu telah memberi undi kepada orang-orang yang tidak layak untuk memerintah,” kata Yusuf Azmi dari NGO Semboyan dalam siaran secara langsung melalui sesi kelima FB LIVE PPIM: Antara Hidup dan Mati, Jangan Salah Undi yang berlangsung pada jam 12 tengahari. Sesi FB LIVE PPIM merupakan perbincangan mengenai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dihoskan oleh Cikgu Izham dan dihadiri oleh Ketua Aktivis Semboyan dan juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan @ Toqqi. Turut terlibat dalam memberi pendapat mengenai calon PRU15 yang harus dipilih rakyat adalah peguam tersohor iaitu Datuk Wan Azmir. Yusof Azmi ketika ditanya tentang apa yang perlu dilakukan oleh pengundi-pengundi muda yang akan memilih calon pada PRU15 telah memberikan pesanan kepada pengundi-pengundi muda supaya jangan tidak keluar mengundi. Ini kerana tidak memberi undi dalam PRU15 seumpama mengundi untuk memilih pemimpin yang tidak layak menjadi pemerintah negara. Beliau juga menyatakan akan turun padang di beberapa tempat berkempen calon-calon PRU15 yang menjemputnya hadir. “Saya akan sarankan supaya calon-calon ini supaya jangan banyak bercakap sebaliknya lebih cenderung kepada mendengar keluhan dan rintihan rakyat yang bakal diwakilinya,” ujar beliau. Kemudian beliau akan menyuruh calon PRU15 tersebut memilih mana satu permintaan rakyat yang boleh diusahakan dan kemudian pastikan permintaan rakyat tersebut ditunaikan sekiranya calon PRU15 itu terpilih memenangi PRU15. Menurut Yusof Azmi, “Calon PRU15 tidak perlu cakap banyak. Mereka kena dengar keluhan rakyat di kawasan parlimen atau DUN mereka bertanding. Mereka kena lihat apa permintaan rakyat yang sesuai mereka tunaikan. Kemudian tunaikan permintaan tersebut sekiranya mereka terpilih memenangi PRU15 itu nanti. Itu yang akan kami pastikan.” Cikgu Izham pulak menambah, “Biar rakyat hari ini yang memberitahu calon-calon PRU15, apa kemahuan rakyat dan ke mana hala tuju mereka.”

  • 72) INI JIHAD FISABILILLAH!

    SHARE KALAU ANDA SEMUA SAYANGKAN MALAYSIA Inilah masa kita untuk ubah, buat perubahan untuk kebaikkan masa depan https://www.facebook.com/ppim.official PPIM banyak menerima aduan dan keluhan rakyat berikutan pemilihan calon PRU15 kali ini. Jesturu rakyat menerima pelbagai masalah tanpa solusi. PPIM mengambil pendirian untuk menyokong calon-calon yang berwibawa tanpa mengira parti mengikut penilaian PPIM. Khas tengah hari ini bersama Calon Bebas: Mohd Khalil Abdul Hamid (BEBAS) yang akan bertanding Bentong Ikuti LIVE bersama kami setiap hari bermula 7 NOVEMBER 19 NOVEMBER 2022, setiap 12 tengah hari dan 9 malam. SETIAP HARI! Kami akan membincangkan bentuk pemilihan pemimpin yang bagaimana yang kita harapkan dapat menerajui Malaysia. Jom ikuti di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Youtube TV.PPIM dan TIKTOK PPIM dan salurkan sebarang pertanyaan anda di ruang komen. #PRU15 #PPIM #TOQQI https://www.facebook.com/ppim.official

  • 69) BUKAN ISU MELAYU ATAU CINA TAPI PERLU PERKASAKAN RAKYAT MELALUI GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT (GRS)

    Oleh : Ikaz KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah mendakwa pengundi Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO, lantaran Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Datuk Nadzim Johan @ Toqqi PPIM membuat kenyataan berikut, “Kita bercerita pasal satu negara. Memanglah orang Melayu kena jaga orang Melayu. Orang Cina kena jaga orang Cina. Orang Melayu pun kena jaga orang Cina. Orang Cina pun kena jaga orang Melayu gak. Pasal kita macam adik beradik. Kita perang semua susah. Tapi kalau kita baik, semua dapat berlebih-lebihan. Itu aje prinsip kita mudah je. Nape nak ada masalah?” Tambahnya lagi, “Jadi kita tak nak ada orang-orang politik yang memain isu-isu sentimen yang boleh menggugatkan kita punya perhubungan (antara kaum).” “Negara perlu stabil. Negara perlu harmoni. Tapi kena faham. Perlu hormat menghormati. Bukan soal dia Melayu, dia Cina. Sebab itu kita nak ada Gerakan Sukarelawan Rakyat (GRS) untuk mengimbangi. Kita perlu perkasakan rakyat,” tambah Toqqi lagi. Pada hari ini 8 November, Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah melancarkan pusat rujukan netizen dan rakyat secara online yang dinamakan sebagai ‘Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) yang merupakan satu-satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan panduan berkaitan calon-calon yang bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Ia merupakan satu platform membantu rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memilih pemimpin yang terbaik bagi mewakili suara rakyat. Segala maklumat boleh diperolehi di laman sesawang www.gsrpru15.com .

bottom of page